Anda di halaman 1dari 19

BAB 2

Kebangkitan
Nasionalisme

• OLEH : CG. SAH


• SMK BUGAYA SEMPORNA
1868
1857
04 05➢ MIKADO MEIJI
➢ Dahagi
PEMULIHAN
MEIJI
India
1883

06➢ Al-Urwah al-Wuthqa


1789 Sayyid Jamal al-Din
al-Afghani
➢ Revolusi 03 ➢ Pan Islamisme
Perancis
SINOPSIS 1896
PERKEMBANGAN
IDEA NASIONALISME
DI BARAT
07 ➢ Revolusi Filipina Jose Rizal

MEMPENGARUHI
1776 KEBANGKITAN
NASIONALISME DI
➢ Revolusi 02 ASIA DAN ASIA 1911
Amerika
TENGGARA
08 Sun Yat Sen

➢ Revolusi china

1688 1937

➢ Revolusi 01 09 ➢ Penubuhan Ibrahim haji Yaakob


Keagungan di Kesatuan Melayu
England
2.1
MAKSUD NASIONALISME
Apakah yang
dimaksudkan Nasionalisme:
dengan Perasaan cinta
nasionalisme? yang
mendalam
terhadap
bangsa dan
negara

Semangat kebangsaan Gerakan untuk Idea nasionalisme berkait


yang menjelaskan mencapai kebebasan rapat dengan
Pembelaan terhadap pengalaman sejarah dan
sikap dan pendekatan politik, ekonomi dan
bangsa dan Negara pengaruh sekeliling
berkaitan dengan sosial daripada seperti keturunan, agama,
perjuangan penguasaan orang bahasa dan adat resam
menentang penjajah asing
Pendapat Tokoh Berkaitan Nasionalisme

Profesor Profesor
Datuk Dato’ Emeritus
Abidin Onn Tan Sri Dr.
Abdul Khoo Kay
Jaafar 05
01 Wahid 03 Kim

02 04 06

Profesor Dr. R
Hans Suntharalingam
William R.
Kohn Roff 07

Dr.
Burhanuddin
al-Helmi
Hans Kohn
Nasionalisme merupakan satu gerakan yang
meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada
negara atau bangsanya.

Profesor William R. Roff


▪ Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada
kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir
sebelum Perang Dunia Kedua.
▪ Ini disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan
orang Melayu serta faktor ekonomi.
▪ Nasionalisme juga timbul akibat kebimbangan
masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat
yang melanda Tanah Melayu.

Dato’ Onn Jaafar


Kita hendaklah menzahirkan suatu bangsa yang lebih
tegap dan kuat, berdiri di atas tapak kaki kita sendiri
dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi
bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.
Dr. Burhanuddin al-Helmi
▪ Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan
perpaduan yang kuat iaituNational Fronts .
▪ Segala tenaga yang menentang penjajahan hendaklah digunakan untuk
mencapai kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tatatertib dan
adap sopan bangsa Melayu dan agama Islam untuk menebus, merebut
dan merampas kembali hak mutlak bangsa kita yang telah
ditenggelamkan itu.

Dr. R. Suntharalingam
▪ Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap
bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan
memindahkan kedaulatan kepada rakyat.
▪ Nasionalisme juga menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada
negara bangsa itu.

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul


Wahid
▪ Nasionalisme Melayu bukanlah gejala baharu hasil
penggabungan Tanah Melayu oleh British, tetapi
nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Dalam konteks Melayu sebelum merdeka,
nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan
orang Melayu bagi mendapatkan kembali
kedudukan unggul dalam negara sendiri.

▪ Nasionalisme mempunyai pelbagai tafsiran


berdasarkan sejarah, corak perjuangan dan karisma
pemimpin.
▪ Nasionalisme berkait rapat dengan perasaan cinta
akan negara yang mencetus keinginan membina
negara bangsa dan melahirkan identiti sendiri.
▪ Juga, gerakan untuk melahirkan perasaan kekitaan Kesimpulan
dengan menggunakan persamaan kebudayaan dan
Tafsiran
pengalaman sejarah yang bertujuan membebaskan
Nasionalisme
negara daripada penjajah.
Perkembagan
2.2 Nasionalisme di Barat

▪ Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan


terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan
yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.

Seperti Revolusi Keagungan di England


dan Revolusi Perancis.

Nasionalisme dikaitkan dengan perjuangan untuk


memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing
seperti Revolusi Amerika.
▪ Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) di England berlaku
disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak
Revolusi ▪
asasi rakyat.
Tercetus berikutan pemerintahan Raja James II membelakangkan
Keagungan parlimen semasa menggubal undang-undang,
(1688) ▪ Ahli parlimen menentang raja berkuasa mutlak dengan sokongan Mary
II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda.
▪ Raja James II melarikan diri ke Perancis apabila menyedari sokongan
semakin berkurangan.

▪ Diberi nama Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara


aman tanpa pertumpahan darah.
▪ Semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange, konsep kedaulatan
parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan.
▪ Bill of Right digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen
menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.
Revolusi Amerika (1776)

▪ Revolusi Amerika merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British kerana British
tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British.
▪ Penduduk Amerika menentang akta memungut cukai di jajahan seperti Akta Pelayaran, Akta Gula,
Akta Setem dan Akta Teh.
▪ Slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.
▪ Pemimpin tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh George Washington dan
mengisytiharkan perang terhadap British. Berjuang untuk kemerdekaan Amerika.

▪ Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson pada Julai 1776.
▪ Penegasan jika kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan. Kebebasan dan kebahagiaan, maka menjadi hak
penduduk untuk membentuk kerajaan baharu.
▪ Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783, apabila British mengakui kemerdekaan Amerika. 13 buah bekas tanah
jajahan digabungkan dan diberikan nama baharu sebagai Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem
pemerintahan demokrasi.
Revolusi
Perancis
(1789)

▪ Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan,


persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Jacques Rousseau
dan Voltaire.
▪ Rousseau telah menulis The Social Contract yang mengemukakan keunggulan suara rakyat
bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
▪ Suara rakyat digelar “hasrat umum” yang merupakan kata sepakat golongan yang
mempunyai kesedaran
▪ Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi dan penting daripada institusi raja dan birokrasi.
▪ Sasaran ini ditujukan kepada pemerintahan autokratik Raja Louis XVI (1774-1792) dan
golongan bangsawan
Bagaimanakah
perkembangan
nasionalisme di Asia

2.3
Perkembangan
Nasionalisme
di Asia Kedatangan dan penjajahan
Nasionalisme di Asia kuasa Eropah di Asia
merupakan mencetuskan kebangkitan
kesinambungan idea nasionalisme seperti di India,
nasionalisme di Barat China, Mesir, empayar
dan kesan daripada Uthmaniyah dan Jepun.
pertembungan yang
berlaku dengan bangsa
Eropah.
Nasionalisme Di Asia

Nasionalisme
Nasionalisme Nasionalisme Empayar Nasionalisme
Uthmaniyah
di India di China dan
di Jepun
Mesir
Nasionalisme di India

▪ Nasionalisme di India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialism


Britain.
▪ Kebangkitan rakyat dalam Dahagi India 1857 tanda bermulanya nasionalisme di India.
▪ Pergerakan awal berkaitan isu sosioagama Brahmo Samaj dan Arya Samaj- mengutamakan
rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan pengaruh budaya barat.
▪ Penghujung abad ke-20, perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan
intelektual.
▪ Penubuhan Kongres Kebangsaan India (1885) dan Liga Muslim (1906).
▪ Gerakan radikal oleh Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal.- serangan militan
terhadap British.
▪ Selepas Perang Dunia Pertama, Gerakan Mahatma Gandhi menjadikan satyagraha
(berpegang teguh kepada kebenaran- perjuangan tanpa keganasan) sebagai pegangan
untuk menggerakkan nasionalisme di India.
▪ Selepas Perang Dunia Kedua, Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim membentuk
jawatankuasa untuk membahagikan India dan Pakistan.
▪ 14 Ogos 1947, Pakistan sebagai Negara merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai
Gabenor Janeral Pakistan.
▪ India merdeka pada 15 Ogos 1947 dan Jawaharlal Nehru dilantik sebagai Perdana Menteri
pertama India.
Nasionalisme di China

▪ Nasionalisme di China bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang


Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
▪ Penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu (kerajaan
Manchuria) yang dianggap orang luar dan kehilangan mandat.
▪ Dinasti Manchu gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat.
▪ Gerakan nasionalime bersorak anti-Barat kerana menentang campur tangan kuasa Barat
di China.
▪ Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) sebagai idealogi
perjuangan.
▪ Tiga prinsip tersebut ialah nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
▪ Berlaku Revolusi China pada tahun 1911 dan berjaya menumbangkan pemerintahan
Dinasti Manchu dan kemunculan republik di China.
Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan
Mesir
▪ Lahir dari kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam
yang diancam oleh imperialism Barat pada abad ke-19
▪ Kesedaran ini mencetuskan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.

▪ Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-
Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
▪ Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan
Geraka antara Eropah- Amerika dengan kebudayaan tempatan yang mengubah budaya
n Islah dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan.
▪ Gerakan Islah menyeru umat Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan
Hadis serta memperbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada
penjajahan.
Gerakan Pan-
Islamisme-1883
▪ Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan iaitu al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang kuat).
▪ Bertujuan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan.
▪ Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme- seruan penyatuan
persaudaraan umat Islam di seluruh dunia, untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat.
▪ 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah Barat
bangkit berjuang bersama-sama dengan empayar Uthmaniyah.
▪ Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme.
▪ Mendapat sokongan rakyat Tanah Melayu contoh Tok Janggut menentang British di Kelantan pada
tahun 1915.
Nasionalisme di Jepun

▪ Digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai


kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialism Barat.
▪ Maharaja Mikado Meiji (1868) melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan
menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati oleh
kuasa Barat.
▪ Prinsip dan semangat bushido (sanggup menanggung risiko, bersungguh-
sungguh mencapai citi-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan
tanggungjawab terhadap ketua dan negara) dijadikan asas membina
nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah semasa Pemulihan Meiji.
▪ Gerakan pembaharuan semua aspek kehidupan.
▪ Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia
pada abad ke-20.
▪ Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera
menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialisme di Asia.
Sekian…
..

©CgSah/ 019834274

Bersambung …….

Anda mungkin juga menyukai