Anda di halaman 1dari 2

SENARAI ‘TO-DO-LIST’ SEBELUM BALIK KAMPUNG HALAMAN

Berita gembira yang semua orang tunggu selama hampir setahun sudah pun diumumkan oleh YAB
Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri pada hujung minggu lepas. Sempadan negeri dan negera
sudah pun dibuka sekali gus membenarkan perjalanan merentas negeri dan negara oleh seluruh
rakyat Malaysia termasuk bagi tujuan pulang ke kampung atau tujuan pelancongan.

Setelah hampir setahun kita tidak pulang ke kampung , ada yang masih belum boleh ‘dine in’ dan
melakukan aktiviti pelancongan. Kini masa untuk menebus kembali masa setelah pengorbanan yang
kita lakukan bagi melawan pandemik Covid -19. Dengan rasminya kini kita sudah beralih kepada
endemik Covid – 19 dan bukan lagi pandemik. Hampir keseluruhan dunia telah menunjukkan
penurunan kes dan banyak juga telah beralih kepada fasa endemik. Tahniah dan terima kasih
diucapkan kepada petugas barisan hadapan yang berkorban dan bertungkus lumus memastikan
kejayaan kecil ini dapat dikecapi.

Akan tetapi kita juga harus berjaga jaga dan tidak bersuka ria dengan berita ini kerana tidak mustahil
keadaan boleh berubah kembali jika tiada pematuhan SOP oleh semua rakyat Malaysia walaupun
banyak kelonggaran telah diberikan. Bila balik ke kampung , sudah semestinya kita akan
meninggalkan rumah kesayangan selama beberapa hari atau berminggu. Ini tips dan senarai yang
boleh kita buat sebelum keluar rumah untuk peringatan bersama.

1. CABUT SEMUA PLUG KECUALI PETI AIS

Setiap rumah di Malaysia mempunyai anggaran 20 – 25 kuantiti plug yang digunakan. Sebagai
langkah keselamatan kita perlu mencabut semua plug di peralatan elektrik yang tidak perlu. Bukan
sahaja itu , kita juga boleh menjimatkan elektrik kerana aliran elektrik masih berjalan walaupun pada
kadar paling minimum. Kecuali peti ais jangan la kita cabut sebab nanti habis busuk semua makanan
kita nanti. Jika tiada makanan atau minuman tidak mengapa.

2. KOSONGKAN SINKI

Perkara ni yang kadang – kadang kita terlepas pandang. Selepas basuh pinggan selalunya akan ada
baki sampah atau kotoran yang melekat pada permukaan sinki. Kita kena basuh dan gosok dengan
teliti kerana kalau ada kotoran tertinggal kita takut akan ada serangga atau haiwan tidak diundang
akan datang membuat lawatan percuma.

3. BERDOA DAN BERSERAH KEPADA TUHAN KITA

Bagi yang beragama Islam kita boleh amalkan Al Fatihah , ayat kursi , dan berniat ziarah supaya
perjalanan dan aktiviti kita diterima sebagai ibadah oleh Allah s.w.t. Kepada yang bukan beragama
Islam boleh la berdoa dan berniat supaya perjalanan dipermudahkan dan selamat pergi dan pulang.
Perkara ini mungkin kita tidak nampak hasilnya tetapi kita akan mendapat ketenangan jika
membuatnya.

4. TINGGALKAN KUNCI KERETA ATAU MOTOR KEPADA JIRAN ATAU KAWAN TERDEKAT

Kepada yang mempunyai lebih sebiji kereta dan motor jangan tinggalkan lebih tiga hari tanpa
menghidupkan enjin. Kita khuatir akan berlaku kerosakan kepada bateri atau peralatan teknikal yang
lain. Jika kita merancang untuk pulang ke kampung lebih lama , carilah jiran atau kenalan terdekat
untuk kita tinggalkan kunci untuk mereka menghidupkan enjin kereta minimum setiap tiga hari.
Semoga dengan pesanan ini dapat kita menjimatkan wang untuk membayar penyelenggaraan kereta
yang boleh kita elakkan.
5. MEMBAWA BEKALAN PENJAGAAN KESIHATAN YANG MENCUKUPI

Zaman pandemic Covid – 19 telah memberi kesan yang sangat besar buat manusia seluruh dunia.
Banyak pengajaran dan teladan yang dapat kita serap daripada perjalanan yang getir sebelum ini.
Selepas ini kita hidup dalam norma baharu dan senarai barang penjagaan kesihatan juga kena baru
juga. Kita perlu bawa cukup bekalan ‘hand sanitizer’ , pelitup muka , tisu basah , dan Panadol. Barang
– barang ini adalah perlu bagi kita untuk tujuan perjalanan pulang ke kampung. Jika kita memerlukan
dalam kecemasan kita tidak perlu cari lagi. Selamat Bercuti dan Balik Kampung !

Anda mungkin juga menyukai