Anda di halaman 1dari 2

Wahai Malaysiaku Masih 

lenakah kita, 

64 tahun kita sudah merdeka dan merdeka

Di saat kita berbalah sesama bangsa,

Ketika kita sibuk dengan berita politik sesama

Sibuk bertelingkah dek gila kuasa

Waktu kita hanyut tiada tepian muara

Pemerhati menyorok bertambah gembira

Bila kita mahu buka mata?

Bila Malaysia juga turut hilang dari peta dunia?

Baru kita menangis tak berair mata

Baru kita mahu meraaung-raung bersatu jiwa?

Sudah terlambat wahai Malaysia

Aku sedar pandanganku hanya halwa telinga

Kerana itu aku bersajak pada hari ini

Marilah Malaysia bersatu hati

Aku rindukan Malaysia pertiwi

Bukan Malaysia seperti hari ini

Mohon pulangkan Malaysiaku kembali

Anda mungkin juga menyukai