Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU KEENAM

(14 FEBRUARI - 18 FEBRUARI 2011)

Isu / Perkara Yang Difokus :


Masalah yang timbul pada minggu ini ialah perbezaan sikap murid ketika proses
pengajaran dan pembelajaran semasa kedatangan pensyarah dan guru pembimbing.
Hal ini dapat dilihat semasa kedatangan pensyarah dan guru pembimbing mengadakan
pemantauan sepanjang tempoh praktikum.

Analisis Masalah :
Pada awalnya kelas berjalan agak lancar dan keadaan kelas dapat dikawal dengan baik.
Murid melakukan setiap aktiviti dan mematuhi semua arahan yang diberikan oleh guru.
Jika dilihat secara terperinci, murid belajar dalam keadaan tertekan dan takut. Murid
hanya berpura-pura menjadi baik kerana takut dikenakan tindakan atau hukuman oleh
pensyarah atau guru pembimbing.

Setelah sesi P&P berlangsung selama 20 minit, murid mula menunjukkan sikap mereka
yang sebenar. Sedikit demi sedikit mereka mula menunjukkan sikap mereka. Pada
mulanya mereka mula bercakap sesam mereka. Lama kelamaan, mereka mula
bergurau senda dengan rakan disebelah.

Secara tidak langsung, mereka tidak menghormati kedatangan pelawat berkenaan.


Mereka membuat hal sendiri dan keadaan kelas kembali seperti biasa. Guru terpaksa
mempraktikkan beberapa langkah untuk mengawal kelas seperti mengarahkan semua
murid berdiri dan menyoal murid.

Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh bahan bantu mengajar dan teknik pengajaran
yang membosankan murid. Faktor lain juga mungkin disebabkan oleh murid
menganggap guru terlalu baik dan boleh bertolak ansur dengan mereka. Tambahan pula
minggu ini sudah masuk minggu ketujuh dan murid menaggap guru tidak berani
menghukum mereka.

Pada minggu berikutnya didapati bahawa terdapat perubahan sikap dikalangan murid.
Ini dapat dilihat apabila murid mula berdisiplin dan menghormati kedatangan pensyarah
dan guru pembimbing. Murid mula belajar seperti biasa setelah guru menerangkan
tujuan sebenar kedatangan pensyarah dan guru pembimbing. Walau bagaimanapun,
beberapa orang murid yang bermasalah masih tidak berubah kelakuannya tetapi tidak
mengganggu kelas dan kelas dapat dikawal dengan baik.

Cadangan Penyelesaian Masalah :


Beberapa cara yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan
mempelbagaikan sumber BBM untuk menggalakkan murid menumpukan sepenuh
perhatian kepada aktiviti yang diberikan dan bertujuan untuk menarik perhatian murid.

Selain dari BBM, saya juga perlu memilih teknik pengajaran yang sesuai dengan topik
yang diajar. Ini adalah untuk mengelakkan murid berasa boring dan tidak
berkesempatan untuk memikirkan hal lain semasa P&P berlangsung.

Aspek peningkatan sahsiah ini boleh juga diterapkan semasa perhimpunan mingguan
yang bertujuan untuk meningkatkan sahsiah dikalangan murid.

Untuk memastikan murid terus berada dalam keadaan baik dan menghormati tetamu
yang datang ke bilik darjah, guru perlulah menerapkan nilai murni dengan lebih
berkesan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran. guru perlulah mengingatkan
murid supaya lebih bersopan santun dan mempunyai nilai moral yang tinggi.

Tempoh Penyelesaian :
Sepanjang minggu dan setiap kali penyeliaan dilakukan.

Tindakan Susulan :
Untuk mengetahui dan mengkaji macam mana masalah ini berlaku, saya telah
berbincang dengan guru pembimbing supaya guru pembimbing mengadakan
pemantauan selepas 30 minit P&P berlangsung. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui
samada sikap murid berubah atau tidak. Adakah kelas dapat dikawal dengan baik
berbanding dengan sebelum kedatangan guru pembimbing.
Pada masa yang sama, guru kaunseling meminta saya memberi nama murid yang
bermasalah untuk diadakan seisi kaunseling kelompok. Oleh yang demikian saya telah
memberikan beberapa nama murid yang bermasalah untuk mengikuti seisi tersebut.

Apa yang paling penting adalah saya tidak memaklumkan kepada murid mengenai
kedatangan pensyarah atau guru pembimbing kepada muris terlebih dahulu.
Pengendalian kelas dilakukan seperti biasa.

Kesimpulan :
Di akhir minggu ini, didapati bahawa disiplin murid agak terkawal dan kelas dapat
dikawal dengan baik. Keadaan kelas sama sahaja walaupun dengan kedatangan
pensyarah atau guru pembimbing. Murid tidak menghiraukan kedatangan mereka ke
kelas tersebut.

Perubahan dapat dilihat pada minggu kelapan dimana pada minggu hari terakhir
penyeliaan oleh pensyarah (penyeliaan bersama) murid menunjukkan tahap disiplin
yang baik dan menglibatkan diri secara aktif semasa P&P berlangsung. Perasaan
tertekan dan takut sudah tidak wujud dalam diri murid kerana mereka telah mengetahui
tujuan sebenar kedatangan pensyarah dan guru pembimbing.

Anda mungkin juga menyukai