Anda di halaman 1dari 2

TIPS MEMBELI BARANG DEKAT SHOPEE ATAU LAZADA

Lebih setahun setengah negara kita dilanda wabak Covid -19 dan sudah menjadi kebiasaan hidup di dalam
norma baharu. Masa kini , kita diwajibkan untuk mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara yang sedang dijalankan
oleh pihak kerajaan. Dalam pada itu , ramai pihak yang mendapat keuntungan dan kerugian akibat wabak yang
melanda ini.

Ada perniagaan yang terpaksa ditutup , kehilangan keluarga tercinta , kehilangan pekerjaan dan pelbagai lagi.
Ada juga yang mendapat keuntungan dan peluang daripada keadaan ini. Keadaan norma baharu ini juga
memaksa kita untuk mengubah cara kehidupan termasuklah cara perbelanjaan harian kita.

Perbelanjaan barangan runcit dan makanan dalam talian adalah talian hayat bagi pengguna mendapatkan
keperluan harian ketika PKP yang lepas. Bukan sahaja itu , perbelanjaan lain juga majoritinya beralih kepada
dalam talian dan menggunakan aplikasi terkenal seperti Lazada dan Shopee.

Banyak pekedai dan perniagaan menggunakan aplikasi ini bagi memasarkan produk mereka bagi kelangsungan
perniagaan akibat kedai fizikal mereka tidak dibenarkan beroperasi. Malah , hampir semua barangan keperluan
ada dalam aplikasi tersebut.

Pengguna juga ramai mengambil peluang ini kerana banyak bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat
untuk perbelanjaan dalam talian ini. Banyak diskaun , baucer , potongan harga yang luar biasa boleh didapati
dalam aplikasi Shopee dan Lazada ini. Contohnya kerajaan memberi subsidi untuk caj pengeposan produk dan
ini akan menjimatkan pengguna.

Di sini kita kongsikan beberapa tips membeli barang untuk memudahkan pengguna membeli dengan bijak dan
tidak membazir dengan membayar harga yang tidak setimpal dengan produk yang dibeli. Contohnya kita nak
membeli almari untuk kegunaan rumah kita.
1. KALAU KITA NAK BARANG CEPAT , JANGAN CARI PENJUAL LUAR NEGARA.

Dalam Shopee dan Lazada ni ada berpuluh ribu penjual yang menjual produk mereka. Bukan dalam Malaysia je
ada , penjual dari Indonesia dan China pun ada juga. Kalua kita nak barang dalam masa terdekat , jangan gatal
tangan pilih penjual dari China contohnya. Sebab penjual dari China akan ambil masa paling cepat dua minggu
untuk sampai pada kita. Kita pilih penjual dari dalam negara untuk menjimatkan masa dan dapat produk dengan
cepat. Tapi harga akan ada sedikit berbeza sebab penjual dari China sememangnya harga paling rendah.

2. BELI BARANG YANG ADA REVIEW YANG BETUL

Bila kita nak pilih barang selalunya kita akan tengok dulu review pembeli yang sebelum ini tinggalkan untuk
produk tersebut. Tapi kita kena betul – betul tengok betul atau tidak review tersebut, sebagai contoh produk
terjual 1.2k tapi review baru 10 – 50 review sahaja. Pastikan review banyak mempunyai gambar dari pembeli
dan bukan sahaja tulisan templat yang Shopee atau Lazada bagi.

3. UKUR DAHULU SAIZ BARANG YANG KITA NAK BELI

Selalunya bila kita membeli barang di kedai fizikal tiada masalah untuk kita tahu ukuran dan saiz produk yang
kita nak beli. Antara cabaran utama membeli dalam talian ni adalah saiz dan ukuran produk. Ramai pengguna
sudah terkena dengan helah penjual yang menangkap gambar produk menampakkan saiz dan rupa produk
secara besar. Tips dia adalah kita kena pilih penjual yang kongsikan saiz ukuran sebenar produk. Contoh kita nak
beli almari , jangan tengok kepada gambar penjual saja , kita ukur sendiri dari rumah mengikut saiz ukuran
sebenar yang penjual kongsikan. Jika sesuai dengan kegunaan kita , baru la kita masuk dalam trolley belian kita.

4. PILIH DENGAN TENANG , JANGAN TERBURU BURU

Kadang – kadang kita terlepas pandang sebab kita nak membeli dengan cepat. Kita terus Checkout dan buat
pembayaran tanpa buat pilihan secara bijak. Saya juga pernah terkena membeli produk yang sama tetapi
mempunyai harga yang berlainan dan jauh berbeza. Contohnya almari yang sama , jenama yang sama , saiz yang
sama cuma penjual yang berbeza. Ada kalanya perbezaan harga boleh mencecah puluhan ringgit. Jika boleh
jimat , kenapa kita hendak terburu buru membeli. Beli dengan tenang dan jimat duit poket kita.

Kita kongikan dahulu 4 tips utama bijak membeli dalam Shopee dan Lazada. Tulisan seterusnya kita akan
kongsikan tips dapat barang murah dalam Shopee dan Lazada. Semoga ilmu dan tips ini dapat memanfaatkan
semua pengguna yang ada sebagai satu panduan membeli dalam talian. Selamat Berbelanja !

Anda mungkin juga menyukai