Anda di halaman 1dari 2

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan

kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat
sekolah rendah perlu harus ‘memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘menerima’. Selain insan yang
sering memberi cahaya itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk
mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling
utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen
dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. Sesungguhnya kita harus sedar
bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Dato’ Azhar Mansor,
Datuk Sharifah Mazlina dan Dato’ Syeikh Muzzaffar sendiri melalui pelbagai kesukaran dalam usaha
menjelajah dunia dan meneroka angkasa! Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita sama-sama
berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan
anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat
tuan-tuan sebagai waris.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima
anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima
akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang
akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan
penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam
pembelajaran dan pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh
menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka
pada masa akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan hari
ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru
kepada saudara dan saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti
hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada
kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan
akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan/puan sekalian, marilah kita
saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-
warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas
kealpaan dan kelekaan kita. Insya’Allah.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah
dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah
Cemerlang Sekolah Kebangsaan Haji Idris pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai