Anda di halaman 1dari 2

WABAK COVID 19, PENCEGAHAN DAN PELAKSANAAN S.O.

Covid 19 ini ialah sejenis virus yang boleh merebak melalui mulut dan juga cecair respiratori
kerana apabila seseorang itu batuk, bercakap atau bersin, virus itu boleh berpindah kepada
orang lain. Covid 19 ini kali pertama dikesan di negara China di wilayah Wuhan pada tahun
2019. Kini, seluruh negara di dunia dijangkiti covid dan usaha untuk membendung sangat
giat dilaksanakan. Di Malaysia amnya, kes didapati semakin meningkat sehingga kerajaan
mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan virus Covid 19.

Walaupun begitu, terdapat beberapa cara mencegah agar kita terhindar daripada virus
Covid ini. Pertama kita perlu mematuhi SOP (Standard Operating Procedure) yang
dikeluarkan oleh kerajaan mengikut kesesuaian dan situasi pandemik pada masa itu.
Pematuhan SOP ini merangkumi, pemakaian pelitup muka, jaga jarak sekurang-kurangnya 1
meter dengan orang lain, elakkan tempat sesak dan cuci tangan menggunakan sabun atau
hand sanitizer.

Di samping itu, kita perlu kurangkan atau mengawal kedatangan tetamu luar yang
datang ke rumah kita. Ini supaya tiada berlakunya rantaian jangkitan yang kita sendiri tidak
tahu dari mana. Seeloknya, sentiasalah berada di rumah sekiranya tidak ada urusan yang
penting di luar. Kurangkan pergerakan demi menjaga kesihatan diri kita dan sekeluarga.

Kini didapati ramai sahaja rakyat Malaysia yang gagal mematuhi SOP. Acap kali kita
dengar di dada-dada akhbar dan berita, sentiasa ada sahaja yang dikenakan kompaun bagi
kesalahan melanggar SOP sama ada tidak memakai pelitup muka, gagal mengimbas
kemasukan menggunakan aplikasi MySejahtera dan juga perkumpulan ramai yang tiada
penjarakan fizikal. Kini kerajaan menetapkan dine- in di gerai-gerai makan adalah mengikut
saiz meja sekurang-kurangnya dua orang satu meja. Ini salah satu cara untuk memberi jarak
yang selamat agar virus tidak dapat menular.

Akhir sekali, janganlah kita diibaratkan seperti bak kata pepatah ‘sudah terhantuk
baru tergadah’. Apabila sudah terkena pada diri sendiri barulah kita rasa menyesal kerana
sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Kita juga haruslah menjadi rakyat
yang bijak menilai dan mampu menapis maklumat sahih agar tidak terpedaya oleh berita
palsu yang boleh menimbulkan kegusaran dan mencetuskan panik. Janganlah kita sudah
gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Maklumat kini di hujung jari. Sama-samalah
kita rakyat Malaysia bagai aur dengan tebing untuk mengekang penularan covid 19 agar
kehidupan kita boleh kembali normal seperti sedia kala.

Oleh : Cassandra Magdelina Anak Frederick


Murid Tahun 6 (2021)
SK Sungai Tangap, Subis
Sarawak

Anda mungkin juga menyukai