Anda di halaman 1dari 3

MINGGU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU PERTAMA


KAMPUS GAYA

‫جورنل ريفليكتيف ميڠڬوان‬

NAMA PELAJAR : Norafizah Binti Jusoh


OPSYEN / KUMPULAN : Pendidikan Islam Sekolah Rendah
NAMA SEKEKOLAH : Sek. Keb. Ulu Sapi, Telupid
MINGGU / TARIKH : Minggu Pertama 23 Ogos – 27 Ogos 2021

ISU : MASALAH MELAKSANAKAN GOOGLE MEET DENGAN SEMPURNA

Kini Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengalami perubahan dalam


pendidikan iaitu dari norma kebiasaan kepada norma baharu. Iaitu dari pembelajaran dan
pengajaran dalam bilik darjah kepada pembelajaran dan pengajaran di rumah (pdpr). Ini
adalah disebabkan Pendamik Covid-19 yang melanda negara bermula tahun 2020. Murid
tidak dapat hadir ke sekolah di sebabkan peningkat jangkitan yang amat dibimbangi oleh
semua pihak. Justeru itu, bagi memastikan proses pdp dapat dijalankan, pelbagai inisiatif
telah dilaksanakan. Salah satunya adalah google meet. Proses pdpr telah dilaksanakan
secara google meet namun terdapat beberapa masalah yang terpaksa dihadapi.

Punca masalah adalah daripada ketiadaan kemudahan peralatan komunikasi sendiri


seperti telefon pintar, laptop dan lain-lain bagi mereka menyertai pdpr secara google meet.
Ini menyebabkan kebanyakan murid tidak dapat hadir sewaktu proses pelaksanaan google
meet tersebut. Perkara ini amat menggangu segala perancangan pengajaran telah yang
dibuat oleh guru.

Literature Review :

Siti Azura Binti Abu Hassan, Suzana Binti Zainol Abidin dan Zulkurnain Bin Hassan (2020).
Isu yang dibincangkan tentang keberkesanan pdpr dan halangan yang yang timbul
sepanjang pelaksanakan pdpr secara atas talian. Keberkesanan bergantung kepada
kemudahan yang ada dan untuk mengatasi halangan komitmen murid dan guru adalah
penting.

Cadangan Dan Idea Penyelesaian :

Saya mengambil inisiatif untuk memastikan minggu yang akan datang dirancang
dengan lebih sistematik agar dapat mengatasi masalah gangguan semasa google meet
dengan menggunakan group kelas whatsapp sebagai medium penting. Langkah yang perlu
saya lakukan adalah memberitahu lebih awal tentang gm agar murid dapat bersedia
terutama dari segi kemudahan peralatan komunikasi samada meminjam dari ibu bapa atau
ahli keluarga supaya murid dapat menyertai google meet. Saya menggunakan slaid-slaid
powerpoint yang menarik dan menyediakan video-video untuk menarik minat murid. Selain
itu, mencari kuiz-kuiz dan latihan yang dapat menjadi peneguhan kepada murid.
Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan akan dijalankan bermula
pada minggu kedua praktikum dan berterusan selagi perlu untuk memastikan murid tidak
ketinggalan dalam menerima pendidikan walaupun terdapat kengkangan dan halangan yang
dihadapi. Penambahbaikan setiap minggu akan menghasilkan disiplin yang lebih baik lagi
serta terkawal dan dapat mencapai objektif pembelajaran semasa pdpr. Google meet antara
medium pdpr yang sesuai dan amat berkesan sekiranya sempurna dan dapat disertai
semua murid.

Kesimpulan :

Menilai semula kesan dari tindakan/langkah yang telah dijalankan. kewujudan interaksi
berbentuk dua hala semasa google meet boleh berlaku apabila percakapan guru
ditumpukan kepada pengaruh tidak langsung dengan menggunakan gaya menyoal, memuji,
menerima perasaan murid dan pendapat mereka. Dengan cara ini, murid dapat bertindak
balas dan digalakkan mengambil inisiatif untuk berkomunikasi dengan guru. Dengan
wujudnya interaksi dua hala semasa gm ini, aktiviti pdpr secara atas talian menjadi lebih
bermakna, lebih seronok dan berkesan. Oleh itu, saya berpendapat bahawa interaksi antara
guru dan murid memainkan peranan yang amat penting. Masalah kekurangan dari segi alat
komunikasi dapat diatasi dengan kerjasama ibu bapa dan ahli keluarga murid yang sama-
sama membantu murid bagi membolehkan murid hadir google meet.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa interaksi antara guru dan murid serta kerjasama ibu
bapa dan ahli keluarga amat penting supaya murid dapat meneruskan pembelajaran dan
guru dapat menjalankan tanggungjawab menyampailkan ilmu kepada murid semasa pdpr
dengan menggunakan aplikasi google meet.
Rujukan :

Siti Azura, Suzana dan Zulkurnain Bin Hassan. (2021). Keberkesanan Pembelajaran
Dan Pengajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) Terhadap Pembelajaran
Pelajar Di Kolej Komuniti Hulu Langat. Vol 2 March 2021. Diambil daripada
https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/6241

Guru Pelatih, Guru Pembimbing, Pensyarah Penyelia,

(PN. NORAFIZAH BINTI JUSOH) (CIK NUR HAFIZAH BINTI SALAMIN) (PN. HAMIDAH BINTI USMAN)

Anda mungkin juga menyukai