Anda di halaman 1dari 1

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:                                    Kod Sekolah:

1. Nama Guru
2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling
4. Pengarang Abdullah Sani Yahaya 5. Muka Surat:244
6. Terbitan PTS Publications & Distributors sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan tentang disiplin murid dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk
Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin murid.
Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan murid tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi
berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu
negara ini ke era yang lebih gemilang.
     Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa
yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang
yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan
kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.
   Buku ini menjelaskan tentang disiplin murid, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-
kesan sahsiah murid yang tidak formal, kepentingan interaksi murid, pelbagai salah laku murid, cara
pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin
dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya
dalam menangani disiplin murid.
   Oleh itu, harapan dan impian semua pihak  agar generasi murid ini dapat membesar menjadi orang yang
baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat
tahanan dan  kongkongan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
     Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin murid seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap
negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku murid,
sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri murid
berkenaan.
    Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng sekolah,
ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan baik, merokok dan
dadah. Permasalah ini berpunca dari diri murid itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan
ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
    Di samping itu, terdapat saranan untuk  membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik darjah,
pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan  nilai di sekolah dan
membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya
rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat
murid kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan murid yang banyak menimbulkan
karenah. Murid sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru.
Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan murid ini ditangani dengan berkhemah serta
bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak  akan mengakibatkan tindakan yang kurang
bijak seperti melempang dan memukul murid. Para murid yang baik boleh digunakan untuk membimbing murid
yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada murid-murid
ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
muridnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.
10 Kesimpulan
Guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras, bersemangat , dan mengawal
kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Murid adalah aset berharga yang perlu ditangani
dengan bjaksana.

Anda mungkin juga menyukai