Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ KOMUNITI MAS GADING

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK


DAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
MALAYSIA

KERTAS KERJA
KURSUS PENDEK JAHITAN DAN PAKAIAN

ANJURAN UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


KOLEJ KOMUNITI MAS GADING

DISEDIAKAN OLEH:
NOURAISYAH BINTI HUSSEN
1. PENGENALAN
Kursus jahitan pakaian ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai rekaan fesyen
pembuatan pakaian wanita terkini. Peserta diperkenalkan dengan teknik memotong,
menjahit dan menguasai mesin-mesin jahit terkini supaya mereka dapat memahami
pengenalan awal kepada senario industri fesyen dan pakaian di negara ini. Penekanan juga
diberikan kepada cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian, rekaan baju
serta pelbagai jenis jahitan pakaian wanita. Kursus ini mampu memberi pendedahan
kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak pasaran industri.

2. TUJUAN
Pihak Kolej Komuniti Mas Gading ingin mendedahkan dunia perniagaan kepada peserta di
mana mereka dapat menghasilkan sendiri produk jahitan mereka setelah selesai menyertai
kursus ini. Selain itu, ia dapat membantu meningkatkan industry kecil dan sederhana
terutamanya dalam bidang rekaan fesyen.

3. OBJEKTIF
Di akhir kursus ini, peserta dapat:

 Mengaplikasikan teknik yang betul dalam pengukuran badan.


 Mengetahui cara untuk melukis pola baju, skirt dan seluar.
 Menggunakan teknik memotong fabrik kain yang betul.
 Mengetahui cara untuk mencantum fabric kain dan menjahit baju, skirt dan seluar.

4. TARIKH/ MASA/ TEMPAT KURSUS


TARIKH/ HARI : Sepanjang Oktober sehingga November 2020
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Kolej Komuniti Mas Gading

5. MODUL
Modul 1: Sulaman Tangan
Modul 2: Baju Kurung Moden
Modul 3: Blaus
Modul 4: Skirt A Line
Modul 5: Skirt Duyung
Modul 6: Seluar Wanita
Modul 7: Tudung Sekolah
6. PERBELANJAAN DAN ANGGARAN KOS
Perbelanjaan Bahan Kursus dan Pelbagai

Bil Item Harga Kuantiti Jumlah (RM)


seunit/meter
(RM)
1 Fabrik kapas tetron polos plain 6.00 200 meter 1200.00
2 Fabric polyster plain 11.50 85 meter 977.50
3 Fabric kashibo 5.00 50 meter 250.00
4 Fabric tudung sekolah bidang 11.00 20 meter 220.00
60 inci
5 Kain interlining bidang 40 inci 3.20 40 meter 128.00
6 Kain keras interlining bidang 45 12.50 6 meter 75.00
inci
7 Benang jahit 200 meter 1.00 180 unit 180.00
8 Benang kemas tepi 4000 meter 8.00 10 unit 80.00
9 Jarum tangan 1.20 25 unit 30.00
10 Jarum mesin jahit 3.00 12 unit 36.00
11 Pemidang saiz 6 8.00 15 unit 120.00
12 Benang sulam DMC 8.00 20 unit 160.00
JUMLAH 3456.50

Yuran Hasil Kerajaan :RM5 (seorang) X 13 orang peserta


:RM65 x 10 modul
: RM650.00
7. SASARAN PESERTA
Peserta adalah terdiri daripada komuniti setempat dalam kalangan suri rumah, ibu tunggal,
wanita bekerjaya dan pelajar sekolah menengah.

8. TENAGA PENGAJAR/ PENYELARAS/ URUSETIA/ FASILITATOR

Nama Pengajar Urusetia Modul


Nouraisyah binti Hussen Haslinda binti Jama’in Sulaman Tangan

Munirah binti Yahya Kamelia binti Kamel Baju Kurung Moden

Haslinda binti Jama’in Nouraisyah binti Hussen Blaus

Kamelia binti Kamel Munirah binti Yahya Skirt A Line

Munirah binti Yahya Kamelia binti Kamel Skirt Duyung

Haslinda binti Jama’in Nouraisyah binti Hussen Seluar Wanita

Nouraisyah binti Hussen Haslinda binti Jama’in Tudung Sekolah


9. JADUAL PROGRAM

8.00 pagi – 5.00 ptg Peserta belajar menjahit Sulaman Tangan


(24-25 Oktober 2020)
8.00 pagi – 5.00 ptg Peserta belajar menjahit Baju Kurung Moden
(31 Oktober & 1 November 2020)
8.00 pagi – 5.00 ptg Peserta belajar menjahit Blaus
(7 November 2020)
8.00 pagi – 5.00 ptg Peserta belajar menjahit Skirt A Line
(8 November 2020)
8.00 pagi – 5.00 ptg Peserta belajar menjahit Skirt Duyung
(14 November 2020)
8.00 pagi – 5.00 ptg Peserta belajar menjahit Seluar Wanita
(15 November 2020)
8.00 pagi – 5.00 ptg Peserta belajar menjahit Tudung Sekolah
(21 November 2020)

10. PENUTUP

Diharap kursus yang dirancang akan menambah pengetahuan komuniti setempat berkenaqan
ilmu jahitan.
Disediakan oleh,

……………………………………………………..
(NOURAISYAH BINTI HUSSEN)
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
Kolej Komuniti Mas Gading
Kementerian Pengajian Tinggi
Tarikh:

Disemak oleh,

……………………………………………………..
(YVONE XAVERA ANAK DADY)
Timbalan Pengarah Akademik
Kolej Komuniti Mas Gading
Kementerian Pengajian Tinggi
Tarikh:

Diluluskan oleh,

……………………………………………………..
(NOR DALILA BINTI ABDUL RAHMAN)
Pengarah
Kolej Komuniti Mas Gading
Kementerian Pengajian Tinggi
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai