Anda di halaman 1dari 1

Teknik Ingatan

Sejak dari dulu lagi,teknik ingatan digunapakai dalam kehidupan seharian.Hal ini merupakan
sesuatu yang fundamental dalam perkembangan kehidupan manusia. Teknik bermaksud
kemahiran atau kemampuan seseorang untuk menggunakan prosedur manakala ingatan pula
merupakan suatu proses mental yang menyimpan dan mengeluarkan data tersebut kembali ketika
diperlukan. Definisi ingatan menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4 ialah kuasa untuk
mengingati sesuatu bahkan perkataan sinonim bagi ingatan ialah memori. Ingatan terbahagi
kepada dua iaitu, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ingatan jangka pendek
merujuk kepada data yang dipelajari dan diberikan penumpuan secara sedar dalam jangka masa
yang singkat. Ingatan jangka pendek juga dikenali sebagai ingatan primer atau ingatan aktif.
Namun begitu, tanpa latihan yang berulang, data di dalam ingatan jangka pendek berkemungkinan
besar akan hilang disebabkan ianya sering menghadapi proses lupaan. Selain itu, purata seorang
dewasa menyimpan maklumat ialah 5 hingga 9 item dalam ingatan jangka pendek (Atkinson &
Shiffrin 1971) manakala purata durasi maklumat dalam ingatan jangka pendek ialah 15 hingga 30
saat (Miller 1956). Mithalnya, ingatan jangka pendek boleh digunakan untuk mengingati nombor
telefon seseorang dengan pantas dan menyebutnya berulang kali bagi mengelakkan proses lupaan.
Di samping itu, ingatan jangka panjang juga merupakan daya penyimpanan data yang
membolehkan maklumat disimpan dalam jangka waktu yang lama. Daya penyimpanan data ini
mempunyai kapasitas yang tidak terbatas. Justeru, proses penyimpanan data ingatan tersebut
mengambil masa yang lama berbanding ingatan jangka pendek. Terdapat dua jenis ingatan jangka
panjang iaitu, memori episodic yang bermaksud menyimpan segala data dari segi pengalaman dan
memori semantic menyimpan data melalui fakta.

Anda mungkin juga menyukai