Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOLA JARING

(TERTUTUP)

SK INDAH BERJAYA

TEMPAT:

PADANG SK INDAH BERJAYA

TARIKH :

24 OKTOBER 2019 ( AHAD )

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


SK INDAH BERJAYA
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
MENGADAKAN PERTANDINGAN BOLA JARING (TERTUTUP)
BAGI MURID-MURID TAHAP 2
SK INDAH BERJAYA

1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan Bola Jaring ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang

dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sk Indah Berjaya.

Program ini boleh disertai oleh murid-murid perempuan, tahap dua, Sk Indah Berjaya.

Ia akan diadakan di Padang SK Indah Berjaya pada 24 Oktober 2019 . Aktiviti ini

dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin

mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui

penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti

kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam

kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti

permainan bola jaring ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi

alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan
dan teknik permainan bola jaring. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri
serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pertandingan ini juga
dapat membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk
modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
ATURCARA

PERTANDINGAN BOLA JARING (TERTUTUP)

SK INDAH BERJAYA

7.30 pagi : Pendaftaran peserta.


7.50 pagi : Taklimat kepada peserta.
8.00 pagi : Pertandingan bola jaring di mulakan
10.00 pagi : Rehat
11:00 :Permainan bola jaring peringkat akhir
1.00 tengah hari : Ucapan Penutup oleh Tuan Haji Yusuf
Bin Aziz ( Yang Dipertua PIBG, SK INDAH
BERJAYA ).
1.15 tengah hari : Penyampaian hadiah dan cenderamata.
1.30 tengah hari : Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai