Anda di halaman 1dari 2

MENGGELECEK BOLA

Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi pemain lawan. Aspek
yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran
mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan
badan dan digerakkan dari sisi ke sisi. Terdapat 3 cara dalam menggelecek bola iaitu:-

a)    Menggelecek longgar


b)    Menggelecek rapat
c)    Mengelecek Indian

Mengelecek longgar
Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak
lawan berada jauh dari bola.

Cara untuk mengelecek longgar


·         Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.  Longgarkan
sedikit pegangan tangan kanan.
·         Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
·         Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
·         Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
·         Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.

Menggelecek rapat
Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini
berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Cara untuk menggelecek rapat


·         Pegangan seperti menggelecek longgar.
·         Badan juga seperti menggelecek longgar
·         Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak 
sambil mengkaji situasi padang.
·         Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu
hoki.

Menggelecek Indian
Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki.Muka
kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan
bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa
menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan
bola.

Cara untuk menggelecek indian


·         Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke
posisi yang lebih selesa.  Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah
bawah kayu hoki.  Tangan kanan memegang dengan longgar.
·         Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.
·         Mata seperti menggelecek rapat.
·         Badan mengikut pergerakan bola.
·         Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada
masa kanan menyentuh tanah