Anda di halaman 1dari 2

TIPS UNTUK MENJAGA KEADAAN KERETA WAKTU MUSIM COVID – 19 DISEBABKAN JARANG KELUAR

RUMAH DAN TIDAK PULANG KE KAMPUNG

Penghujung tahun 2021 pun akan melabuhkan tirai tak lama lagi , saban hari seluruh rakyat Malaysia
berdoa tidak kira agama dan bangsa untuk kita bebas dari wabak Covid – 19 ini. Setiap hari kita meneliti
kes yang sudah pun konsisten sebanyak 5 angka. Banyak perubahan dan norma baharu kita tempuhi
sepanjang perjalanan yang bermakna ini. Perjalanan kita pun disekat sejak tahun lepas disebabkan
kerajaan mahu mengawal dan mencegah supaya kita tidak bebas merentas negeri dan daerah.

Kita dah menempuh beberapa siri PKP termasuklah yang terbaru Pelan Pemulihan Negara (PPN)
mengikut fasa yang kerajaan tetapkan. Dengan terbatasnya pergerakan kita , banyak juga perkara yang
kita oleh usahakan dan terokai bersama keluarga tercinta. Tetapi kebanyakan kita lupa bahawa ada
benda yang kita perlu selenggara disebabkan kita tidak boleh keluar rumah. Mungkin kebanyakan dari
kita ada yang sudah boleh menggunakan kenderaan mereka setiap hari untuk ke tempat kerja dan
pergerakan harian.

Tetapi ada juga kenderaan bekeluarga yang mungkin tidak digunakan dan bakal menjadi liabiliti besar
kalau kita terlupa untuk menjaga kenderaan yang tinggal dirumah sekian lama. Perkara ini saya sendiri
buat secara berkala dan baik untuk menjaga jangka hayat dan keadaan kereta kita.

1. PASTIKAN KITA START KERETA 3 HARI SEKALI

Pada mereka yang mempunyai kenderaan lebihan atau kegunaan jarak jauh seperi SUV , MPV , Van ,
Kereta Sewa atau Lori Sewa. Ini adalah antara tips terpenting untuk kita pastikan keadaan kenderaan
masih berfungsi dengan menghidupkan enjin setiap 3 hari. Bukan manusia sahaja perlu bersenam ,
kenderaan kita juga perlu bersenam untuk pastikan ia tidak terkejut jika secara tiba – tiba kita
menggunakannya untuk jarak jauh.

2. BERSIHKAN RUANG DALAMAN KENDERAAN

Kadang – kadang kita tak perasan , masa kita gunakan kenderaan anak – anak makan dibelakang ,
sewaktu memandu kita melepaskan sisa makanan secara tidak sengaja di bawah kerusi dan sebagainya.
Sisa makanan yang lama jika dibiarkan akan memanggil serangga untuk membuat rumah di dalam
kereta kita. Pengalaman saya , kereta saya penuh dengan semut kerana tertinggal bekas air yang
diminum selama 3 hari. Sisa makanan dan minuman boleh merosakkan ruang dalaman kenderaan.
Seperti contoh jika melekat di atas fabrik kerusi kenderaan , ia sangat susah untuk dicuci dan memakan
kos yang sangat tinggi.

3. PERIKSA ANGIN TAYAR KERETA

Tayar adalah antara penjagaan utama yang perlu kita ambil berat. Jika keadaan tayar tidak baik ia boleh
mengundang kepada kemalangan. Kita harus periksa tekanan angin tayar secara berkala dan sebelum
kembali menggunakan kenderaan tersebut. Boleh juga untuk kita beli sendiri penyukat tekanan angin
tayar di DIY atau Shopee untuk lebih tepat dari pam di stesen minyak. Selain itu , masa terbaik nak
periksa angin tayar adalah waktu keadaan sejuk. Ia akan lebih tepat bacaannya. Mengikut kajian jangka
hayat tayar akan berkurangan sebanyak 20% kalau kita memandu dalam keadaan angin tayar
berkurangan.
4. UBAH SEDIKIT POSISI KENDERAAN

Tips yang kedua terakhir ni tak ramai yang buat. Mungkin kita fikir ia tidak memberi kesan apa – apa
kepada kesihatan kenderaan kita. Kita harus mengubah sekurangnya seminggu sekali posisi kenderaan
untuk mengelakkan ‘flat spot’ terjadi pada tayar kita. Tidak perlu ubah terlalu banyak cukup sekadar 1 –
2 kaki untuk menjaga kesihatan tayar kenderaan.

5. ANGKAT PENGELAP CERMIN (WIPER)

Perkara ini ramai yang ambil maklum dan majoriti kereta yang jarang digunakan akan dinaikkan
pengelap cerminnya untuk menjaga getah dan memastikan prestasinya terjamin ketika memandu waktu
hujan. Keselamatan adalah keutamaan. Semoga berguna semua tips mudah untuk korang semua. Stay
Safe !

Anda mungkin juga menyukai