Anda di halaman 1dari 53

Topik 3

Pendekatan, Strategi Dan


Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran
EDUP2093 PEDAGOGI
Tay Chong Seng (Ph.D.)
Jabatan Sains
No. Telefon: 0133697387
Emel: tay14-119@epembelajaran.edu.my
HASIL PEMBELAJARAN

HPK2: Merangka pelan pembelajaran bermakna


yang mengaplikasikan konsep-konsep dan model
pembelajaran bermakna dengan menggunakan
pendekatan, strategi, kaedah dan aktiviti yang
bersesuaian. (C6, HP2, KKG5, KKG10)
BAB 3 Pendekatan, Strategi Dan Kaedah
Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran
Modifikasi strategi dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran untuk kanak-kanak
berkeperluan khas
Namakan satu Pendekatan
Pengajaran Dan Pembelajaran.

Cuba akses link Mentimeter berikut:


www.menti.com

Kemudian masukkan kod: 28 64 48 7

Taipkan jawapan anda.

Terima kasih.
Namakan satu Pendekatan
Pengajaran Dan Pembelajaran.

Cuba akses link Mentimeter berikut:


www.menti.com

Kemudian masukkan kod: 28 64 48 7

Taipkan jawapan anda.

Terima kasih.
Pendekatan, Strategi, Kaedah & Teknik Pengajaran
Pendekatan, Strategi, Kaedah & Teknik Pengajaran
Pendekatan pengajaran (Teaching approaches)
“The mode or manner of teaching”
“Ways in which teachers try to engage students with
the subject matter”
Cara penyampaian pengajaran guru dalam bilik
darjah
Langkah/usaha yang dijalankan oleh guru untuk
menerangkan sesuatu konsep/ formula/ teorem/
istilah/ pengetahuan baru
Pendekatan Pengajaran

 Pendekatan Induktif
 Pendekatan Deduktif
 Pendekatan Eklektif
 Pendekatan
Bersepadu/Integratif
 Pendekatan Tematik
Pendekatan Pengajaran: Pendekatan Induktif
 aliran pemikiran behaviorisme (Kierzek & Gibson, 1960)
 dimulai dengan contoh-contoh khusus kepada
kesimpulan umum (dimulakan dengan sesuatu sebab
atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi)

 bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan &


menekankan kepada pengulangan untuk
mendapatkan hukum serta peluang pelajar membuat
kesimpulan sendiri
Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif
• Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada
contoh khusus kepada suatu generalisasi atau kesimpulan
umum.
• Bahan bantu mengajar harus disediakan untuk membantu
pelajar membuat kesimpulan.
• Contoh khusus yang releven dan sesuai harus dipelbagaikan
untuk menerangkan sesuatu supaya generalisasi dapat
dicapai dengan mudah.
• Guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan
dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati
dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.
• Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
pendekatan induktif menekankan pengajaran secara urutan
yang tepat, iaitu contoh-contoh spesifik kepada umum
Jenis dan Prinsip Pendekatan Induktif
JENIS PENDEKATAN PRINSIP PENDEKATAN

• Membentuk satu • Sediakan contoh-contoh


generalisasi daripada yang sesuai
contoh • Menyediakan soalan
• Membentuk satu prinsip • Murid dibimbing untuk
daripada ujikaji mencari kesimpulan
• Membentuk satu hukum • Murid menganalisa
daripada pernyataan contoh
• Mendapat satu teori • Guru merancang aktiviti
daripada satu urutan pengajaran melalui
pemikiran contoh
• Pengajaran berbentuk
konkrit
Kelebihan dan kelemahan Pendekatan Induktif

Kelebihan Kelemahan
Murid melibatkan diri secara Sukar mendapatkan
aktif kerjasama daripada murid
Bersifat saintifik Menggunakan banyak masa
apabila murid diminta
memberikan contoh
Menggalakkan murid berfikir Membebankan tugas guru
kerana perlu banyak
persediaan
Berpusatkan murid Kurang bermanfaat kepada
murid yang pandai
Murid
mengetahui Guru
konsep memilih
tentang tajuk
klasifikasi jenis haiwan
haiwan.

Contoh
Pendekatan Minta murid
Membuat Induktif memberikan
kategori beberapa
haiwan contoh
haiwan

Murid
kenalpasti
ciri
haiwan
Pendekatan Pengajaran: Pendekatan Deduktif
 selaras dengan teori pembelajaran Gestalt
 pengajaran dengan mengemukakan generalisasi
(umum) dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh
(spesifik)

 bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif dan


lebih banyak menekankan aspek tulisan
Prinsip-prinsip pengajaran secara deduktif
• Pada peringkat permulaan, sesuatu masalah atau
hipotesis diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar
mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam
konteks ini, generalisasi yang dikemukakan harus
dinyatakan secara eksplisit.
• Penggunaan pendekatan deduktif harus mengikut
langkah demi langkah.
• Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan
generalisasi atau peraturan. Berdasarkan contoh yang
digunakan, pelajar meniru atau menghafal contoh dan
membentuk contoh lain.
Prinsip-prinsip pengajaran secara deduktif
• Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan
pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang
disampaikan. Latihan menulis untuk mengesan
kebolehan pelajar menguasai kemahiran turut diberikan.
• Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelah
memahami konsep serta contoh yang diberikan.
• Pemahaman generalisasi atau peraturan dinilai dengan
menggunakannya dalam situasi-situasi baru yang
mempunyai masalah hampir serupa.
Pendekatan Pengajaran: Pendekatan Deduktif

Satu produksi
fakta untuk
membuktikan
satu pernyataan
Bermula umum Menganalisa
daripada
fakta yang
beberapa rumus,
membentuk
prinsip, hukum,
generalisasi
peraturan

Membuat satu
penghuraian
Pemusatan murid PENDEKATAN daripada umum
DEDUKTIF kepada yang
khusus
Pendekatan Pengajaran: Pendekatan Deduktif
Untuk penyelesaian masalah
• Digunakan untuk meyelesaikan masalah.
Contohnya: mempelajari pengelasan haiwan mengikut cara
membiak atau jenis habitat
Untuk membuat generalisasi baru
• Digunakan untuk menghasilkan generalisai baru.
Contohnya: setelah murid mempelajari tentang rantai
makanan, mereka dibimbing untuk mengenali siratan makanan
pula.
Untuk membuat hipotesis
• Membuat hipotesis melalui prinsip dan konsep yang dipelajari
Contohnya: setelah mempelajari tentang prinsip apungan dan
tenggelam bahan, mereka membuat hipotesis tentang bahan
yang bakal diuji.
Pendekatan Pengajaran: Pendekatan Eklektik
 menggunakan dua atau lebih kaedah yang
menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan
tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu PdP
 contohnya, guru boleh mula dengan memberikan contoh,
diikuti dengan generalisasai, ataupun guru akan
mengakhirinya dengan memberikan contoh untuk
mengukuhkan peraturan atau generalisasi.
Pendekatan Pengajaran: Pendekatan Integratif
 menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah,
strategi dan teknik agar murid lebih mudah memahami apa
yang sedang disampaikan
 guru sentiasa berusaha mengintegrasikan idea-idea baru
dalam unit-unit pengajaran sedia ada supaya pembelajaran
murid lebih berkesan dan mereka berupaya mengaplikasikan
apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian
Prinsip-prinsip pendekatan integratif
• Tumpuan diberikan kpd strategi pemusatan murid
• Penggunaan pembelajaran aktif, di mana teknik
koperatif diintergrasikan untuk memberikan pelajar-
pelajar peluang mengaplikasi maklumat yang g
dipelajari secara teori kepada situasi dalam kehidupan
seharian dan lebih menekankan perkembangan
kemahiran berbanding dengan penyampaian maklumat
semata-mata.
• Peranan guru sebagai fasilitator.
• Keutamaan diberikan kepada kemahiran asas
• Peluang untuk kerja berpasukan
• Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan pelajar
Langkah-langkah Hilda Taba (1962) dalam pendekatan integratif
Fasa 1: Menghuraikan
Pelajar digalakkan untuk menghuraikan tentang ciri
sesuatu aspek yang dikaji. Contohnya, guru meminta
pelajar menghuraikan warna katak, jenis makanan dan
habitatnya. Kemudian, pelajar diminta untuk
menghuraikan ciri-ciri kodok pula.
Fasa 2: Membandingkan
Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan,
pelajar diminta untuk membuat perbandingan antara
kedua-dua haiwan tersebut. Pelajar akan mengenal
pasti persamaan dan perbezaan antara katak dan
kodok menggunakan pengurusan grafik “banding beza”
Langkah-langkah Hilda Taba (1962) dalam pendekatan integratif
Fasa 3: Menerangkan
Setelah pelajar mengenal pasti persamaan dan perbezaan
antara katak dengan kodok, mereka diminta untuk
menerangkan dengan lebih terperinci tentang ciri-ciri katak
dan kodok. Penerangan melalui pemerhatian merupakan
bahagian penting dalam fasa ini.
Fasa 4: Hipotesis
Pelajar diminta untuk membentuk hipotesis serta memikirkan
secara abstrak dari segi penaaakulan sesuatu.
Fasa 5: Membuat generalisasi
Pelajar diminta untuk membuat rumusan tentang maklumat
yang dikumpulkan dan membentuk satu atau lebih
generalisasi, bergantung kepada keluasan skop satu-satu
pelajaran.
Pendekatan Pengajaran: Pendekatan Tematik
 pengajaran yang disampaikan
melalui konsep atau idea yang
besar. Pendekatan secara tema
akan membolehkan pelajar
menganalisis, membuat generalisasi
dan mengaplikasi pengetahuan
serta memberikan peluang pelajar
mengalami pelbagai pengalaman
dalam situasi yang berlainan.
 idea-idea utama kandungan
sesuatu mata pelajaran merentasi
disiplin, iaitu aktiviti-aktiviti
pembelajaran terbit daripada tema
(Guillanme, 2000)
Langkah-langkah Pendekatan Tematik
1) Pilih satu tema: Tema hendaklah cukup luas untuk memuatkan
maklumat daripada banyak bidang sesuatu mata pelajaran
tetapi ia hendaklah tidak terlalu luas sehinggakan perkaitan yang
bermakna hilang. Anda perlu fikirkan tentang matlamat yang
lebih besar dan minat pelajar.
2) Membina jaringan perancangan: Membuat sumbangsaran untuk
membina carta atau peta semantik yang meneroka pelbagai
contoh bagaimana timbulnya tema tersebut.
Langkah-langkah Pendekatan Tematik
3)Pilih bahan : Perancangan bertujuan untuk menyediakan
bahan-bahan yang banyak. Ini termasuk bahan-bahan
untuk seni,sastera, sumber-sumber yang lain, bahan-
bahan teknologi dan bahan-bahan untuk masyarakat.
4)Rancang aktiviti: Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang
sesuai dengan tema, gunakan bahan-bahan yang
banyak dan galakkan peningkatan prestasi pelajar-
pelajar ke arah pencapaian matlamat pembelajaran.
Jangan lupa untuk memberi peluang kepada pelajar
untuk memilih pembelajaran mereka.
Strategi Pengajaran
• Pembelajaran • Guru menerang
disokong
dengan
sumber
BERASASK PEMUSAT
AN BAHAN AN GURU

BERASAS
PEMUSAT
KAN
AN
TUGASAN
MURID
/ AKTIVITI
• Aktiviti • Murid membina
pembelajaran ilmu
dijalankan pengetahuan
Strategi Pengajaran
• Komunikasi sehala
• Guru berperanan utama dlm P&P
• Murid pasif & mendengar sahaja
PEMUSATAN
GURU • Murid kurang kreatif & tidak berinisiatif
• Mementingkan pencapaian objektif

