Anda di halaman 1dari 3

 

   Keruntuhan akhlak di kalangan remaja merupakan salah satu masalah sosial di Malaysia.
Keruntuhan akhlak bermaksud pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak
membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Isu berkaitan remaja ini juga perlu
diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah bergantung kepada
bagaimana badan- badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan mereka
dalam cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan di kalangan remaja.
 
Terdapat banyak kes yang berlaku pada masa kini sebagai contoh pada 18 Februari 2019 ,
Berita Sinar Harian menyeluarkan artikel ‘Pelajar mula berjinak jenayah ekstrem’

Ia menerangkan bahawa pelajar sekolah sekarang bukan sahaja terlibat dalam gejala
ponteng, vandalisme dan buli tetapi juga menjinakkan jenayah yang lebih melampau, kata
Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Mohamad Fuzi berkata, penglibatan pelajar dalam urusan dadah, salah laku seksual,
pembunuhan, geng dan militan antara jenayah telah dicatatkan dalam jurnal remaja.
Katanya, berdasarkan statistik narkotik, 467 tangkapan yang melibatkan pelajar sekolah
dilakukan pada tahun 2017 dan angka itu meningkat kepada 577 tangkapan tahun lalu.

Dia juga mengatakan statistik indeks jenayah yang melibatkan pelajar sekolah mencatatkan
penurunan sebanyak 1,285 kes pada tahun 2018 berbanding 1,722 kes pada tahun
sebelumnya."Walaupun menunjukkan pengurangan, usaha untuk menanganinya masih
perlu dipergiatkan kerana jumlah kes masih di tahap yang menjengkelkan. "Unsur-unsur
negatif yang tersebar melalui kecanggihan teknologi serta kebebasan menggunakan media
sosial di kalangan remaja adalah antara penyumbang keruntuhan dan kebejatan moral
generasi muda masa kini," kata Mohamad Fuzi.

Sementara itu, katanya, kerjasama erat antara sekolah dan polis melalui Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS) dilaksanakan sebagai langkah awal untuk membendung salah
laku jenayah. "PPS berperanan dalam membantu menciptakan lingkungan sekolah yang
aman, seperti yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah.
"Kementerian Pendidikan juga mengambil inisiatif untuk menyediakan Papan
Pemberitahuan PPS di sekolah untuk memberikan maklumat mengenai kegiatan PPS serta
maklumat terkini yang berkaitan dengan undang-undang dan insiden jenayah yang berlaku
di kalangan remaja,"

Artikel Penuh :

https://www.sinarharian.com.my/article/11869/BERITA/Nasional/Pelajar-mula-berjinak-
jenayah-ekstrem
Terdapat banyak kes yang berkaitan , iaitu :

Anda mungkin juga menyukai