Anda di halaman 1dari 1

One step

Kakiku terasa sedikit menggigil akibat angin sejuk penyaman udara di gelanggang besar itu. Terlalu
banyak mata yang menghala ke arah pasukan kami yang akan bermain di pusingan akhir bersama salah
satu sekolah yang tersohor. Patutkah aku tarik diri daripada bermain untuk kali ni? Melihatkan gaya
dan strategi permainan mereka tadi, sistem pernafasan aku sudah mula tak teratur. Ketua mereka
dapat mengendalikan pasukannya dengan baik sedangkan aku? Ahhh aku sudah mula resah apabila
mereka mula menguasai pusingan kedua dengan perbezaan mata sebanyak 15 mata. Jam
menunjukkan pukul 1:25 petang, lagi 5 minit sebelum aku membawa pasukan aku mula masuk ke
gelanggang bola tampar bagi perlawanan akhir peringkat negeri. Sudah tiada masa untuk merenung!
Aku perlu fikir cara untuk melawan pihak lawan dengan strategi lain daripada apa yang telah kami
gunakan selama ini. Semua ahli pasukanku sudah tentu mula letih kerana ini adalah pusingan yang
terakhir. Sebelum aku beritahu mereka tentang strategi yang baru aku cipta, aku perlu naikkan
semangat kesukanan kami yang mula pudar sejak kekalahan di pusingan dua. Ya!! Aku bukan datang
kesini untuk pulang dengan tangan kosong, aku datang untuk bawa balik kemenangan bersama ahli
pasukan yang lain. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk membawa ahli pasukanku untuk
meneruskan perlawanan akhir ini dengan lancar.Sebelum bangun dari bangku menunggu, satu ayat
motivasi tiba tiba terlintas yang berbunyi ‘ "Menyerah adalah cara terhina mendapat kekalahan dan
berjuang adalah cara termulia mendapatkan kemenangan."

Anda mungkin juga menyukai