• Membentuk sifat – sifat sosial yang positif


• Murid lebih kreatif
• Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri
PEMUSATAN
MURID • Komunikasi 2 hala
• Disiplin tidak terkawal

• Guru menggunakan banyak bahan


STRATEGI
• Penekanan diberikan kepada penggunaan bahan – bahan
BERASASKAN
BAHAN

• Guru melibatkan pelajar dalam aktiviti


STRATEGI • Aktiviti perlu berfokuskan kepada matlamat
BERASASKAN • Menyediakan peluang untuk berinteraksi & membuat refleksi
TUGASAN/ • Aktiviti tersebut perlu dipantau.
AKTIVITI
Tutorial 3 Topik 3
Secara kumpulan 6 – 7 orang, bincangkan secara ringkas satu daripada
empat strategi pengajaran iaitu strategi berpusatkan guru, strategi
berpusatkan murid, strategi berpusatkan bahan dan strategi berpusatkan
tugasan dengan berpandukan kepada pendekatan pengajaran yang
sesuai. Seterusnya bincang kesesuaian strategi pengajaran dan
pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan modifikasinya.
 Kumpulan 1: strategi berpusatkan guru
 Kumpulan 2: strategi berpusatkan murid
 Kumpulan 3: strategi berpusatkan bahan
 Kumpulan 4: strategi berpusatkan tugasan
Sediakan laporan hasil perbincangan bersama ringkasan dalam bentuk
persembahan untuk dimuatnaik dalam platform Google Classroom yang
disediakan bagi tujuan perkongsian.
Kaedah Pengajaran
Cara pengajaran yang terancang dan disusun dengan
rapi
Berkesinambungan dan perlu dituruti dengan baik bagi
mencapai sesuatu objektif PdP
Suatu prosedur yang membolehkan pelaksanaan sesi
pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik

cara yang digunakan untuk mengelolakan dan


menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu
mengajar untuk mencapai objektif pengajaran.
Teknik Pengajaran
Kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian
bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-
langkah dalam aktiviti pembelajaran
teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran
dan perlu diteliti supaya dapat mempercepatkan
penanggapan pelaja
Bersoal
jawab Berbincang
Menyelesaikan
masalah
Simulasi

Nyanyian
Main
peranan

Permainan

Tunjuk
Bercerita cara

Berbahas Bersyarah
Sumbang
saran
Kaedah dan Teknik Pengajaran
 Sumbangsaran
 Perbincangan
 Bercerita
 Belajar sambil bermain
 Demonstrasi
 Simulasi
 Main Peranan
 Kuiz
 Projek mudah
Sumbangsaran
 bentuk perbincangan kumpulan berfikiran secara
berkelompok.
 Setiap peserta digalakkan memberi idea dan setiap idea
itu diterima untuk dikaji dengan lebih teliti.
 Pada akhirnya, idea yang paling sesuai sahaja yang dipilih
sebagai rumusan.
 Rumusan tersebut menjadi hasil daripada sesi
sumbangsaran.
 Dua tujuan sumbangsaran (Osborn, 1963)
(i) tujuan jangka panjang untuk menyelesaikan suatu
masalah penting.
(ii) tujuan jangka pendek untuk mendapatkan seberapa
banyak idea penyelesaian yang mungkin tentang suatu
masalah.
Langkah-langkah Pengajaran Melalui
Sumbangsaran
Permulaan: topik, tujuan, bentuk kumpulan, lantikan
ketua kumpulan dan pelapor
Perbincangan: ketua galak idea setiap ahli, tanpa
kritikan ahli-ahli, idea ahli-ahli dicatat pelapor, ahli-ahli
menapis idea.
Penutup: idea-idea kumpulan dikemukakan oleh
pelapor, idea-idea ditapis, rumusan atas persetujuan
Perbincangan
 Interaksi aktif guru dan pelajar dalam persekitaran
pembelajaran (Gauthier, 2001) (kebolehan guru dalam
memudah cara pelbagai pertukaran idea pelajar)
 Merangsang interaksi antara pelajar secara bermakna dan
menggalakkan pelbagai pembelajaran (kandungan,
kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran)
 Teknik meningkatkan kemahiran pemikiran dan pertuturan
pelajar serta merangsang pemikiran analitik (Orlich et al.,
2007) .
 Tiga objektif pengajaran guru (Arends, 2001):
 meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar
membina kefahaman kandungan;
 merangsang penglibatan; serta
 membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi
dan proses pemikiran
Elemen-elemen Perbincangan
Matlamat dan objektif: proses & bukan hasil
(penglibatan aktif pelajar)
Saiz kumpulan yang ideal: sesuai dan praktikal (6-8
orang)
Susun atur bilik: pelajar bersemuka dan tanpa ganggu
aktiviti lain (bentuk bulatan, separa bulatan atau “U”
dengan kuasa/autoriti guru atau ketua berkebebasan
bergerak selain berbentuk rantai atau “Y”.
Pemilihan topik: releven dan dapat merangsang minat
pelajar daripada tugasan atau pengajaran topik,
subjek, pelbagai tahap perkembangan dan umur
pelajar (isu-isu berkontroversi dan dilema moral)
Pelaksanaan Sesi Perbincangan
 Empat perkara: proses dan interaksi, peranan dan tanggungjawab,
kepimpinan dan kejeleketan (Orlich et al.,2007).
 Proses & interaksi (komunikasi): penguasaan kemahiran mendengar
pelajar
 Peranan dan tanggungjawab: fasilitator (guru) membimbing pelajar
dengan kemahiran, memperuntuk bahan dan peluang pelajar
menentukan pengalaman pembelajaran, pergerakan guru untuk
mendengar, memerhati dan menggalakkan penglibatan pelajar
(perbincangan pelajar, peranan ketua dan pencatat digilirkan)
 Kepimpinan: peranan ketua kumpulan berautoriti dan sebagai
jurucakap. Role model guru dalam berkemahiran memulakan
perbincangan, meminta pandangan daripada pelajar, memperjelas
pernyataan dan meminta pandangan setiap pelajar (Bandura,1961)
 Kejeleketan: “The „We‟ attitude” (Orlich et. al., 2007) perlu ada
kencederungan untuk ahli kumpulan bersatu dan saling menyokong
antara satu sama lain (kebanggaan ahli terhadap kumpulannya)
Bercerita
 melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula
perkara-perkara atau, peristiwa-peristiwa, sama ada
imaginasi, tradisi atau kisah benar.
 tingkatkan minat dan membina apresiasi serta
menikmati kesusasteraan.
 memperkayakan pengajian pelbagai bahasa,
membekalkan pelbagai pengalaman,
mengembangkan kemahiran mendengar dan
memotivasikan pelajar untuk membaca
Langkah-langkah sesi Bercerita
(1) Persediaan sebelum sesi: suasana selesa (pelajar duduk dalam
satu bulatan bersama orang yang bercerita).
Sekiranya guru yang bercerita:
• cerita kedengaran jelas oleh semua pelajar
• guru kelihatan (bahagian muka dan tangan)
• suara lantang, jelas dengan intonasi sesuai
• ingatkan pelajar untuk bertanya atau membuat ulasan hanya
selepas selesai bercerita
• pelajar beri tumpuan sepenuh sebelum guru mula bercerita.
Jika pelajar sebagai orang yang bercerita, mereka perlu
• diberi maklumat tentang bahagian dan urutan cerita
• diberi peluang berkongsi cerita pendek atau peristiwa menarik
dalam situasi tidak formal (sebagai pengalaman awal dalam
bercerita yang lengkap)
Langkah-langkah sesi Bercerita
(2) Semasa sesi bercerita:
i. Pelajar diberi peluang membuat catatan untuk
perbincangan kemudiannya.
ii. Pastikan pelajar menumpukan perhatian
iii. Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat
kontak mata dengan pelajar seolah-olah bercerita
secara langsung dengan mereka

(3) Selepas sesi bercerita:


i. Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita
ii. Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari.
Belajar Sambil Bermain
 Main: simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi
intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik (Fromberg, 1987)
 dikategorikan mengikut fungsinya (Brian Sutton-Smith , 1995).
(i) Bermain sebagai kemajuan: proses belajar demi menambah baik
dan memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial
(ii) Bermain sebagai kuasa: pertandingan yang melibatkan pasukan
lawan, menang dan kalah.
(iii) Bermain sebagai fantasi: berkaitan langsung dengan bermain
sebagai kemajuan melibatkan kanak-kanak bermain sebagai fantasi
juga melibatkan peranan main dalam mencungkil dan
meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan imaginatif.
(iv) Bermain sebagai main: mengutamakan kualiti pengalaman main
itu sendiri, bukannya hasil daripada bermain. Kualiti main melibatkan
pengalaman dalam diri pemain.
Belajar Sambil Bermain
 Laluan yang membolehkan kanak-kanak belajar dan mengenali
persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan,
proses cuba-jaya dan manipulasi alatan.
 Proses semula jadi yang menghubungkaitkan alam fizikal kanak-
kanak dengan alam spiritual, pemikiran, kreativiti, perlambangan,
idea, peranan serta pengalaman masa depan pelajar.
 Pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang
kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal,
menyeronokkan, bebas dan selamat, selain melahirkan perasaan,
meneroka serta mencuba dan meningkatkan kemahiran.
 Melalui bermain, perkembangan fizikal, kognitif, psikomotor dan
sosioemosi dapat dipupuk.
 Melalui proses bermain juga kanak-kanak akan mendapat
pengalaman langsung yang pastinya akan memberikan kesan
pembelajaran yang bermakna.
Demonstrasi/ Tunjuk Cara
 Cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur.
 Komunikasi lisan langsung tentang maklumat daripada guru
kepada pelajar.
 Pendekatan visual memerhatikan proses, maklumat atau idea.
 Interaktif antara guru dan pelajar dalam persekitaran
pembelajaran kolaboratif.
 Pelajar melihat perkara sebenar dan bagaimana ia berfungsi
 Terdapat jenis tunjuk cara semata-matanya, demonstrasi dengan
komentar atau demonstrasi yang melibatkan pelajar.
 Kebiasaannya, guru menunjuk cara perlakuan atau aktiviti
sebelum pelajar melakukan aktiviti tersebut secara individu.
 Bagi aktiviti penglibatan ramai pelajar, demonstrasi menyediakan
model atau contoh perlakuan dan membina jangkaan dilakukan.
Contoh pengajaran tarian, lukisan, gimnastik & uji kaji.
Demonstrasi/ Tunjuk Cara
 Untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan,
menimbulkan minat dalam sesuatu topik, menyediakan model
untuk kemahiran mengajar, dan mengubah kadar
pembelajaran pelajar.
 Sebelum demonstrasi, perancangan guru termasuk membuat
percubaan/ latihan bagi memastikan kelicinan pelaksanaan.
 Semasa demonstrasi, semua pelajar menumpukan perhatian,
guru mengajukan soalan dan pelajar diberikan peluang
berbincang serta mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari
 Guru membantu pelajar membuat rumusan demonstrasi dan
menyediakan aktiviti susulan untuk memperkukuhkan
pemahaman pelajar.
Simulasi
 Suatu situasi diwujudkan menyerupai situasi sebenar tetapi dalam
bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan
supaya masalah/ isu yang berkaitan lebih mudah difahami
 Untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-
konsep tertentu dalam penyelesaian masalah.
 Tanggungjawab guru:
pilih masalah/ isu yang melibatkan minat atau pandangan
yang berlawanan
memastikan unsur utama masalah atau isu dalam simulasi
mengenal pasti konsep dalam masalah atau isu berkenaan
menentukan langkah yang perlu diambil semasa simulasi,
termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang
dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid
Simulasi
 Murid mengambil bahagian dengan cara memainkan
peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut
peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru.
 Contohnya, dalam simulasi berkaitan dengan kerja petani
di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir, bagaimana
pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan
semasa bekerja.
 Lebih berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian.
 Digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks,
perbincangan dan penyoalan.
Main Peranan
 Apa-apa aktiviti bercakap semasa anda meletakkan diri anda di
kasut orang lain, atau ketika anda berada di kasut anda sendiri
tetapi meletakkan diri anda dalam situasi imaginasi!
 Situasi imaginasi - berfungsi untuk pelbagai senario dapat
diaktifkan dan dipraktikkan melalui main peranan. 'Di restoran',
'Mendaftar masuk di lapangan terbang', 'Mencari harta benda
yang hilang' adalah kemungkinan permainan peranan.
 Situasi sebenar dapat diciptakan dan pelajar dapat
memanfaatkan latihan tersebut.
 Satu lakonan spontan/ tak spontan melibatkan sekumpulan
murid dengan/ tanpa menggunakan sebarang skrip.
 Murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian
melakonkan situasi tersebut mengikut peruntukan masa lakonan.
 Penilaian prestasi pelakon dan rumusan bersama cara
penyelesaian dibuat selepas sesi lakonan.
Kuiz
 Satu bentuk permainan atau sukan minda dengan pemain
berusaha untuk menjawab soalan dengan betul mengenai
mata pelajaran tertentu atau pelbagai.
 Kuiz boleh digunakan sebagai penilaian ringkas dalam
bidang pendidikan dan bidang yang serupa untuk
mengukur pertumbuhan pengetahuan, kebolehan, atau
kemahiran.
 Perkembangan aplikasi TMK dimanfaatkan bersama
secara menguji di samping bermain.
Projek mudah
 Untuk melibatkan idea konseptual murid (pemerolehan pengetahuan
baru murid atau penggunaan pengetahuan sedia ada kepada
situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau
penghasilan produk) dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran
 Peranan guru
 menentukan tajuk sesuai kepada murid dengan atau tanpa
bimbingan
 rakan pembimbing dalam memastikan setiap murid mempunyai
peranan dan tugasan dalam projek, memberikan kebebasan dan
kepercayaan kepada murid untuk melaksanakan sesuatu projek
mengikut kemampuan murid dengan pemantauan guru
 motivator dengan sentiasa memberi dorongan kepada murid untuk
mengekalkan minat mereka serta memberi masa yang secukupnya
kepada murid untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan.
 Jadual waktu dan Pelan Tindakan yang sesuai untuk pelarasan dan
pelaksanaan projek dengan perbincangan kumpulan tentang input
dan penambahbaikan rancangan.
Faktor – Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan
Kaedah dan Teknik Pengajaran (Pierce & Lorber,1977)
(a) Objektif pengajaran: isi kandungan mata pelajaran DSKP dan
tahap kelas
(b) Jangka masa pengajaran: masa kelas
(c) Bahan pengajaran: isi, kemahiran dan kaedah
(d) Latar belakang pelajar: umur, jantina dan peringkat
pencapaian atau keupayaan pelajar
(e) Jumlah dan susunan pelajar: kawalan dan keperluan kaedah
Tutorial 4 Topik 3
Secara kumpulan 6 – 7 orang, bincangkan secara ringkas
sekurang-kurangnya satu daripada kaedah/teknik berikut:
sumbangsaran, perbincangan, bercerita, belajar sambil bermain,
demonstrasi, simulasi, main peranan, kuiz, dan projek mudah.

Seterusnya bincang kesesuaian kaedah/teknik pengajaran dan


pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan
modifikasinya. (Kaitan dengan pendekatan dan strategi
pengajaran yang sesuai secara ringkas)

Sediakan laporan hasil perbincangan untuk dimuatnaik dalam


platform Google Classroom yang disediakan bagi tujuan
perkongsian.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai