Anda di halaman 1dari 4

Perayaan Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: 中
秋节; Cina Tradisional: 中秋節; pinyin: zhōngqiūjié) merupakan perayaan menyambut
kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280
Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung,
namun ini adalah perayaan berbeza.

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu
pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan
ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang,
menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru
Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain
dengan kuih bulan itu sendiri.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan
diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau
kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan
melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan
Dinasti Mongol.

Houyi dan Chang'e

Kisah malam berlakunya peristiwa dewi bulan Chang'e (bahasa Cina: 嫦娥) dibawa ke
bulan yang dikenali ramai oleh bangsa Cina menjadi topik kegemaran para penyair.
Berlainan dari kebanyakan dewa bulan di budaya-budaya lain yang mempersonifikasi
bulan, Chang'e pula berdiam di bulan. Kisah tradisi mengisahkan riwayat Houyi dan
Chang'e sekitar tahun 2170 SM, ketika pemerintahan Maharaja Yao legenda yang
menyusuli zaman Huang Di.

Banyak sekali variasi dan adaptasi legenda Chang'e sehingga mampu mengelirukan kita.
Apapun, kebanyakan kisah Chang'e dalam mitos Cina melibatkan elemen-elemen berikut
dalam apa jua bentuk: Houyi (bahasa Cina: 后羿) si pemanah; Chang'e, Dewi Bulan
Abadi; seorang maharaja, baik adil mahupun zalim; suatu atma jiwa; dan Bulan:
Houyi si pemanah

Terdapat sekurang-kurangnya 6 variasi kisah ini yang mengisahkan Houyi sebagai


pemanah.

Versi 1

Houyi ialah seorang dewa, sementara Chang'e pula seorang gadis molek yang berkhidmat
di Istana Maharaja Jed (Cina: 玉帝; pinyin: Yùdì) sebagai pengiring Maharani Barat
(permaisuri Maharaja Jed), sebalik sebelum kahwin. Pada suatu hari, Houyi mencetuskan
kecemburuan dewa-dewi lain sehingga mereka mempersendakan Houyi menghadap
Maharaja Jed. Maka Houyi dan isterinya Chang'e pun diusir dari kayangan, sekaligus
terpaksa menampung kehidupan dengan memburu di Bumi. Maka dari saat inilah Houyi
menjadi pemanah tersohor.

Pada ketika ini juga, terdapat sepuluh matahari, dalam bentuk burung berkaki tiga, yang
berdiam di sebatang pokok kertau di laut timur; setiap hari salah seekor burung ini
dijadualkan untuk mengelilingi dunia dengan pedati yang dipandu oleh Xihe (bahasa
Cina: 羲和), iaitu "ibu" segala suria. Tibanya juga satu hari apabila kesepuluh-sepuluh
matahri saling berhampiran lalu mengakibatkan Bumi terbakar. Maharaja Yao selaku
pemerintah China mengarahkan Houyi agar menembak sembilan daripada suria-suria
tersebut. Setelah selesainya tugas ini, maka Maharaja mengurniakan sebiji ubat yang
mengabadikan nyawa Houyi, sambil memesannya: "Janganlah teragak-agak untuk
menelan ubat ini; mula sekali siapkan diri dengan doa dan puasa selama setahun".[1]
Houyi membawa ubat itu pulang lalu menyorokkannya di bawah sebatang kasau, sambil
memulihkan semangatnya. Ketika Houyi menyembuh dirinya, Houyi diarah menghadap
maharaja sekali. Chang'e perasan sekilauan cahaya dari kasau lalu mencari dan menelan
ubat itu jua. Dalam sekelip mata, dia mendapati dirinya boleh terapung. Pada detik ini
pulangnya Houyi, maka dia menyedari apa yang sudah berlaku lalu memarahinya.
Chang'e pun terapung dari tingkap ke angkasa.

Dengan berlengkapkan busur di tangannya, Houyi mengejar Chang'e mengelilingi


separuh angkasa. Lama-kelamaan, Houyi terpaksa kembali ke Bumi kerana angin
kencang. Chang'e akhirnya mendarat di Bulan dan mula batuk kerana kesukaran bernafas.
Secebis ubat itu terkeluar dari mulutnya. Pada masa itu, di bulan wujudnya seekor arnab,
maka Chang'e mengarahkan arnab itu untuk membuatkan sebiji lagi ubat agar dia dapat
kembali ke Bumi untuk bertemu semula dengan suaminya.

Sehingga hari ini, arnab tersebut masih cuba membuat ubatnya. Houyi pula membina
istana di matahari bernama "Yang" (prinsip jantan), dan Chang'e pula "Yin" (prinsip
betina). Setahun sekali, pada hari bulan purnama, Houyi menziarahi isterinya. Begitulah
sebab pada malam inilah bulan adalah paling indah.

Kisah ini terdapat dalam dua koleksi bertulis zaman Dinasti Han Barat (206 BCE-24
CE), iaitu Shan Hai Jing, Buku Gunung dan Laut, dan Huainanzi, suatu kitab falsafah.
Versi 2

Sekitar tahun 2170 SM, bumi mengalami sepuluh matahari, kesemuanya merentungkan
tanaman dan memandulkan manusia. Dengan perasaan penuh belas kasihan terhadap
rakyat jelata, Houyi si pemanah bertindak dengan menjatuhkan sembilan matahari tetapi
membiarkan satu demi manfaat manusia. Sesudah menyiapkan tugasnya dia dijadikan
wira rakyat. Dia mengahwini Chang’e maka mereka berdua pun hidup bahagia. Houyi
ramai sekali anak muridnya yang setia mempelajari kemahiran memanah daripadanya.
Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, maharaja dewa mengurniakan sebiji
ubat hidup abadi kepada Houyi sebagai ganjaran atas jasanya memadam matahari.
Baginda menggesa Houyi agar tidak berlengah lagi untuk menelan ubat itu. Akan tetapi,
Houyi amat mencintai Chang’e dan enggan meninggalkannya, maka dia menyerahkan
ubat tersebut pada Chang’e untuk disimpan di tempat yang selamat. Chang’e meletakkan
ubat itu dalam peti barang kemasnya. Akan tetapi, salah seorang anak murid Houyi iaitu
Peng mendapat tahu rahsia ini lalu hendak mencuri ubat itu. Pada suatu hari, Houyi dan
anak-anak buahnya pergi ke kawasan gunung, kecuali Peng yang berpura-pura sakit.
Chang’e juga berdiam di rumah sahaja. Peng mencuri masuk bilik Chang’e lalu
memaksanya untuk menyerahkan ubat itu. Chang’e sedar dirinya tidak terlawan Peng
maka dia terus terbang jauh dari situ. Chang'e tidak sanggup meninggalkan suami
tersayang, jadi dia dia berehat di Bulan yang paling dekat dengan Bumi. Setelah Houyi
menyedari perkara ini, marah dan sebak jadinya. Houyi mendongak ke langit malam dan
memanggil nama Chang’e tak henti-henti. Beliau menemui bayang-bayang wanita seiras
Chang'e pada bulan, lalu terkejar-kejar bulan itu tetapi tidak dapat kerana dihalang angin.

Versi 3

Suatu ketika dulu, Bumi dikitari sepuluh biji matahari, setiap satu bergilir-gilir menyinari
bumi. Pada suatu hari, tiba-tiba kesemua sepuluh matahari muncul serentak, lalu
membahangkan bumi dengan keterlaluannya. Mujurlah tibanya seorang pemanah gagah
bernama Houyi, tiba di bumi untuk menjatuhkan sembilan biji matahari. Maka beliau
menjadi Raja, tetapi lama-kelamaan menjadi zalim.

Pada suatu hari, Houyi mencuri air atma jiwa dari seorang dewi. Akan tetapi, air itu jatuh
dalam mulut ratunya Chang'e untuk menyelamatkan rakyat jelata dari kezaliman si raja.
Setelah meminumnya, Chang'e terapung jauh hingga mencapai bulan. Betapa cintanya
Houyi terhadap ratunya, maka tak sanggup baginda menjatuhkan bulan.

Arnab Jed
Dewi Chang'e dan Arnab Jed.

Menurut kisah lama, Arnab Jed ini membuat ubat-ubatan bersama dewi Chang'e, untuk
santapan dewa-dewi. Ada yang kata arnab ini cuma satu bentuk jelmaan Chang'e sendiri.
Anda boleh perhatikan bahawa tompok-tompok gelap pada permukaan bulan purnama
menyerupai bentuk arnab, sepasang telinganya tercacak ke kanan, sementara di kirinya
ada dua bulatan besar yang mewakili kepala dan badannya.

Mengikut legenda, tiga pari-pari mengubah bentuk diri mereka menjadi orang tua yang
mengemis makanan dari rubah, monyet, dan arnab. Si rubah dan si monyet ada makanan
untuk dihulurkan kepada mereka, tetapi sayangnya si arnab tiada apa-apa untuk diberi
maka ia melimpat ke dalam api marak untuk menawarkan daging dirinya sahaja. Orang-
orang tua itu terharu oleh pengorbanan dan kemurnian si arnab lalu mengurniakan tempat
tinggal di Istana Bulan untuknya di mana si arnab menjadi "Arnab Jed".

Penggulingan pemerintahan Mongol

Mengikut sebuah kisah rakyat terkenal (yang tidak semestinya terbukti oleh catatan
sejarah), Perayaan Kuih Bulan disambut untuk memperingati pemberontakan warga
China menentang pemerintah Dinasti Yuan berbangsa Mongol (1280–1368) pada abad
ke-14. Sukar untuk merancang pemberontakan kerana larangan terhadap perhimpunan.
Menyedari bangsa Mongol tidak makan kuih bulan, maka Liu Bowen (劉伯溫) dari
wilayah Zhejiang, penasihat kepada ketua pemberontak Zhu Yuanzhang, mendapat jalan
mengadakan pemberontakan sempena Perayaan Kuih Bulan. Beliau meminta izin untuk
mengedarkan beribu-ribu biji kuih bulan kepada warga kota untuk memohon restu
semoga maharaja Mongol panjang umur. Dalam setiap kuih dimasukkan sekeping kertas
yang bertulis: "Hapuskan Mongol pada lima belas hari bulan lapan" (八月十五殺韃子).
Pada malam perayaan, para pemberontak berjaya meyerang dan menggulingkan
pemerintahan mereka, disusuli penubuhan Dinasti Ming (1368-1644) di bawah pimpinan
Maharaja Zhu. Semenjak itulah perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan dengan
hidangan kuih bulan.

Anda mungkin juga menyukai