Anda di halaman 1dari 17

MEMBINA SOALAN OBJEKTIF DAN ESEI BERDASARKAN

SEMAK SEMULA TAKSONOMI BLOOM DOMAIN KOGNITIF

Kemahiran menjawab soalan esei adalah untuk mencungkil kemahiran pelajar dari aspek
mengingat, memahami, mengorganisasi idea, mensepadukan idea, menganalisis maklumat, membuat
penilaian, memberi idea untuk penyelesaian masalah, mencadangkan idea yang kreatif,kritis dan inovatif.
Jadi untuk mencapai hasrat ini tugasan soalan mestilah selari dengan kehendak tersebut supaya pelajar
dapat menjawab dengan baik dan kebolehan pelajar untuk menjawab dapat diolah sebaik yang mungkin.

1. KRITERIA MEMBINA SOALAN

Mengikut buku panduan penggubalan kertas peperiksaan IPG (2014) ciri – ciri item yang baik hendaklah
ada kesahan, kebolehpercayaan, akur kurikulum, spesifikasi, ketepatan, kejelasan, dan kesesuaian.
Berikut adalah tambahan dan penambahbaikan beberapa kriteria untuk membina soalan struktur dan
esei supaya soalan itu ada kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

1. Selaras dengan kurikulum/proforma/Instrustional validity

Soalan yang dibina mestilah berdasarkan kehendak kurikulum/proforma yang dikeluarkan oleh IPGM.
Sekiranya soalan yang dibina tersebut tidak mengikut proforma ini bermakna tidak mengukur apa yang
telah dipelajari dari segi keesahan kandungan dan skor tidak boleh dipercayai untuk menilai kebolahan
pelajar. Justeru itu soalan yang dibina haruslah bersandarkan proforma yang rasmi dan terkini yang di
keluarkan oleh IPGM.

2. Aras kemahiran/kesukaran

Soalan esei adalah sesuai untuk menguji tentang kefahaman dan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif
pelajar bagi sesuatu aspek atau isu yang diutarakan. Adalah kurang signifikan soalan yang ditanya
berkaitan dengan aras rendah seperti apakah, siapa, bila, dimana atau senaraikan. Kata kerja demikian
lebih kepada menguji daya ingatan pelajar sahaja dan bukannya mencungkil kemantangan pemikiran atau
mengalakkan pemikiran kritis, kreatif dan inovasi. Di IPGM kita digalakkan menggunakan soalan
pemikiran aras tinggi (HOTS).

Di IPGM kita dicadangkan berdasarkan Taksonomi Bloom (1965) dan yang disemak semula Anderson L.W
& Krathwohl (2001). Hurain secara mendalam pada rajah 2 dan 3.
3. Tugasan Soalan/Kata tugas

Tugasan soalan hendaklah jelas supaya pelajar dapat mengeluarkan idea dengan baik, mencerminkan
kefahaman pelajar dan menganjak pelajar membentuk pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif. Kata
tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada suatu soalan yang berfungsi untuk menyatakan tugasan
yang hendak disampaikan oleh pembina soalan. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk
memberikan respon yang sejajar dengan tugasan soalan. Dengan kata lain kata tugas ialah perkataan yang
digunakan untuk memberi arahan kepada pelajar untuk menjawab soalan. Kata tugas yang betul amat
penting supaya setiap soalan itu lebih jelas difahami oleh pelajar, apakah kehendak soalan yang
sebenarnya. Contoh tugasan soalan seperti jelaskan, bandingbezakan, bincangkan dll. Soalan hendaklah
spesifik dan berfokus supaya memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi pemikiran.
Pastikan tidak ada pecahan soalan bagi setiap esei. Perkataan yang hendak ditonjolkan dalam pokok
soalan seperti bukan, paling dan bilangan ( contoh empat) perlu dihitamkan.

4. Berdasarkan JSU

Soalan yang dibina mestilah bersandarkan jadual speksifikasi ujian (JSU) yang disediakan oleh unit
pepepriksaan IPGM. JSU digunakan untuk memastikan dan menentukan mutu soalan dan menepati
prinsip – prinsip pembinaan ujian. JSU juga untuk menentukan konstruk ( pengetahuan, kemahiran, dan
nilai) dan taburan tajuk yang diwakili, masa dan pemberatan setiap soalan. Tujuan penggunaan JSU
adalah untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaan. Sila lihat JSU rajah 1 yang telah diubahsuai.

EDU 3345D (Disiplin dan Tingkahlaku)

Taksonomi
Bil Jam Pemberatan Mengingati Memahami Mengaplikasi Menilai Mencipta Jumlah
Topik
Pengernalan 5 33 Struktur S1a(5 markah) Struktur S1b Esei 1(20markah) 3
Perlakuan
(10 markah)
Teori 5 17 Struktur S1a(5 markah)
Disiplin
Modifikasi 5 20 Struktur S1a(5 markah) Struktur S3b Esei 2(20markah) 3
Tingkahlaku (10 markah)
Pengurusan 3 30 Struktur S1a(5 markah) Struktur S14b
Disiplin (10 markah)
Isu dan 3 Struktur S1a(5 markah) Struktur S1b Esei 3(20markah) 2
masalah (10 markah)

Rajah 1
5. Laras Bahasa

Bahasa yang digunakan dalam soalan mestilah mudah difahami, jelas, tepat dan sesuai dengan tahap
pelajar . Istilah yang digunakan dalam proforma seharusnya selari yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka (DPB). Elakan bahasa yang bombastik yang sukar difahami dan ayat – ayat yang
mengelirukan.

6. Ransangan/Stimilus/Petikan/Rajah

Sesuatu maklumat yang autentik berbentuk teks atau grafik yahg menjadi fokus kepada situasi tugasan
untuk pelajar menjawab soalan. Ransangan yang digunakan hendaklah jelas, ada kaitan dengan soalan
dan mengikut aras kesukaran. Ransangan yang disediakan mestilah memberi respon pada pemikiran
pelajar menganjak pelajar berfikir untuk menjawab ransangan tersebut. Tiada ‘Window dressing’.

7. Skema Pemarkahan

Skema permarkahan biasanya menggunakan kaedah pemarkahan Holistik dan Analitik. Permakahan
secara analitik diberi secara mengikut fakta – fakta yang yang telah ditentukan oleh skema. Sekiranya
fakta banyak maka markah akan tinggi begitulah sebaliknya. Manakala kaedah holistik mengambil kira
mutu respon secara keseluruhan berdasarkan satu set kriteria standard atau rubrik yang telah
ditetapkan. Pemeriksa perlu membaca keseluruhan jawapan dan menilai dari aspek isi kandungan,
kefahaman konsep, proses pemikiran yang dikehandaki oleh soalan dan mutu berkomunikasi.

Jika dibandingkan dua kaedah diatas kaedah analitik lebih kepada bagaimana pelajar dapat mengingat
dan memahami fakta dan menulis semula apa yang telah dipelajari. Kebaikan kaedah ini pemeriksa
lebih mudah menentukan berapa jumlah isi kandungan dan ketepatan jawapan. Kelemahan kaedah ini
pula pemeriksa tidak dapat megesan jika jawapan yang berbentuk HOTS. Ini kerana jawapan aras
HOTS bukan sahaja melihat berapa jumlah isi kandungan tetapi juga melihat jawapan berbentuk
analisis, aplikasi atau rekacipta yang tidak menetapkan satu jawapan sahaja. Oleh itu pemeriksa
memerlukan masa yang baik dan pengetahuan yang tepat dan mendalam untuk menilai jawapan yang
berbentuk holistik.
2. ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF
HOTS
HIGHER ORDER THINKING SKILL

Men cipta
Penilaian

Sistesis Menilai

Menganalisis
Analisis

Aplikasi Mengaplikasi

Kefahaman Memahami

Pengetahuan Mengingati

Versi lama ( rajah 2) Versi baru (rajah 3)


LOTS
LOWER ORDER THIKING SKILL
Taksonomi Bloom asal dan Taksonomi Bloom semak semula 2001
Konsep Taksonomi Bloom diperkenalkan oleh tokoh psikologi Benjamain Bloom pada tahun 1956.
Taksonomi ini bertujuan untuk mengklsifikasi tujuan pendidikan dalam tiga domain ia itu kognitif, afektif
dan psikomotor. Domain kognitif meliputi proses pengetahuan, maklumat dan tahap mentaliti.
Manakala afektif meliputi berkaitan dengan nilai dan emosi dalam pendidikan. Domain psikomotor
meliputi kefungsiaan manipulatif dan kecergasan fizikal.

Domain kognitif di perkenalkan untuk menentukan tahap – tahap pemikiran yang dikuasai oleh
pelajar dalam pembelajaran sehingga dapat mengolah daripada aplikasi teori kepada penciptaan. Ini
bermakna pelajar yang memahami isi kandungan matapelajaran bererti pelajar itu mengingat apa yang
telah dipelajari. Begitu juga kalau pelajar itu dapat mengaplikasi pengetahuanya ini bermakna telah
memahami ilmu yang telah dipelajarinya. Begitulah sebaliknya sekiranya pelajar tidak dapat menyatakan
isi pelajaran ini menunjukkan ia tidak berkemampuan untuk mengingat dan mememahami. Jadi domain
ini penting sebagai panduan kepada pendidik untuk menjadi indikator tahap pemikiran pelajar.

Pada tahun 1990 Lorin Anderson dan Krawthwohl anak murid Bloom telah membuat ulangan
taksonomi tersebut dan telah diterbitkan pada 2001. Dalam terbitan baru ini Anderson telah mengubah
daripada kata benda kepada kata kerja dan memasukkan aras baru ia itu mencipta( rajah 2 ).

Cara memahami hiraki taksonomi tersebut ialah pelajar memahami isi pelajaran apabila
mengingat apa yang telah dipelajari. Pelajar dapat mengaplikasi apabila memahami isi pelajaran. Pelajar
dapat menilai apabila dapat menganalisisi dan pelajar dapat mencipta apabila dapat mengingat,
memahami,mengaplikasi, menganalisi dan menilai apa yang telah dipelajari.

Anderson telah mencerahkan jenis pengetahuan kepada fakta, konsep , prosedure dan metakognitif.
Manakala proses kognitif kepada tahap mengingati, memahami, mengaplikasi, menilai, menganalisis
dan mencipta. Jadi dalam membina soalan esei dan struktur hendaklah merangkumi dalam bidang
pengetahuan. kemahiran dan kebolehan. Perkaitan antara bidang ilmu , proses pemikiran dapat dilihat
dalam rajah 4 dibawah. Jadi pembahagian soalan yang baik merangkumi tiga aspek iaitu aspek
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan.

Mengingat Memahami Aplikasi Analisis Menilai Mencipta


Mengingat Memahami Aplikasi fakta Analisis Menilai Mencipta
Fakta
fakta fakta menggunakan menggunakan menggunakan
Mengingat Memahami Aplikasi fakta, fakta, fakta,
Konsep
Konsep Konsep Konsep konsep,prinsip konsep,prinsip konsep,prinsip
Mengingat Memahami Aplikasi dan prosedure dan prosedure dan prosedure
Prosedure
Prosedure Prosedure Prosedure
Mengingat Memahami Aplikasi Analisis Menilai Mencipta
Metakognitif Metakognitif, Metakognitif, Metakognitif, Metakognitif, Metakognitif, Metakognitif,
strategi strategi strategi strategi strategi strategi

Pengetahuan Kemahiran Kebolehan


Rajah 4
Source: Dianna Fisher (2005), oregon State University

Penghasilan Komunikasi
Penghasilan rancangan/plan
Mencipta Penghasilan hubungan abtrak

Penilaian dalaman
Menilai Penilaian luaran

Mencerakinkan
Menganalisis
Hubungan organisasi/bahagian

Situasi baru
Mengaplikasi
Situasi biasa
Hubungan

S
Memahami
fakta - prinsip
Konsep - Prosedure
Teori, formula Mengingati

Rajah 5

Berdasarkan rajah 5 pada aras mengingati mengandungi fakta, prinsip, konsep, prosedure dan
metakognitif . Dimana fakta ialah idea dan maklumat yang tepat seperti definisi, nama orang, tempat,
ukuran istilah dll. Konsep pula ialah maklumat dan idea mengikut pendapat tertentu dan kajian
termasuklah prinsip, pendapat, teori, model, ciri – ciri, kategori, penjenisan, dasar- dasar dll. Manakala
prosedur ialah maklumat mengenai cara, langkah – langkah pelaksanaan sesuatu tugas atau prosedur
kerja, langkah – langkah keselamatan dll. Manakala metagognitif ia-lah ilmu pengetahuan mengenai
pemikiran dan pandangan sendiri berdasarkan pengalaman dan pandangan sendiri termasuk refleksi
kendiri.

Aras memahami tedapat meliputi terjemahan, interpretasi dan ekstrapolasi. Terjemahan menyatakan
atau meringkaskan sesuatu apa yang diketahui dalam bentuk bahasa lain dengan betul dan tepat.
Interpretasi pula ialah kebolehan memahami sesuatu idea secara menyeluruh atau satu komunikasi idea
sebagai satu konfigurasi idea untuk memahami yang memerlukan satu penyusunan idea – idea ke dalam
yang baru dalam pemikiran dan ekstrapolasi ialah proses menggunakan logik atau fakta bagi
menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pada masa depan.

Aplikasi pula menunjukkan bahawa mempelajari menggunakan sesuatu dengan betul, apabila diberi
situasi yang sesuai dengan cara penyelesaian yang tidak ditentukan. Unsur yang terdapat dalam analisis
ialah mengenalpasti unsur – unsur yang terdapat dalam sesuatu idea, prinsip, kaedah, maklumat . Analisi
hubungan antara unsur ialah kebolehan melihat dan mecerakinkan hubungan antara pembolehubah,
bahagian atau unsur dalam sesuatu idea, hubungan antara satu idea yang lain, hubungan antara bahagian
dalam sesuatu kaedah dan maklumat. Analisis prinsip organisasi unsur ialah kebolehan mencerakinkan
bahagian – bahagian dalam struktur, susunan atau sistem yang menyatukan sesuatu idea, teori, hujah,
kaedah termasuk struktur yang eksplisit dan implisit dan eleman – eleman di dalamnya yang menjadi satu
unit . Analsis juga dapat membezakan bahan yang tidak dengan tidak berkaitan.

Dalam aras penilaian meliputi menilai secara kriteria dalaman dan kriteria luaran. Kriteria dalaman
merujuk kepada nilai ketepatan sesuatu dengan menggunakan bukti – bukti logik manakala kriteria luaran
penilaian yang seperti teori – teori utama, generalisasi, formula daan ciri – ciri tertentu.

Penghasilan ialah mencipta dapat membina suatu komunikasi yang mana pelajar cuba menyampaikan
idea, perasaan atau pengalaman orang lain. Penghasilan rancangan atau pelan operasi untuk sesuatu
tujuan, manakala membina suatu hubungan yang abstrak ialah kebolehan membina satu hubungan yang
abstrak sepert teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau klasifikasi fakta.
Domain Kognitif
Dalam domain kognitif terdapat enam aras lihat rajah 6 . Perubahan ini ditukarkan daripada kata nama
kepada kata kerja.
ARAS KATA KERJA
Menciptakan menciptakan, membentukkan, mengabungkan,
Menguji pelajar membuat perancangan, menyusun semula, menggubalkan, meyediakan,
mencipta dan menggabungkan pelbagai mencadangkan, membina, merekacipta,
unsur/elemen. menyediakan, menyusun semula, memasang,
membangunkan, merancang, mencadangkan,
menghasilkan, menaiktaraf,
Menilai menilaikan, menginterpretasikan, membuktikan,
Menguji kebolehan pelajar menilai meramalkan, membuat anggaran,
terhadap sesuatu idea, produk, kaedah. menjustifikasikan, mekomenkan, membuat
Jadi pelajar perlu menyatakan asas penghakiman, menentukan
pertimbangan untuk membuat penilaian mencadangkan, membahas, menilai, menyokong,
tersebut. Asas pertimbangan mungkin membuat kesimpulan, mentaksir, memberi alasan,
aspek pro dan kontra, gred, kerelevanan, membuat keputusan, memilih, menilai,
ketepatan. mempertimbang, menentukan, membincangkan,
mengesahkan, memberi pendapat,memberi
justifikasi..
Menganalisis membezakan, meng hubungkan, mengasingkan,
mengkritik, mengkategorikan, membuktikan,
Soalan yang dituliskan menguji pelajar menyimpulkan, menerangkan, mengesan,
untuk mengenalpasti pertalian antara memeriksa, menguji, membanding, membezakan,
ideas, mencari persamaan dan perbezaan menyiasat, melaksanakan, memisahkan,
pendapat,andaian, rumusan, mencerakinkan, memaparkan,menganalisis
memecahkan kepada sesuatu bahagian
dan hubungkait antara bahagian.

Pengunaan/Aplikasi menyelesaikan, membina, mengira,


Menggunakan apa yang telah diingat dan melakar,melaksana, memeriksa, melukis,
difahami kepada situasi yang baru . mengelaskan, menyelesaikan, menunjuk,
Soalan aras penggunaan biasanya dalam menggunakan, menyrsuaikan, melengkapkan,
bentuk situasi masalah/applied context. mengambarkan , melaksanakan, hubungkan,
menyediakan, membuat,mengemukakan..
Memahami menerangkan, menjelaskan, merumuskan,
Soalan yang memerlukan pelajar menukarkan, meramalkan, menterjemahkan,
memahami tentang sesuatu perkara dan membandingkan, menganggarkan.
menguji kebolehan pelajar memahami
apa yang telah dipelajari. Bentuk menguji
kefahaman menyatakan semula,
menterjemahkan, mentafsirkan,
merumuskan/inferen.ekstrapolasi.
Mengingat mengenalpasti, menyatakan, mendefinasikan, ,
Menguji pelajar mengingati sesuatu menamakan, meyenaraikan, pilihkan,
kembali, mengenal fakta, istilah, strategi
penyelesaian masalah.
Rajah 6

CIRI – CIRI ITEM YANG BAIK


Ujian yang berkualiti merupakan satu instrument yang mengukur apa yang perlu diukur pada
yang tinggi dan untuk kumpulan sasaran. Aspek yang hendak diutamakan ialah kesahan dan
kebolehpercayaan.

Kesahan

Kesahan menjelaskan ketepatan alat pengukuran untuk mengukjur apa yang harus diukur.
Kesesahan kandungan merujuk kepada keupayaan ujian mengukur pengetahuan, kemahiran
dan kebolehan yang patut diuji. Jadi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) menjadi panduan untuk
membina soalan darisegi objektif pengajaran, isi kendungan dan aras kesukran.

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan menjelaskan ketekalan sesuatu alat mengukur apa yang harus diukur ia iitu
merujuk ketekalan skor. Kepercayaan skor berkait rapat dengan instrument penilaian yang
digunakan.

Panduan Aspek Teknikal


A. Font dan Saiz

Penulisan soalan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah menggunakan font Arial
saiz 11. Bahasa Arab font Tradional Arabic saiz 18. Bahasa Melayu jawi font jawi biasa saiz 18.
Bahasa cina font Ti saiz 12 dan bahasa Tamil font Murasu inaimathy saiz 11.

B. Soalan esei hendaklah yang ada perkataan kah diakhiri dengan tanda soal (?)

Contoh:

1. Mengapakah murid perlu dilayan secara adil?


2. Bagaimanakah pihak pengurusan sekolah mengatasi masalah ketidakhadiran ke
sekolah dalam kalangan murid – murid orang asli?

c. Soalan yang bentuk pernyataan lengkap hendaklah berakhir dengan noktah.

Contoh:

2. Murid – murid bermasalah pendengaran yang menggunakan amplifikasi memerlukan


bilik akustik yang sesuai di dalam bilik darjah supaya pembelajaran mereka lebih
berkesan.

Bincangkan sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas.

D. Soalan yang pernyataan yang tidak lengkap diakhiri dengan tanda, sebarang
tanda bacaan.

E. Letakkan ransangan seperti petikan, rajah, jadual, petikan sebelum pokok soalan.
Soalan dengan ransangan hendak dimulakan dengan para baru.

Contoh:

3 Untuk menjayakan aspirasi Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif
untuk menggalakan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dengan cara memperkenalkan Sekolah Wawasan.

Jelaskan lima ciri Sekolah Wawasan yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

F. Arahan jumlah markah

1 fakta/isi sahaja= 1 markah

1fakta/isi + huraian = 2 markah

4 fakta/isi + huraian = 4 X 2 markah = 8 markah

Jumlah = 8 markah
HURAIAN KATAKERJA

BIL KATA ARAHAN RESPON YANG DIHARAPKAN


TUGASAN
1 Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek
Analisiskan
atau perkara yang dikomunikasikan.
2. Memberi nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan
Anggarkan keadaan yang ditetapkan dengan menggunakan ciri-
ciri suatu pengetahuan tertentu.
3. Apakah Memberi maklumat yang khusus atau spesifik.
4. Memperihalkan/memberi penerangan tentang
Bagaimanakah
cara/keadaan/langkah/kejadian.
5. Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua
Bandingkan
atau lebih perkara.
6. Berapakah Memberi kuantiti
7. Menyatakan kelainana/ketidak samaan antara dua
Bezakan
atau lebih perkara.
8. Bilakah Menyatakan masa atau waktu.
9. Membuat sesuatu menggunakan kaedah atau alat
Binakan
tertentu.
10. Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.
11. Menyatakan kebenaran dengan
Buktikan
dalil/contoh/fakta/huraian.
12. Memberi pandangan/idea/pendapat/dengan
Cadangkan
mempertimbangkan perkara positif atau negative.
13. Carikan Memberi nilai tanpa atau dengan hitungan ringkas.
14. Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian.
15. Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang
Definisikan makna sesuatu perkataan khusus, istilah atau
terminalogi.
16. Memberi penerangan/pernyataan dengan menumpu
Fokuskan
kepada sesuatu aspek tertentu.
17. Memberikan penerangan dengan menggunakan
Gambar kisahkan
gambar rajah.
18. Hitungkan Memberikan jawapan dengan kaedah pengiraan.
19. Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa
Hubung kaitkan
cirri atau faktor.
20. Memperihalkan/ menceritakan sesuatu dengan
Huraikan
panjang lebar/ terperinci secara teratur.
21. Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh/gambar rajah/ rajah
22. Memberikan maklumat atau makna lain bagi sesuatu
interpretasikan
komunikasi.
23. Memberi penerangan tentang sesuatu supaya mudah
Jelaskan
difahami.
24. Mengelompokkan sesuatu berdasarkan kriteria atau
Kelaskan
ciri tertentu.
25. Memberi pendapat sama ada menyokong atau
Kemukakan
membangkang.
26. Memberi petunjuk atau makluman terhadap sesuatu
Kenal pastikan benda atau pernyataan yang dikenali atau dicam
dengan jelas.
27. Menandakan dan / atau memberikan panggilan yang
Labelkan spesifik terhadap sesuatu rujukan pada gambar rajah,
graf, carta, ilustrasi dan sebagainya.
28. Melukis dengan garisan/ corengan / coretan pada
Lorekkan
kawasan atau ruangan tertentu.
29. Memberikan persembahan berbentuk grafik/ rajah/
Lukiskan
gambar rajah/ graf bagi menggambarkan sesuatu
benda atau perkara dengan menggunakan alat dan
mengikut ukuran atau skala tertentu.
30. Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji akan
Membuat hipotesis
kesahihannya.
31. Mengapakah Memberi sebab atau alas an.
32. Memberikan panggilan yang spesifik terhadap
Namakan
sesuatu benda/ istilah / terminology / proses.
33. Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan
Nyatakan
penerangan lanjutan / huraian / sokongan.
34. Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah
Organisasikan
dirancangkan.
35. Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan
Pamerkan
suatu perkara.
36. Membuat pemeringkatan beberapa perkara mengikut
Peringkatkan
aras / tahap tertentu.
37. Memberikan suatu nilai yang dijangkakan
Ramalkan
berdasarkan pola atau corak tertentu.
38. Membuat garis kasar, plan tindakan dan
Reka bentukkan
melaksanakan sebagaimana perancangan.
39. Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen /
Rekodkan
pemerhatian mengikut format.
40. Memberi penerangan yang lebih padat daripada
Ringkaskan pernyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan
utama pernyataan asal itu.
41. Membuat sesuatu kesimpulan dengan
Rumuskan
mempertimbangkan beberapa perkara.
42. Memberi pandangan / idea / pendapat dengan
Sarankan
mempertimbangkan perkara positif atau negatif.
43. Membuat sesuatu keputusan untuk mengatasi
Selesaikan
sesuatu masalah.
44. Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, prinsip, teori
Senaraikan
dan sebagainya secara spesifik / berbentuk poin
tanpa memberi hubungan, perkaitan atau penerangan
lanjutan bagi setiap satunya.
45. Siapakah Mengenalpasti individu dalam konteks tertentu.
46. Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan
Susunkan
kaedah atau prinsip tertentu.
47. Memberi pandangan / idea / pendapat dengan
Syorkan
mempertimbangkan perkara positif atau negatif.
48. Tafsirkan Menerangkan maksudkan ayat dnegan terperinci.
49. Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira
Tentukan
beberapa perkara sebagai asa pertimbangan.
50. Menyatakan kebenaran / ketetapan sesuatu dengan
Tentusahkan
memberi bukti.
51. Menyatakan fakta dengan sokongan atau
Terangkan
menjelaskan sesuatu dengan sebab.
52. Menukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu
Terjemahkan bentuk bentuk komunikasi lain tanpa mengubah dan
memperihalkan makna komunikasi tersebut.
53. Tuliskan Memberi maklumat yang khusus / spesifik.
54. Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan
Ubahsuaikan
kaedah atau prinsip tertentu.
55. Memberi kuantiti dengan unit yang boleh diperoleh
Ukurkan
daripada sesuatu alat pengukur.
56. Ulaskan Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik
57. Membuat pertimbangan terhadap sesuatu dengan
Wajarkan
mengambil kira kebaikan dan keburukannya.
Bahan Bacaan

1. Buku Panduan Penggubalan kertas peperiksaan .Institut Pendidikan Guru Malaysia KPM (2014)

2. Taksonomi Bloom. Dewan Bahasa dan Pustaka.(1990)

3. Anderson, L,W, & krathwohl D.R.(2001). A taxsonomi for learning, teaching and assessing: A
revision of Taxonomy of Educational objektif, Longman.

4. Bengkel Pembinaan Item Ujian Objektif & Esei:( 2008)IPSM Besut

4. http//id.wikipedia.org/wiki/taksonomi/bloom

5. http://w.w.w. scribd.com/doc/242116207/kognitif Bloom Question

6. http://www.nwlink..com/donclark/hrd/bloom.html

7.(Bloom Taxonomy Revised)-atContent

X
SOALAN STRUKTUR DAN ESEI BERDASARKAN
SEMAK SEMULA TAKSONOMI BLOOM DOMAIN KOGNITIF

Mengetahui
mEMBEZA Mengingati
bILAKAH,Dimanakah
Memahami
sENARAIKan
Mengabungkan

Bandingbezakan

Mengaplikasi
Melakonkan
Menganalisis Nyatakan Menilai LakarkaN Tuliskan

Menterjemahkan Bincangkan Mencipta


jELASKAN
MOHAMAD B AB KADIR
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
2018