Anda di halaman 1dari 3

MINGGU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEEMPAT


KAMPUS GAYA

‫جورنل ريفليكتيف ميڠڬوان‬

NAMA PELAJAR : Norafizah Binti Jusoh


OPSYEN / KUMPULAN : Pendidikan Islam Sekolah Rendah
NAMA SEKEKOLAH : Sek. Keb. Ulu Sapi, Telupid
MINGGU / TARIKH : Minggu Keempat 20- 24 September 2021

ISU : MASALAH KEHADIRAN MURID SEMASA KELAS PDPR ONLINE

Pada minggu keempat saya menjalani praktikum, masalah yang saya hadapi adalah
tahap kehadiran murid yang kurang memberangsangkan semasa kelas Pengajaran dan
Pembelajaran Dari Rumah (PDPR) secara online. Setiap kali kelas, murid yang hadir adalah
murid yang sama dan sekiranya ada peningkatan kehadiran, hanyalah seorang ke dua
orang sahaja.

Masalah ini berpunca daripada masalah kekurangan alatan pdpr secara online
seperti telefon pintar, laptop, komputer dan sebagainya. Ekonomi keluarga yang serba
kekurangan tidak mampu menyediakan talian internet secukupnya dan sikap murid itu
sendiri yang memberi pelbagai alasan untuk tidak masuk pdpr terutama semasa kelas
google meet. Alasan biasa yang selalu diberi adalah lupa ada google meet, telefon tiada
topup line internet, telefon tiada kerana ibu bapa keluar bekerja dan lain-lain lagi.

Kesan daripada masalah-masalah tersebut menjadikan kehadiran murid semasa


PDPR online terutama kelas google meet kurang penglibatan murid dan akan menyebabkan
ketinggalan pelajaran. Guru juga perlu memikirkan inisiatif lain seperti merakam video,
youtube dan sebagainya supaya murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka.

Literature Review :

Menurut Mahdzir Khalid (2021), Kebimbangan saya ini adalah berasaskan kepada
hasil kajian Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati
kehadiran murid dalam proses PdPR tidak mencapai 80 peratus.Dapatan kajian itu sungguh
menakutkan bagi sayasebagai seorang bekas pengetua sekolah yang tentunya risau akan
jumlah kehadiran muridnya ke kelas. Mungkin dapatan kajian itu boleh dipertikaikan kerana
proses PdPR mempunyai pelbagai mod iaitu ‘online’, ‘offline dan ‘off-site’. Dalam situasi kita
sekarang, sukar untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana hakikatnya banyak faktor
mempengaruhi apa yang berlaku di rumah. Secara mudah, para ibu bapalah yang
seharusnya mengambil peranan dalam memastikan anak-anak mereka memasuki kelas
dalam talian. Angka kehadiran tidak mencapai 80 peratus itu sebenarnya boleh dianggap
sebagai satu isu besar kepada proses PdPR secara keseluruhannya.
Cadangan Dan Idea Penyelesaian :

Inisiatif yang akan diambil oleh saya pada minggu-minggu akan datang sekiranya isu
ini berlarutan adalah dengan menambahbaik strategi bagi menggalakkan murid untuk hadir
PDPR online terutama ketika google meet. Strategi atau usaha yang akan saya buat adalah
sentiasa memberi galakkan atau motivasi seperti kata-kata semangat bagi menaikkan rasa
untuk hadir PDPR, whatsapp di group lebih awal setiap kali kelas, whatsapp juga secara
personal kepada murid yang tidak masuk kelas PDPR, memperbanyakkan mengkaji dan
melaksanakan kaedah dalam pengajaran agar lebih berkesan dan bermakna, juga menarik
minat hadir dengan ganjaran kepada mereka yang rajin hadir kelas PDPR online dan aktif.

Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan akan dijalankan bermula


pada minggu kelima praktikum dan berterusan untuk memastikan ada peningkatan
kehadiran murid dan mereka tidak ketinggalan atau keciciran dalam pembelajaran.
Penambahbaikan setiap minggu akan menghasilkan disiplin yang lebih baik lagi serta
terkawal dan dapat mencapai objektif pembelajaran semasa pdpr.

Kesimpulan :

Menilai semula kesan dari tindakan/langkah yang telah dijalankan. Masalah kehadiran
murid yang kurang memberangsangkan ini merupakan satu masalah besar sekiranya tidak
dapat diatasi dengan segera. Namun, ia dapat diatasi dengan berkesan sekiranya semua
pihak melaksanakan peranan masing-masing. Samaada guru, ibu bapa, pentadbir sekolah
dan paling penting kesedaran murid itu sendiri.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa usaha yang gigih dan sikap bersungguh-sungguh
bagi menarik minat dan galakkan untuk murid hadir PDPR adalah amat penting bagi
mencapai objektif pembelajaran dan mengelakkan murid tercicir dalam pelajaran.
Rujukan :

Mahdzir Khalid. (2021). Apa punca murid sekolah gagal ikuti proses PdPR?. Edisi 9
Online Jun 25, 2021. Diakses dari https://www.edisi9.com.my/2021/06/apa-
punca-murid-sekolah-gagal-ikuti-proses-pdpr/

Guru Pelatih, Guru Pembimbing, Pensyarah Penyelia,

(PN. NORAFIZAH BINTI JUSOH) (CIK NUR HAFIZAH BINTI SALAMIN) (PN. HAMIDAH BINTI USMAN)

Anda mungkin juga menyukai