Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

HARI KESEDARAN KERJAYA KEMAHIRAN


DAERAH RAUB 2018

TARIKH:
31 JULAI 2018 (SELASA)

MASA:
7.30 PAGI – 2.00 PETANG

TEMPAT:
DEWAN SMK DONG RAUB PAHANG

ANJURAN:
MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN
DAERAH RAUB

PERASMIAN PENUTUP OLEH:


YB YM TENGKU ZULPURI SHAH
B. RAJA PUJI
TIMBALAN MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI
MERANGKAP
AHLI PARLIMEN RAUB
HARI KESEDARAN KERJAYA KEMAHIRAN
DAERAH RAUB 2018

Pendahuluan

Hari Kesedaran Kerjaya Kemahiran Daerah Raub 2018 dianjurkan oleh Majlis Guru
Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Daerah Raub.

Hari Kesedaran Kerjaya Kemahiran Daerah Raub adalah dicadangkan pada


31/07/2018 (Selasa) di dewan SMK Dong. Perasmian dijangka akan disempurnakan
oleh YB. YM Tengku Zulpuri Shah b. Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan
Sumber Asli merangkap Ahli Parlimen Raub.

Melalui program ini para pelajar terutamanya yang bakal menduduki


peperiksaan SPM 2018 dan yang berminat menyambung pelajaran ke institusi
kemahiran boleh mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang kursus-kursus
kemahiran yang diingini semasa program berlangsung.

Program seperti ini amat sesuai untuk para pelajar yang ingin menjadi pekerja
separuh mahir dan pekerja mahir.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan para pelajar lebih


berpengetahuan dalam pemilihan kerjaya pada masa hadapan.Diharapkan program
ini dapat membantu negara dalam melahirkan pekerja berkemahiran tinggi.

Objektif

1. Memberi dan menyalurkan maklumat mengenai kursus-kursus kemahiran dan


kerjaya terkini bagi lepasan sekolah terutamanya kerjaya yang memerlukan
pekerja mahir berkemahiran tinggi.
2. Memberi maklumat dan pendedahan mengenai pinjaman dan peluang-
peluang kewangan yang boleh diperoleh untuk melanjutkan pelajaran.
3. Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai kursus-kursus
kemahiran yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta.
4. Menjadikan program seperti ini sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre)
bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti para pelajar, ibu bapa, guru
dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai kursus-
kursus kemahiran yang ada di Pahang khususnya dan Malaysia amnya.

Rasional

Hari Kesedaran Kerjaya Kemahiran ini wajar diadakan di daerah Raub ini
memandangkan sebelum ini kurang program seperti ini di buat. Dengan adanya
program seperti ini ianya dapat membantu dan memberi peluang kepada para
pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Mereka dapat
mengetahui dengan lebih jelas lagi kerana dapat berhadapan dengan wakil-wakil
kolej dan institusi kemahiran yang hadir.
Matlamat

1. Diharapkan program ini dapat membantu para pelajar meningkatkan motivasi


diri untuk mencapai kejayaan dan cita-cita yang diingini.
2. Diharapkan para pelajar dapat mengetahui lebih lanjut lagi peluang dan
kursus-kursus yang disediakan oleh kolej dan institusi kemahiran yang ada di
negara ini.
3. Mereka tahu akan kerjaya-kerjaya terkini dan yang boleh mereka sertai.
4. Para pelajar tahu badan-badan yang berkaitan dengan biasiswa atau
pinjaman jika mereka ingin menyambung pelajaran ke kolej atau institusi
kemahiran di negara ini.

Tema

“JANGAN PANDANG SEBELAH MATA”

Kumpulan Sasaran
Pelajar-pelajar lelaki dan perempuan Ting 4 atau 5 yang kategori sederhana dan
lemah dalam akademik di daerah Raub.

Bil Sekolah Bilangan Murid

Lelaki Perempuan

1. SMK Dong 30 30

2. SMK Gali 4 4

3. SMK Sungai Ruan 4 4

4. SMK Chung Ching 5 4

5. SMK Tengku Kudin 4 4

6. SMK Sega 4 4

7. SMK Mahmud 20 20

8. SMK Dato’ Shahbandar Hussain 4 4

9. SMK Tersang 4 4

10. SMK (P) Methodist 8

11. SMA Al Falah, Batu Talam 4 4

12. SMA Al Ulum Addiniah, Dong 4 4

82 86

JUMLAH 168
Tarikh

Cadangan tarikh - 31 Julai 2018 (Selasa)

Tempat

Dewan SMK Dong, Raub, Pahang

Masa

7.30 pagi – 2.00 petang

Anjuran

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Raub


JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : En. Nor Ahmad b. Abdul Rahim, AMP


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Raub

PENGERUSI : En. Zaidi b. Kamarudin

NAIB PENGERUSI : Pn. Rosliza bt. Aias

SETIAUSAHA : Pn. Jamilah bt. Abdul Salam

BENDAHARI : Pn. Norfuziah bt. Mahphoth

JAWATANKUASA

AJK TUGASAN
Persiapan Tempat Menyusun kerusi di dalam dewan.
En. Ismazulfarid b. Ishak Menyusun kerusi di atas pentas untuk
En. Zahari b. Othman Majlis Perasmian.
En. Sumardi b. Hassan Mengemas peralatan setelah selesai
En. Zaidi b. Kamarudin program.
Kawalan Disiplin Mengawal disiplin pelajar sepanjang
En. Roslan b. Lazim program berlangsung.
Pn. Norkasmani bt. Mahasan
Pn. Azizah bt. Mamat
Pengacara Majlis Perasmian Penutup Menjadi pengacara untuk Majlis
En. Mahazan b. Abu Hassan Perasmian Penutup.
Bacaan Doa Membaca doa untuk Majlis Perasmian
En. Bunyamin b. Mat Penutup.
AJK Buku Program Membuat backdrop seminar.
Pn. Norlaila bt. Ibrahim
AJK Fotografi Mengambil gambar pada hari seminar
En. Zulkiflee b. Awali berlangsung
Pn. Ng Yin Chooi
AJK Jamuan Penutup Menguruskan jamuan untuk majlis
Pn. Norlizawati bt. Md Daud perasmian penutup.
Pn. Ruslin bt. Darus
AJK Banner Membuat banner seminar.
Pn. Norelizyana bt. Zarian
AJK Siaraya Memastikan PA sistem berfungsi
En. Zulkiflee b. Awali sepanjang seminar berlangsung.
AJK Pendaftaran Mengambil pendaftaran pelajar yang
Pn. Wan Nor Saidah bt. Wan Yusoff hadir
Pn. Harison bt. Yusop
Pn. Mok Tsuey Lei
Pn. Wan Hashimah bt. Wan Mustapha
CADANGAN TENTATIF PROGRAM

BIL PERKARA SASARAN MASA


1. Pendaftaran Peserta Pelajar 7.30-8.00 pagi
2. Ceramah 1: Giat MARA Raub, Kuala Lipis, Pelajar 8.00-9.00 pagi
Bentong dan Cameron Highlands Kaunselor
3. Ceramah 2: Kolej Komuniti Raub, Kuala Lipis dan Pelajar 9.00-10.00 pagi
Bentong Kaunselor
4. REHAT: Kudapan Jemputan 10.00-10.30
Guru pagi
Pelajar
5. Ceramah 3: i) Kolej Universiti Yayasan Pahang Pelajar 10.30-11.30
ii) Institut Kemahiran Belia Negara Kaunselor pagi
Temerloh
6. Ceramah 4: Unit Latihan MARA Negeri Pahang Pelajar 11.30-12.30 tgh
Kolej Poly-Tech MARA, German- Kaunselor hari
Malaysian Institute, Universiti Kuala
Lumpur
7. Ceramah 5: i) Pusat Latihan Teknologi Tinggi Pelajar 12.30-1.30
(ADTEC) Jerantut Kaunselor petang
ii) Pusat Latihan Kemahiran Teknologi
Raub (PLKTR)
8. Majlis Perasmian Penutup Oleh YB YM Tengku VIP 1.30-2.00
Zulpuri Shah b. Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Kolej dan petang
Tanah dan Sumber Asli merangkap Ahli Parlimen Institusi
Raub. jemputan
Kaunselor
Aturcara Perasmian Penutup Pelajar

- Ucapan aluan pengerusi majlis


- Bacaan doa
- Nyanyian lagu Negaraku
- Ucapan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Raub, En. Nor Ahmad b. Abd. Rahim
- Ucapan perasmian penutup oleh YB YM
Tengku Zulpuri Shah b. Raja Puji, Timbalan
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
merangkap Ahli Parlimen Raub.
- Penyampaian cenderahati kepada agensi-
agensi yang terlibat
- Penyampaian cenderahati perasmi
9. Pameran Kaunselor Sepanjang
Melibatkan beberapa gerai pameran daripada Pelajar program
agensi yang terlibat. berlangsung.
10. Bersurai 2.00 ptg
CADANGAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Butiran Catatan


1. Cenderahati perasmi RM100 X 1 = RM100.00 Perasmian penutup.

2. Cenderahati Kolej dan Institusi RM 30 x 10 = Cenderahati untuk Kolej


yang hadir RM300.00 dan Institusi yang
menyertai
3. Banner RM300 x 1 = RM150.00
4. Minum Pagi 180 orang X RM3.00 = Tetamu, Guru Pengiring
160 orang X RM3.00 = RM540.00 dan pelajar
RM480.00
5. Jamuan VIP Jamuan VIP Majlis Perasmian Penutup
20 orang X RM8.00 =
RM160.00

6. JUMLAH RM1250.00

Penutup

Diharapkan program ini dapat membantu para pelajar yang lemah dalam akademik
di daerah Raub menentukan masa depan mereka dengan mengetahui peluang-
peluang belajar dan kerjaya yang ada dan sesuai dengan diri mereka. Di samping itu
juga, program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan motivasi para pelajar
tersebut dalam menghadapi peperiksaan yang bakal mereka hadapi nanti. Terima
kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Disediakan oleh,

(ZAIDI BIN KAMARUDIN)


Pengerusi,
Majlis Guru Kaunseling Daerah Raub.

Anda mungkin juga menyukai