Anda di halaman 1dari 4

Sukatan Pelajaran: 

2.5 Menjahit jahitan asas.

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 


Pelajaran hari ini berkaitan dengan menjahit butang.

Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat;
1. Memasukkan tali ke dalam kertas keras yang mengandungi dua lubang.

2. Menjahit butang sebenar di atas kain.

3. Mengikuti arahan keselamatan yang diberikan oleh guru.

Kemahiran Sedia Ada: 


Murid sudah boleh menjahit di atas kain "Cross-stitch".

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 


1. Memperkenalkan alatan.

2. Memasukkan tali ke dalam kertas keras yang mengandungi dua lubang.

3. Menjahit butang kertas di atas kain.

4. Menjahit butang sebenar.

Bahan Bantu Mengajar: 


Butang kertas, tali, butang sebenar, jarum, benang, kain, baju dan kad perkataan.

Set Induksi: 
1. Guru menunjukkan sehelai baju yang mempunyai butang. Murid melihat dan memberikan
perhatian.

2. Guru menyuruh murid membutang baju tersebut. Guru telah menanggalkan salah satu
butang baju
tersebut.

3. Guru berbuat demikian kerana ingin melihat tindakan murid, sama ada murid sedar
bahawa
salah satu butang telah tertanggal atau tidak.

4. Setiap murid membutang baju tersebut.

5. Guru bersoal-jawab dengan murid. Guru menyoal murid, "Apa yang perlu dilakukan jika
butang baju tertanggal?". Murid menjawab, "Menjahit butang baju tersebut".

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 


1. Guru menyoal murid, "Masih ingat atau tidak bagaimana untuk menjahit jahitan jelujur?".
Murid menjawab masih ingat atau sudah lupa.
2. Guru menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran hari ini akan menggunakan jahitan
jelujur.

3. Guru menunjukkan sedikit cara menjahit jahitan jelujur.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid: 


1. Guru menyatakan bahawa pada hari ini murid akan diajar menjahit butang pakaian.

2. Guru menunjukkan contoh jahitan yang akan dibuat oleh murid.

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid: 


Langkah Pertama

Butang Pakaian.
-Memperkenalkan alatan.
1. Guru menunjukkan butang kepada murid. Guru menyoal "Ini apa?". Murid menjawab,
"Butang pakaian".

2. Guru menunjukkan kad perkataan butang. Guru menyuruh murid menyebut dan mengeja
kad perkataan secara kelas dan individu.

3. Guru menunjukkan perkataan lain yang akan digunakan untuk menjahit butang iaitu
benang, gunting, kain dan jarum.

4. Guru menyuruh murid menyebut nama peralatan yang ditunjukkan. Murid menyebut nama
peralatan satu persatu.

Langkah Kedua

Butang kertas dan tali.


-Memasukkan tali ke dalam kertas keras yang mengandungi dua lubang.
1. Guru menunjukkan kertas keras yang mengandungi dua lubang. Guru menyatakan bahawa
ini adalah butang. Murid memberikan perhatian.

2. Kemudian, guru memberi setiap murid kertas keras yang mengandungi dua lubang dan
tali.

3. Guru menunjukkan cara menjahit iaitu memasukkan tali ke dalam lubang kertas tersebut.
Guru menyuruh murid melakukan aktiviti tersebut.
4. Murid memasukkan tali mengikut nombor pada kertas secara berulang kali dengan
bimbingan guru.

5. Murid melakukan aktiviti sehingga dapat melakukannya sendiri.

Langkah Ketiga

Menjahit butang sebenar.


A) Menjahit butang kertas di atas kain.
1. Guru memberikan setiap murid butang kertas, kain, jarum dan benang.

2. Guru menyuruh murid memasukkan benang ke dalam jarum dan kemudian menyimpulkan
hujung benang.

3. Guru menyuruh murid meletakkan butang kertas di atas kain.

4. Guru menunjukkan cara menjahit butang kertas tersebut.

5. Guru memulakan jahitan dengan jahitan kia dan kemudian memasukkan benang ke dalam
lubang pertama, diikuti lubang kedua.

6. Jahitan dimatikan dengan jahitan kia. Murid menjahit dengan bimbingan guru.

7. Guru memastikan murid mematuhi peraturan keselamatan yang telah diajarkan oleh guru.
Contohnya, murid memastikan agar tangan mereka tidak tercucuk jarum.

B) Menjahit butang sebenar.


1. Guru memberikan jarum, kain, benang dan butang sebenar kapada murid. Guru menyuruh
murid menjahit butang sebenar di atas kain.

2. Murid menjahit dengan bimbingan guru.

3. Guru memastikan murid menjahit dengan kemas. Murid yang menjahit dengan kemas dan
betul mendapat ganjaran.

Latihan dengan Bimbingan: 


1. Murid memasukkan tali mengikut nombor pada kertas secara berulang kali dengan
bimbingan guru.

2. Murid menjahit dengan bimbingan guru.

Latihan Kendiri: 
Guru menyuruh murid menyebut dan mengeja kad perkataan secara individu.

Penutup Pengajaran: 
Hasil kerja murid jahitan butang kertas .
1. Guru menyuruh murid menunjukkan hasil jahitan mereka. Guru mempamerkan semua
hasil jahitan di hadapan kelas.

2. Guru menyoal murid, "Jahitan siapa yang paling kemas dan cantik?". Murid menjawab
nama salah seorang rakan mereka.

3. Guru memberikan ganjaran kepada semua murid yang sabar menjahit butang sehingga
siap.

4. Guru menyoal murid "Apa yang perlu dilakukan jika butang pakaian tertanggal?". Murid
menjawab, "Jahit butang tersebut".

5. Guru merumuskan isi pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai