Anda di halaman 1dari 1

TEKNIK PENCERITAAN

Penceritaan langsung, pengarang menceritakan latar

belakang dirinya serta aktiviti yang dilakukan sepanjang

malam hingga ke pagi.

Monolog, Sebahagian besar cerpen ini digerakkan oleh

monolog dalaman pengarang terhadap dirinya iaitu luahan

perasaan pengarang terhadap saat-saat menjelang

kematiannya.

Imbas kembali, mengingati peritiwa lepas. Pengarang

mengimbas perjalanan hidupnya dari kecil hingga dewasa

yang melalui pelbagai peristiwa suka dan duka.

Imbas muka, satu gambaran yang belum terjadi tetapi

difikirkan akan berlaku. Pengarang mengimpikan suasana

aman di dunia yang kacau bilau di Palestin, Kashmir dan

Selatan Thailand.

Dialog, perbualan dari lelaki yang menjual katil kayu jati

dengan 'Aku' yang merayunya supaya membeli katil

tersebut.

Penyelitan tafsiran ayat-ayat al-Quran, contohnya dari

Surah al-Fajr yang berkisah tentang jiwa dan pengembalian

diri kepada Tuhan.