Anda di halaman 1dari 10

NOTA BISNES PUAN AINON MOHD

BAGAIMANA
MEMULAKAN
BISNES?
Jangan terjun ke dalam dunia
bisnes dengan membuka bisnes
yang mempunyai ciri-ciri ini:
1. Bisnes itu modalnya besar, sampai kita
terpaksa gunakan semua wang
simpanan kita.
Sebagai contoh, kita bersara lalu kita
gunakan semua wang KWSP untuk
membuka bisnes.
2. Jangan meminjam duit modal
bisnes sampai kita terpaksa
mencagarkan hartanah kepada
bank.
Ingat 93% semua bisnes ditutup
dalam tempoh 3 tahun selepas
dibuka.
Nanti bisnes gulung tikar, hartanah
pula dilelong oleh bank.
3. Jangan meminjam duit adik
beradik ataupun kaum keluarga.
Nanti sudahlah bisnes kita tutup,
bergaduh pula dengan adik
beradik dan ipar-duai.
4. Jangan menyewa kedai.
Gagal membayar sewa kedai adalah
punca utama bisnes kita terpaksa
ditutup.
5. Jangan buat bisnes yang skillnya
tidak ada pada kita.
Jangan buka kedai makan kalau
kita tidak pandai masak.
Nanti tukang masak lari, kita
terpaksa tutup kedai.
6. Jangan buka bisnes francais.
Francais memaksa kita membuat
pinjaman bank dan menggadaikan
hartanah.
7. Jangan buka kilang.
Kos membuka kilang sangat tinggi.
Ia memaksa kita membuat pinjaman
bank.
Lawati
SLIDESHARE
‘StartUpABS’

KLIK

Anda mungkin juga menyukai