Anda di halaman 1dari 1

KENAPA SAYA MEMILIH PROFESION KEGURUAN?

Saya seorang guru sandaran tidak terlatih (GSTK) yang telah bertugas di
_______. Harapan saya ialah menjadi seorang guru yang bertauliah dapat menjadi
kenyataan kelak. Antaranya ada beberapa faktor yang mendorong saya memilih
profesion keguruan.

Minat dalam bidang profesion keguruan merupakan faktor yang paling


penting dalam mendorong saya untuk menjadi seorang guru. Bagi saya, minat
tersebut telah mendorong saya supaya sentiasa berusaha mencari peluang
untuk menjadi seorang guru yang bertauliah.

Saya amat berminat mengajar murid-murid di sekolah rendah. Perasaan


ini terlahir pada diri saya berdasarkan pengalaman mengajar sebagai guru
sandaran tidak terlatih. Bagi saya, murid-murid merupakan anak-anak muda
yang comel dan mampu dididik. Murid-murid perlulah diberi perhatian dan diajar
dengan baik dan bukannya sentiasa dimarahi.

Gaji guru bukan penentu kepada saya memilih profesion keguruan. Saya
sentiasa melihat pekerjaan guru merupakan satu profesion yang amat mulia.
Guru dapat menyumbang jasa kepada negara dengan mendidik anak-anak
bangsa agar mereka seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Saya
juga menyedari bahawa anak-anak muda kini merupakan aset penting kepada
negara dan akan menerajui masa depan negara pada masa akan datang.

Selain itu, saya seorang yang bersikap sabar, penyayang, tekun dan
dedikasi. Saya berasa sikap-sikap tersebut dapat memenuhi kriteria-kriteria yang
perlu ada pada seseorang guru yang baik. Saya menyedari sikap-sikap negatif
akan membawa kepada kerugian kepada diri dan murid malah juga
menghancurkan profesion keguruan.

Cita-cita saya bukan sahaja ingin menjadi seorang guru biasa pada masa
akan datang, malah saya ingin berusaha menjadi guru yang cemerlang,
gemilang dan terbilang di sekolah mahupun di dalam negara. Walaupun tugas
guru pada masa kini mempunyai banyak cabaran , tetapi saya amat yakin
bahawa saya mampu menangani cabaran berkenaan.

Dengan itu, saya berharap dapat terus melanjutkan pelajaran dalam


bidang profesion keguruan agar dapat menjadi guru yang bertauliah.