Anda di halaman 1dari 2

TIPS DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI FASA ENDEMIK COVID – 19

Sejak seminggu yang lepas ini , negara kita mencatatkan penurunan dalam kes Covid – 19. Statistik juga
menunjukkan penggunaan katil di wad ICU hospital juga menunjukkan perkembangan yang positif.
Selain itu , beberapa negeri juga telah beralih ke Fasa 2 dan Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara
(PPN).

Kita masih belum menang , kita masih dalam peperangan dengan virus Covid – 19 ini. Tetapi kita sudah
lebih separuh jalan melawan virus ini dan kerjasama semua pihak harus diberikan pujian dan
penghargaan. Bahkan , kita telah diberitahu oleh pihak kerajaan bahawa kita akan terus hidup dengan
virus ini dan beralih kepada endemik dari pandemik dijangka pada akhir Oktober. Pada pemerhatian
saya kita sebagai rakyat Malaysia harus bersedia menjalani kehidupan norma baharu zaman endemic
Covid – 19 dan tidak menyusahkan semua pihak yang menjadi ‘frontliners’ membantu kita semua
memerangi virus ini.

1. WAJIB AMBIL DAN HADIR KE JANJI TEMU VAKSINASI

Vaksin juga adalah salah satu kunci kejayaan kita dalam melawan virus ini. Keputusan pantas kerajaan
membeli bekalan vaksin telah membuahkan hasil dan kita dapat lihat dari statistik kes di Lembah Klang.
Kita juga wajib berusaha untuk hadir ke janji temu vaksinasi kerana sekecil usaha kita adalah terbaik
untuk melindungi dan mengelakkan kemudaratan kepada orang lain. Selain menunggu janji temu dari
aplikasi MySejahtera kita juga boleh mencari pusat vaksinasi yang membuka ‘walk in’ untuk
mendapatkan vaksin.

2. KELUAR JIKA PERLU SAHAJA

Dalam menghadapi endemik , kita juga harus merangka perjalanan dan rutin harian dengan baik. Jangan
keluar jika tiada keperluan. Jika boleh kekerapan kita untuk keluar dikurangkan ia dapat mencegah dari
diri kita untuk dijangkiti. Contohnya , kita rancang untuk keluar seharian sehari sahaja dan selesaikan
segala urusan perlu daripada keluar setiap hari. Jika untuk bekerja atau berniaga kita tiada pilihan ,
tetapi urusan lain adalah pilihan kita sendiri. Tepuk dada tanya diri sendiri.

3. RANCANG SIMPANAN DAN JANGAN BELANJA YANG TIDAK PERLU

Sejak Mac 2020 , kita menyaksikan pelbagai berita sedih kerana kehilangan pekerjaan , perniagaan
terpaksa ditutup , dan kehilangan orang yang tersayang akibat Covid – 19. Virus ini menyerang dengan
sangat dahsyat ke seluruh dunia. Kesihatan kewangan rakyat Malaysia juga sangat membimbangkan.
Ramai sangat yang terkesan dengan keadaan ini , tak mustahil jika kita tidak bersedia kitab oleh kembali
kepada fasa yang teruk dalam Covid – 19. Oleh kerana itu , kita harus bersedia dari segi kewangan
dengan membuat simpanan yang baik jika ada kemampuan. Banyak cabang boleh kita simpan duit kita
yang akan saya kongsikan dalam artikel seterusnya.

4. MEMBELI UBAT DAN MAKANAN TAMBAHAN UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN

Sebelum kedatangan Covid – 19 , kita mungkin terleka dengan penjagaan kesihatan. Kita boleh ikhtiar
untuk mencegah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Contohnya , wajibkan ada bekalan buah
buahan di rumah. Selain itu , kita juga boleh ambil ubat tambahan seperti Vitamin C atau B Complex. Ia
baik untuk kesihatan.
5. MEMBELI PERALATAN MENGESAN TAHAP KESIHATAN

Selain ubat tambahan , kita juga boleh mencari ‘oxy meter’ dan mesin pengesan tahap darah tinggi.
Kedua peralatan ini adalah sangat diperlukan bagi memantau tahap oksigen dan darah kita. Bukan
sahaja untuk zaman endemik ini sahaja tetapi harus diwajibkan pada setiap isi rumah. Seterusnya saya
akan berkongsi cabang simpanan persediaan dan pengajaran dari Covid – 19.

Anda mungkin juga menyukai