Anda di halaman 1dari 1

Dalam filem “Anakku Sazali”, Rokiah telah menjadi seorang wanita yang bersopan

santun seperti dia menyambut tetamunya dengan menghidangkan teh. Namun,


Sazali menjadi seorang pelajar bermasalah di sekolah malahan bapanya memberi
nasihat sahaja tanpa memberi hukuman kepadanya walaupun mengetahui
kelakukannya di sekolah seperti ponteng sekolah dan menyimbah dakwah ke muka
cikgu. Mengikut Teori Ekologi Bronfenbrenner, perkembangan kanak-kanak adalah
hasil interaksi di antara persekitaran dengan kanak-kanak. Berdasarkan situasi di
atas, kita dapat mengetahui Rokiah telah dididik dengan baik. Hal ini demikian
kerana ayahnya merupakan seorang guru. Oleh itu, beliau mengetahui cara terbaik
untuk membentuk seorang anak yang cemerlang. Walau bagaimanapun, Sazali telah
dibesarkan oleh Hassan yang kekurangan pengalaman sedangkan ibunya telah mati
semasa Hassan kecil lagi. Oleh itu, beliau berpendapat kasih sayang yang penuh
dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang. Maka, beliau mendidik anaknya
dengan memberi nasihat sahaja sekiranya dia membuat kesalahan dan denda tidak
diberikan. Kesannya dia terlibat dalam aktiviti jahat. Secara ringkasnya, persekitaran
akan mempengaruhi perkembangan anak seperti Rokiah dan Sazali.

Anda mungkin juga menyukai