Anda di halaman 1dari 3

MINGGU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KETUJUH


KAMPUS GAYA

‫جورنل ريفليكتيف ميڠڬوان‬

NAMA PELAJAR : Norafizah Binti Jusoh


OPSYEN / KUMPULAN : Pendidikan Islam Sekolah Rendah
NAMA SEKEKOLAH : Sek. Keb. Ulu Sapi, Telupid
MINGGU / TARIKH : Minggu Ketujuh 11 - 15 Oktober 2021

ISU : GANGGUAN TEKNIKAL SEMASA PDPR ONLINE “GOOGLE MEET’’

Pada minggu ketujuh saya menjalani praktikum, isu yang saya hadapi adalah
gangguan teknikal semasa kelas pdpr online “google meet”. Semasa google meet, video
yang di setting untuk set induksi, tidak dapat dibuka untuk diputarkan kepada murid dan
laptop off dengan tiba-tiba. Hal ini mengganggu sesi pdpr yang sepatutnya jadual waktu
pada jam 8.30-9.30 terpaksa ditunda ke jam 9.30-10.30.

Masalah ini berpunca daripada video yang di download tidak support laptop untuk
diputarkan dan laptop off dengan tiba-tiba kerana masalah bateri dan wayar yang sensitif.
Apabila onn laptop semula ia memakan masa beberapa minit untuk setting dengan betul.
Perkara ini berlaku 3 kali sehingga memakan masa hampir 1 jam untuk ia setting dengan
betul kembali.

Kesan daripada masalah tersebut menjadikan sesi pdpr bermula lambat dan kurang
berjalan lancar pada awalnya kerana gangguan teknikal luar jangkaan yang tidak dapat
dielakkan.

Literature Review :

Cabaran melaksanakan PdPDR : 80 peratus adalah masalah kestabilan internet,


kebolehgunaan peranti mengajar seperti komputer, telefon, tablet, ruang pembelajaran
murid, sokongan ibu bapa dan keprihatinan kepimpinan sekolah. (Azlin Norhaini Mansor).

Cadangan Dan Idea Penyelesaian :

Inisiatif yang akan diambil oleh saya pada minggu-minggu akan datang adalah
dengan ulang tonton setiap video yang di download untuk memastikan tiada masalah
semasa ditayangkan ketika google meet. Cara yang saya lakukan untuk mengatasi masalah
ini adalah bluetooth dari fon ke laptop dan setting pada windows media player atau
download terus dari youtube ke laptop supaya tiada masalah untuk play. Laptop, bagi
mengelakkan berlaku lagi off secara tiba-tiba adalah setting dulu kedudukan wayar agar
stabil dan tidak padam. Ini adalah usaha yang saya dapat lakukan agar proses pdpr tidak
terganggu dan murid dapat belajar tepat pada waktu serta mencapai objektif pembelajaran
dengan berkesan.

Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan akan dijalankan bermula


pada minggu kelapan praktikum dan berterusan untuk memastikan kelas berjalan lancar
bertepatan dengan jadual yang telah ditetapkan. Penambahbaikan setiap minggu akan
menghasilkan disiplin yang lebih baik lagi serta terkawal dan dapat mencapai objektif
pembelajaran semasa pdpr.

Kesimpulan :

Menilai semula kesan dari tindakan/langkah yang telah dijalankan. Masalah teknikal
semasa pdpr online google meet akan diselesaikan dengan baik dan berjalan lancar.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa persediaan awal seperti menguji sesuatu bahan
yang di muat turun adalah penting dan usaha yang gigih serta sikap bersungguh-sungguh
bagi seorang guru itu amat suapaya murid sentiasa bersemangat untuk belajar.
Rujukan :

Azlin Norhaini Mansor. (2020). Covid- 19: Cabaran Buat Guru. Tinta Minda. Diakses dari
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1909566

Guru Pelatih, Guru Pembimbing, Pensyarah Penyelia,

(PN. NORAFIZAH BINTI JUSOH) (CIK NUR HAFIZAH BINTI SALAMIN) (PN. HAMIDAH BINTI USMAN)

Anda mungkin juga menyukai