Anda di halaman 1dari 2

2.

i. Apakah itu Pendidikan Inklusif yang anda telah pelajari daripada Seminar minggu lepas:

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersamasama dengan murid
lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

ii. Bagaimanakah cara guru dapat mengajar murid Dixlesia dan lain-lain masalah
pembelajaran untuk mengenal sesuatu huruf atau nombor, seperti yang dinyatakan oleh
penceramah jemputan?

Model inklusif:

Model ini dilaksanakan bagi murid yang mengalami masalah disleksia yang ringan. Bagi
pelajar-pelajar berkeperluan khas seperti ini, mata pelajaran Bahasa Melayu akan
dilaksanakan di kelas khas manakala mata pelajaran lain diinklusifkan di kelas normal. Di
sini, guru khas disleksia akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja bertulis.
Kurikulum Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam atau
Pendidikan Moral yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran.
Huraian sukatan pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika perlu, akan diubahsuai
pendekatannya bagi keperluan murid-murid disleksia.

Model kelas khas:

Model kelas khas dilaksanakan bagi pelajar bermasalah disleksia yang teruk. Huraian
sukatan pelajaran bagi model kelas khas ini diubahsuai pendekatannnya. Guru-guru perlu
menggunakan strategi yang khusus dan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, seseorang perlu mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan kanak-kanak itu melalui beberapa ujian yang dijalankan. Melalui
pengujian tersebut, secara automatiknya kita dapat mengenalpasti bakat, kebolehan atau
kemahiran khusus yang dimiliki oleh mereka.

Pendekatan Multi-Sensory:

Proses pembelajaran golongan disleksia perlu melengkapi penggunaan deria-deria utama


seperti sentuhan, bunyi serta penglihatan kerana ia akan menjawab semua persoalan yang
bersarang dalam fikiran mereka. Kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan
kaedah yang paling sesuai bagi mengajar pelajar-pelajar disleksia. Pendekatan ini
menggabungkan beberapa deria iaitu auditori, visual, orali dan kinestetik.

Pendekatan mengeja dengan melakar:

Antara salah satu cara belajar mereka yang mengalami gangguan disleksia dapat dilihat
melalui cara mereka belajar dengan mengeja perkataan-perkataan menggunakan lakaran
atau lukisan. Melalui kajian yang dijalankan di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur
mendapati bahawa murid-murid disleksia sering mencari kaedah belajar cara mereka
sendiri. Malah, kadangkala daya kreativiti mereka yang tinggi membolehkan mereka
membuat pilihan cara mana mereka harus gunakan untuk memudahkan mereka belajar.

Pendekatan objek pembelajaran (learning object, LO):

Konsep Objek Pembelajaran atau learning object (LO) dipopularkan oleh Wayne Hodgins
pada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO merupakan cara terkini serta teknologi masa akan
datang
dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut
Shepherd
(2001), LO adalah pemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia
pendidikan. LO adalah interaktif serta membenarkan pelajar mempelajari kandungan
sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti
kemahiran
7 berfikir. Dengan menggunakan internet, LO boleh diaksess pada bila-bila masa sahaja.
Repositori objek pembelajaran direkabentuk untuk pelbagai mode aksesibiliti (dimuat-turun,
dipindah ke media elektronik yg lain untuk capaian yg lebih mudah, pengguna boleh mencari
objek pembelajaran dengan mudah) boleh menyediakan ke arah pembelajaran era baru
(Ally, 2006)

Anda mungkin juga menyukai