Anda di halaman 1dari 1

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim

yang adil dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya
ucapkan.Pada hari ini, saya akan menyampaikan piadato yang bertajuk “Memupuk Sikap
Berjimat Cermat”.

Hadirin yang dihormati,

Amalan berjimat cermat membawa maksud penjimatan dalam perbelanjaan. Amalan


ini sangat dituntut dalam agama dan boleh mengelakkan daripada sikap boros. Antara cara
untuk berjimat cermat adalah dengan mengawal diri ketika berbelanja. Walaupun banyak
barang yang ingin dibeli tetapi belilah barang-barang yang menjadi keperluan sahaja.

Seterusnya, wang belanja yang diberi oleh ibu bapa kita boleh disimpan sedikit ke
dalam tabung. Kalau tidak menjadi keperluan, janganlah dihabiskan wang belanja itu
sewenang-wenangnya. Wang yang telah dikumpulkan di dalam tabung boleh dimasukkan ke
dalam bank untuk kegunaan masa hadapan.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, berjimat cermatlah ketika menggunakan barang-barang kepunyaan sendiri.


Misalnya, buku-buku pelajaran yang digunakan dengan cermat boleh digunakan oleh adik-
beradik kita yang lain. Hal ini sudah pasti meringankan beban kewangan ibu bapa kita.

Di samping itu, kita seharusnya berjimat cermat ketika menggunakan elektrik, air dan
telefon. Janganlah dilakukan pembaziran sesuka hati kerana ini akan menyebabkan ibu bapa
kita terpaksa menanggung bil yang tinggi. Penjimatan daripada pembayaran bil ini boleh
digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Kesimpulannya, banyak cara yang boleh kita praktikkan agar dapat berjimat cermat.
Sama-samalah kita jadikan amalan berjimat cermat ini sebagai budaya hidup kita. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai