Anda di halaman 1dari 1

DOA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah,
kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama menyambut dan meraikan sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat sekolah di sekolah ini. Kami bermohon dan bermunajat kepadaMu, mudah-
mudahan majlis ini akan mendapat keredhoaan dan keberkatanMu dari awal hingga ke akhir majlis..

Ya Allah ya Tuhan kami,


Negara kita akan genap 45 Tahun menyambut hari kemerdekaan. Justeru ia bukanlah suatau m,asa yang
singkat. Ia mestilah dipertahankan untuk generasi yang akan datang. Merdeka bukanlah bermaksud bebas
dari cengkaman penjajah semata-mata, bahkan ia meliputi pengertian yang amat luas, bebas dari segala
bentuk kekufuran, bebas dari kemiskinan , bebas dari kejahilan, bebas dari sifat yang tidak baik dan bebas
dari ancaman musuh samada musuh dalaman atau luaran. Lantaran itu

Ya Allah Ya Rahman Ya Ghafar

Kau selamatkanlah negara kami Malaysia agar bertambah aman , makmur dan sejahtera.. Rakyat dapat
hidup bersatu padu dan aman damai. Kemerdekaan, kemakmuran dan keharmonian yang dinikmati
sekarang ini tidak akan bertahan lama jika rakyatnya tidak menitikberatkan perpaduan sesama sendiri.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ,


Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan
bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada usaha mendidik anak bangsa dengan penuh rasa
tanggungjawab, jujur dan ikhlas di samping dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi melahirkan generasi
berilmu, berakhlak mulia, dan cintakan agama, bangsa dan negara kita Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai