Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN MEMBINA GENERASI SOLEH DARI KISAH TOKOH TERBILANG

Oleh:
Izwan Abdul Halim

Keperibadian Ibu Semasa Hamil

Hubungan terawal dalam kehidupan manusia adalah antara anak dengan


ibu. Ia bermula saat manusia diciptakan Allah di dalam rahim ibunya. Sepanjang
tempoh kehamilan itu, keperibadian si ibu mempengaruhi kandungannya. Allah
SWT memaparkan kisah isteri ‘Imran di dalam al-Qur’an sebagai panduan buat
ibu yang sedang hamil.

( ûÍh_ÏΒ ö≅¬7s)tGsù #Y‘§ysãΒ Í_ôÜt/ ’Îû $tΒ šs9 ßNö‘x‹tΡ ’ÎoΤÎ) Éb>u‘ tβ≡tôϑÏã ßNr&tøΒ$# ÏMs9$s% øŒÎ)

ª!$#uρ 4s\Ρé& !$pκçJ÷è|Êuρ ’ÎoΤÎ) Éb>u‘ ôMs9$s% $pκ÷Jyè|Êuρ $£ϑn=sù ∩⊂∈∪ ÞΟŠÎ=yèø9$# ßìŠÉΚ¡¡9$# |MΡr& y7¨ΡÎ)

šÎ/ $yδä‹ŠÏãé& þ’ÎoΤÎ)uρ zΟtƒötΒ $pκçJø‹£ϑy™ ’ÎoΤÎ)uρ ( 4s\ΡW{$%x. ãx.©%!$# }§øŠs9uρ ôMyè|Êuρ $yϑÎ/ ÞΟn=÷ær&

$·?$t6tΡ $yγtFt7/Ρr&uρ 9|¡ym @Αθç7s)Î/ $yγš/u‘ $yγn=¬6s)tFsù ∩⊂∉∪ ÉΟŠÅ_§9$# Ç≈sÜø‹¤±9$# zÏΒ $yγtG−ƒÍh‘èŒuρ

.... ( $−ƒÌx.y— $yγn=¤x.uρ $YΖ|¡ym


“(Ingatlah) ketika isteri ‘Imran berkata:"Tuhanku! Sesungguhnya aku
nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang
yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-
mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui." Maka apabila ia melahirkannya,
berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan
seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak
lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu -
dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan
bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia
dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan
syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". Maka ia
(Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan
penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta
diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria…..” (ali-‘Imran:35-37)

Sebagai meneruskan kesinambungan dakwah beliau dan suami, telah


dinazarkannya bahawa anak dalam kandungan itu akan diserahkan untuk
menjadi pejuang agama di bumi Baitulmaqdis tempat kediaman mereka.
Diungkapkan nazar itu penuh kesungguhan sebagai manifestasi kehambaannya
(ubudiyyah) yang tinggi kepada Allah. Bahkan rasa hiba beliau melahirkan anak
perempuan adalah kerana pada pendiriannya anak lelaki lebih utama untuk
menjadi pejuang agama. Namun sebagai hamba yang taat, beliau tetap
menyerahkan anak itu dalam maksud menunaikan nazarnya biarpun itulah satu-
satunya pewaris yang dimiliki setelah hamil lewat usia tua. Suaminya ‘Imran pula
meninggal saat kandungannya masih baru. Beliau juga berdoa agar Allah
memelihara anak itu dan keturunannya serta dipohon agar dijauhi dari syaitan.
Allah SWT menunaikan hasrat beliau dan anak itu dipelihara serta dididik oleh
Nabi Zakaria AS.

Keperibadian yang dijelmakan pada sifat-sifat ketaatan dan cita-citanya


untuk agama, selain ubudiyyah dan pergantungannya yang penuh harap kepada
Allah adalah panduan rabbani buat pasangan beriman dalam matlamat
melahirkan generasi soleh. Terbukti dengan keperibadian itu, Allah menjadikan
anak yang dilahirkannya sebagai antara empat wanita yang terkemuka disisi
Allah iaitulah Maryam juga menjadikan keturunan anak itu antara yang terbilang
iaitulah Nabi Isa al-Masih.

Impian menimang cahaya mata perlulah disertakan niat agar anak itu
bakal menjadi insan yang berguna untuk agama. Doa hendaklah selalu
dipanjatkan memohon pemeliharaan Allah bukan sahaja kepada si anak, tetapi
juga zuriat keturunannya. Bahkan doa dipanjangkan agar anak itu dan zuriat
keturunannya kelak dijauhi dari syaitan yang termaktub adalah musuh yang
nyata kepada orang beriman. Moga-moga dengan asbab yang sama, anak dan
zuriat keturunan yang bakal dilahirkan menjadi insan yang soleh serta Allah
memeliharakan mereka untuk berada di sekeliling jagaan dan didikan insan-
insan yang soleh juga.

Beribadat Tanpa Meminggirkan Perjuangan

Peristiwa Isra’ dan Mikraj adalah mustahil untuk dianalisa oleh manusia
dengan akal fikiran dan formula logik melainkan dipandang dengan kekuatan
aqidah. Dalam peristiwa itu, Baginda Nabi SAW yang diiringi oleh Malaikat Jibril
telah diperjalankan (isra’) dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di
Palestin dan dari Masjidil Aqsa, Baginda diangkat (mikraj) ke langit. Disepanjang
perjalanan ke langit Baginda diperlihatkan keadaan syurga dan neraka. Baginda
SAW juga dipertemukan dengan para Nabi-nabi. Seterusnya menuju ke langit
tertinggi iaitu Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah menerima amanah solat.

Terkandung ilmu keibubapaan yang dapat dipetik dari peristiwa agung ini
yang menjadi keperluan perlaksanaan oleh ibu bapa di dalam mentarbiyyah
anak-anak.

Masjidil Haram, Mekah adalah tempat Nabi Muhammad SAW yang


sinonim sebagai ‘bumi peribadatan’. Masjidil Aqsa, Palestin pula adalah tempat
Maryam dan Nabi Isa AS yang sinonim sebagai ‘bumi perjuangan’. Pengajaran
isra’ ini mengajak ibu bapa bahawa di dalam menjayakan pentarbiyyah anak-
anak, haruslah meletakkan peribadatan sebagai nadi tarbiyyah tanpa
memisahkan elemen perjuangan agama. Juga membawa maksud ibu bapa
adalah model ahli ibadah dan pejuang agama. Kerana ibadah dan perjuangan itu
pada hakikatnya saling melengkapi. Beribadah tanpa perjuangan tidak akan
mampu memberi sinar gemilang kepada ibadah. Manakala perjuangan tanpa
ibadah akhirnya akan meluntur dan melemahkan perjuangan.

Mikraj membawa pengajaran untuk menjadikan Allah sebagai matlamat


dalam tarbiyyah dengan menjadikan segala panduanNya sebagai dasar.
Kekuatan aqidah yang meliputi penyampaian berkaitan syurga dan neraka, dosa
dan pahala, amal ma’ruf dan nahi mungkar menjadi pengisian-pengisian utama
tarbiyyah kerana semua manusia akan melalui perhitungan dan penghakiman
dari Allah Rabbuljalil kelak. Kisah para Nabi dan Rasul juga perlulah menjadi
subjek utama sebagai menunjukkan teladan yang perlu dizahirkan di dalam
meniti kehidupan.

Wujud hubungan yang jelas antara Baginda Nabi Muhammad SAW


dengan Maryam dan Nabi Isa AS. Kesamaan mereka terletak pada susur galur
keturunan iaitulah masing-masing dari keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga
‘Imran; dua keluarga cemerlang yang mendapat pengikhtirafan di sisi Allah SWT.

