Anda di halaman 1dari 1

TEMA : LEBIH BAIK CEGAH KERANA MASA DEPANKU BEGITU BERHARGA

Ramai remaja terjebak dengan dadah pada usia yang muda. Justeru itu, keluarga,
guru, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta
pemimpin perlu bergandingan untuk menanam sifat benci dadah di kalangan anak-anak.
Mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakan dan ibarat rebung yang perlu dilentur sebelum
menjadi buluh.

Nilai agama serta kerohanian perlu ditanam dalam jiwa anak-anak. Mengikuti kelas
agama serta aktiviti keagamaan akan mendekatkan diri mereka untuk beribadah seterusnnya
memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. Berbekalkan ajaran agama yang kuat, mereka
tidak mudah terjebak dengan pengaruh dadah.

Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang kepada anak-anak supaya mereka merasa
lebih dihargai serta disayangi. Luangkan sedikit masa untuk mendengar luahan anak-anak.
Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan sikap anak-anak. Jangan biarkan anak-anak
terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat kerana ianya cenderung ke arah keburukan dan
seterusnya mula menyebabkan mereka mendekati dadah.

Melakukan aktiviti sihat bersama keluarga, guru dan kawan-kawan akan menanam
nilai positif dalam diri anak-anak. Guru-guru serta agensi yang berkaitan juga perlu
menerangkan tentang bahaya dadah kepada anak-anak seawal alam persekolahan. Kempen
anti dadah perlu kerap dijalankan supaya mereka menjadi insan yang benci dadah.

Kesimpulannya, penyalahgunaan dadah amat memudaratkan kehidupan kita. Jauhi


dadah untuk kebaikan bersama. Lebih baik cegah kerana masa depanku begitu berharga.

Anda mungkin juga menyukai