∩⊂⊂∪ tÏϑn=≈yèø9$# ’n?tã tβ≡tôϑÏã tΑ#uuρ zΟŠÏδ≡tö/Î) tΑ#uuρ %[nθçΡuρ tΠyŠ#u #’s∀sÜô¹$# ©!$# ¨βÎ) *
“Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga
keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga ‘Imran, melebihi segala umat (yang ada pada
zaman mereka masing-masing).” (ali-‘Imran:33)

Rumah Sebagai Madrasah Tarbiyyah

Keimanan yang bersinar di dalam diri Abu Bakar RA terpancar pada


amalan dan usahanya kepada Islam. Dalam memenuhi kewajipan ibadah di awal
Islam, setiap dalam solatnya, Abu Bakar RA mengulang-ulang bacaan lembaran-
lembaran wahyu yang telah diturunkan dengan suara yang nyaring. Ada
ketikanya, dia membaca al-Qur’an di luar rumahnya. Musyrikin Quraisy yang
khuatir dengan pengaruh Islam terhadap anak-anak dan kaum wanita mereka,
telah mendesak Abu Bakar RA agar tidak beribadah secara terbuka.

Menangani desakan itu, Abu Bakar membangunkan sebuah masjid di sisi


rumahnya untuk membolehkan beliau terus solat dan membaca al-Qur’an.

Selain dari keperibadian beliau yang menerima anugerah gelaran ‘As-


Siddiq’, usaha beliau membangunkan masjid di sisi rumah itu adalah sebahagian
rahsia kejayaannya membina keluarga yang menjadi pendokong utama
Rasulullah dan perjuangan Islam. Amat perlu setiap mukmin dan keluarganya
selain mengimarahkan masjid, mewujudkan bilik atau ruang khas di rumah
sebagai ‘Madrasah Tarbiyyah’. Moga-moga dari rumah seperti itu, akan
terbentuknya sebuah keluarga yang komited kepada perjuangan Islam.

Intipati Nasihat dan Pengukuhan Diri

Mengukuhkan diri anak-anak dengan nasihat adalah kelaziman ibu bapa.


Bersama-sama nasihat yang sesuai mengikut perkembangan anak-anak, perlu
juga nasihat-nasihat dasar yang diulang ingat dan diperkukuhkan dalam diri
anak-anak. Nasihat-nasihat itu sebenarnya terkandung dalam al-Qur’an dari
surah Luqman. Mari hayati butir-butir nasihat Luqman al-Hakim kepada anak-
anaknya:

íΟù=Ýàs9 x8÷Åe³9$# χÎ) ( «!$$Î/ õ8Îô³è@ Ÿω ¢o_ç6≈tƒ …çµÝàÏètƒ uθèδuρ ϵÏΖö/eω ß≈yϑø)ä9 tΑ$s% øŒÎ)uρ

∩⊇⊂∪ ÒΟŠÏàtã
13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi
nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan
syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Nasihat pertama ini adalah tunjang kepada segala nasihat. Ketauhidan


mesti hidup pada diri manusia bersama nyawa dan jasadnya. Allah segala-
galanya, Pengawas dan Pelindung manusia, bahkan juga seluruh alam ini.

Èβr& È÷tΒ%tæ ’Îû …çµè=≈|ÁÏùuρ 9÷δuρ 4’n?tã $·Ζ÷δuρ …絕Βé& çµ÷Fn=uΗxq ϵ÷ƒy‰Ï9≡uθÎ/ z≈|¡ΣM}$# $uΖøŠ¢¹uρuρ

∩⊇⊆∪ çÅÁyϑø9$# ¥’n<Î) y7÷ƒy‰Ï9≡uθÎ9uρ ’Í< öà6ô©$#


14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu
dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali
(untuk menerima balasan).

Ibu bapa adalah insan yang mula-mula dikenali anak. Oleh itu mendidik
anak menghormati dan menghargai ibu bapa merupakan pendidikan akhlak yang
menjadi asas kepada hubungan sesama manusia (hablumminnas). Inilah yang
diistilahkan dalam disiplin ilmu moden sebagai sosiologi dan Islam mengatur
sosial manusia kepada kemuliaan.
( $yϑßγ÷èÏÜè? Ÿξsù ÖΝù=Ïæ ϵÎ/ y7s9 }§øŠs9 $tΒ ’Î1 š‚Íô±è@ βr& #’n?tã š‚#y‰yγ≈y_ βÎ)uρ

öΝä3ãèÅ_ötΒ ¥’n<Î) ¢ΟèO 4 ¥’n<Î) z>$tΡr& ôtΒ Ÿ≅‹Î6y™ ôìÎ7¨?$#uρ ( $]ùρã÷ètΒ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $yϑßγö6Ïm$|¹uρ

∩⊇∈∪ tβθè=yϑ÷ès? óΟçFΖä. $yϑÎ/ Νà6ã∞Îm;tΡé'sù


15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan
denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui
sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah
dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. dan turutlah jalan orang-orang
yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh).
Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan
menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Pun begitu, Allah mengajar batas ketaatan kepada manusia termasuk ibu
bapa iaitulah selagi tidak menyekutukanNya. Kerana kebaikan kepada ibu bapa
yang disulam dari kasih dan sayang boleh membuatkan anak-anak sentiasa
patuh walaupun pada perkara yang salah.

Kisah hidup manusia-manusia teladan yang terdiri daripada para Nabi dan
Rasul, para sahabat dan salafussoleh, perlu menjadi isi didikan ibu bapa kepada
anak-anak. Didikan ini bukan sahaja memenuhi keimanan kepada Rasul dan
kitab-kitab bahkan menyemai rasa cinta kepada golongan yang dimuliakan Allah.

Keimanan kepada hari akhirat disampaikan dengan ingatan bahawa


semua manusia akan kembali kepada Allah bersama dengan perhitungan
perbuatannya. Inilah intipati didikan yang menjurus kepada taqwa.

’Îû ÷ρr& ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû ÷ρr& >οt÷‚|¹ ’Îû ä3tFsù 5ΑyŠöyz ôÏiΒ 7π¬6ym tΑ$s)÷WÏΒ à7s? βÎ) !$pκ¨ΞÎ) ¢o_ç6≈tƒ

∩⊇∉∪ ×Î7yz ì#‹ÏÜs9 ©!$# ¨βÎ) 4 ª!$# $pκÍ5 ÏNù'tƒ ÇÚö‘F{$#


16. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku,
sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun
seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun
di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya);
kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya; lagi amat meliputi
akan segala yang tersembunyi.

Didikan taqwa diperkukuhkan dengan nasihat bahawa setiap amalan tidak


terkecuali dari perhitungan biar apa pun kuantiti dan saiznya. Keimanan kepada
Malaikat mendidik anak memahami bahawa setiap amalan itu biar terzahir
mahupun tersembunyi tetap di bawah catatan ‘Atib dan Ratib.
¨βÎ) ( y7t/$|¹r& !$tΒ 4’n?tã ÷É9ô¹$#uρ Ìs3Ζßϑø9$# Çtã tµ÷Ρ$#uρ Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ öãΒù&uρ nο4θn=¢Á9$# ÉΟÏ%r& ¢o_ç6≈tƒ

∩⊇∠∪ Í‘θãΒW{$# ÇΠ÷“tã ôÏΒ y7Ï9≡sŒ


17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat
kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan
bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya.

Motivasi anak-anak dibina dengan nasihat berupa seruan untuk


mendirikan solat. Dari solat terbina kekuatan untuk berbuat kebaikan dan
menjauhi kemungkaran serta mendakwah orang lain kepada prinsip itu. Sabar
ditanam hingga tumbuh mekar dalam diri anak-anak sekaligus menjadi cabang
keimanan kepada qada’ dan qadar.

¨≅ä. =Ïtä† Ÿω ©!$# ¨βÎ) ( $·mttΒ ÇÚö‘F{$# ’Îû Ä·ôϑs? Ÿωuρ Ĩ$¨Ζ=Ï9 š‚£‰s{ öÏiè|Áè? Ÿωuρ

∩⊇∇∪ 9‘θã‚sù 5Α$tFøƒèΧ


18. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)
kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak
sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong
takbur, lagi membanggakan diri.

Disebalik kebaikan yang ditanamkan dalam diri, kadang-kadang tanpa


disedari wujud perbagai perasaan kepada orang lain. Untuk itu, anak-anak perlu
dinasihatkan untuk tidak membeza-bezakan antara manusia dalam hubungan.
Apatah lagi untuk bersikap tercela seperti sombong, takbur dan membanggakan
diri yang boleh terdorong berlaku dari hasutan perasaan.

ÎÏϑptø:$# ßNöθ|Ás9 ÏN≡uθô¹F{$# ts3Ρr& ¨βÎ) 4 y7Ï?öθ|¹ ÏΒ ôÙàÒøî$#uρ šÍ‹ô±tΒ ’Îû ô‰ÅÁø%$#uρ

∩⊇∪
19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah
suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara
keldai".

Kecantikan dan kemuliaan manusia tercermin pada tingkah perbuatannya.


Kadang-kadang manusia mudah takut dengan perbuatan dan tersinggung dari
perkataan yang kasar. Adakalanya manusia jelek dengan tingkah laku terlalu
lembut dan suara yang manja. Maka, didiklah anak-anak dengan kesederhanaan
pada tindakan dan perbualannya.
Dalam tingkah laku manusia adakalanya terdapat perbuatan yang
memudharatkan manusia lain seperti kasar, menindas atau khianat. Begitu juga
tutur kata yang menyinggungkan akibat dari mengejek, mencela atau berdusta.
Kadang-kadang tingkah laku yang terlalu lembut dan tutur kata yang terlalu
manja pula menimbulkan rasa kurang yakin dan jelek manusia. Maka, didiklah
anak-anak dengan kesederhanaan pada perbuatan dan perkataannya. Moga-
moga kesederhanaan itulah cermin kecantikan dan kemuliaan diri.

Negara Naungan Ilahi

Hakikatnya lingkungan tarbiyyah itu terlalu luas dan saling mempengaruhi.


Keperibadian dan amalan ibu bapa; dasar dan teknik didikan; serta kediaman;
hanyalah komponen tarbiyyah yang hidup disamping anak-anak. Sebaliknya
negara, sistem pemerintahan bahkan manusia lainnya merupakan komponen
yang lebih besar dan kuat untuk mempengaruhi tarbiyyah anak.

∩⊂∈∪ tΠ$oΨô¹F{$# y‰ç7÷è¯Ρ βr& ¢Í_t/uρ Í_ö7ãΨô_$#uρ $YΨÏΒ#u t$s#t6ø9$# #x‹≈yδ ö≅yèô_$# Éb>u‘ ãΛÏδ≡tö/Î) tΑ$s% øŒÎ)uρ
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa berkata: "Wahai Tuhanku!
Jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-
anakku dari perbuatan menyembah berhala.” (Ibrahim:35)

Negara aman yang dimaksudkan adalah sebuah negara yang tertegak di


dalamnya syariat-syariat Allah. Syariat itu terlihat pada tatacara pemerintahan
dan pemerintah; perundangan; muamalah; serta penghayatan hidup rakyatnya.
Sekaligus segala cabang-cabang kemungkaran dan syirik tidak bertunas sama
sekali. Nescaya, negara seperti ini bukan sahaja mampu melahir dan
memelihara kesolehan warganya, tetapi mendapat naungan dan rahmat
daripada Allah SWT.

ÇÚö‘F{$#uρ Ï!$yϑ¡¡9$# zÏiΒ ;M≈x.tt/ ΝÍκön=tã $uΖóstGxs9 (#öθs)¨?$#uρ (#θãΖtΒ#u #“tà)ø9$# Ÿ≅÷δr& ¨βr& öθs9uρ
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang
melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi…..” (al-A’raaf:96)

Anda mungkin juga menyukai