Anda di halaman 1dari 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

KARYA MELAYU KLASIK (ARISTOTLE: FALSAFAH SENI DALAM


DRAMA TRAGEDI)

NAMA : MUHAMMAD HAFIZMULLAH BIN MUHD NOR


NO. MATRIK : JEA080057
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD
SEMESTER 1 SESI 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

DRAMA TRAGEDI DALAM FALSAFAH


SENI ARISTOTLE
PENGENALAN:
Aristotle menganggap enam elemen terpenting dalam drama tragedi. Enam elemen

tersebutialah rangka cerita, kelakuan watak, pemikiran, bahasa, melodi, dan pertunjukan.
Menurut Aristotle:
Tabiat(character)menunjukkan kualiti dari segi moral seorang individu, tetapi apa yang
menentukan sama ada kehidupan kita bahagia ataupun tidak ialah aksi atau perbuatan kita.
Sesebuah drama itu mengandungi perbuatan atau aksi bukan untuk menyampaikan dan
menunjukkan sesuatu jenis tabiat; sebenarnya mereka menunjukkan tabiat seseorang individu
untuktujuan menyampaikan aksinya kepada penonton. Oleh yang demikian aksi dalam
sesebuah drama, atau rangka cerita, merupakan tujuan (end or purpose) drama tragedi; dan
tujuanmesti merupakan perkara utama dalam setiap bahagian karya itu. Tambahan pula, sebuah
drama tragedy boleh wujud tanpa persembahan tabiat, tetapi ia tidak dapat wujud tanpa aksi
(rangka cerita).
Dalam karya bertajuk nicomachean ethics, Aristotle telah menegaskan bahawa kita
hanya dapat menentukan sama ada seseorang itu bahagia ataupun tidak melalui perbuatan dan

aksinya. Jadi, jika sesebuah drama tragedi itu mewakili kehidupan manusia, ia harus

menyampaikansuatu kehidupan yang bahagia atau tidak bahagia; dan ini noleh ditentukan

melaluiperbuatan dan aksi watak –watak dalam drama itu. Dakwaan Aristotle ialah “drama

tragedi boleh wujud tanpa persembahan, dan tabiat watak, tetapi ia tidak boleh wujud tanpa aksi

dalam rangka cerita”.

KUPASAN FALSAFAH SENI ARISTOTLE

Aristotle manganggap rangka cerita merupakan elemen terpenting dalam drama tragedi.

Dengan rangka cerita, Aristotle merujuk kepada struktur sebuah drama, iaitu cara peristiwa
dalamdrama itu disusun dan dikaitkan antara satu dengan lain. Apabila kita menumpukan

perhatian kepada rangka cerita sebuah drama, kita sebenarnya merujuk kepada cara peristiwa

dalam drama itu berkembang, dan bagaimana satu peristiwa manyebabkan satu lagi peristiwa

yanglain. Hal ini bermaksud rangka cerita ialah prinsip penyatuan dalam drama. Tanpa suatu

prinsip penyatuan, bahagian berlainan dalam drama itu tidak akan dianggap sebagai satu unit;

dan kita hanya akan memahami sesebuah drama dan juga cerita dan maksud yang disampaikan

olehnya jika kita dapat mengaitkan bahagian-bahagian drama itu iaitu jika kita dapat melihat

drama itu sebagai satu unit.

Pada amnya, jika sesebuah karya seperti sebuh drama atau karya kesusastaraan itu

mempunyai cerita dan juga tema, maka kedua-dua elemen ini boleh berfungsi sebagai sifat

penyatuankarya tersebut. Mengikut system Aristotle, rangka cerita itu lebih penting daripada

tema. Aristotle menegaskan bahawa bahagian-bahagian yang menarik minat penonton, seperti

bagaimana watak utama mengetahui sesuatu perkara baru yang kemudian mengubah

kehidupannya iaitu elemen yang dinamakan( discovery )dan perubahan nasib watak utama dalam

drama itu (bahagian yang dinamakan( reversal) adalah lebih jelas ditunjukkan melalui rangka

cerita.

Unsur kelakuan atau tabiat merujuk kepada kecenderungan tetap atau perangai yang sudah

menjadikebiasaan seorang individu kita dapat menentukan tabiat sesuatu watak melalui

perhubungandengan watak lain dalam cerita itu. Jadi elemen kelakuan menunjukkan bahawa

terdapatlahpertalian dan perhubungan antara individu dalam sebuah drama. Menurut schape

r unsure dalam catan atau seni arca yang menunjukkan pertalian dan perhubungan seperti nini

ialahpangabungan catan dan pengabungan arca. Pengabungan catan merujuk kepada pertalian

dan perhubungan antara unsur-unsur dalam sebuah karya catan, dan ini adalah sama seperti
perhubungan antara watak dalam sebuah drama yang menunjukkan kelakuan mereka kepada

penonton.

Dua masalah akantimbul dengan pendirian schaper disini. Pertama, peranan unsur

kelakuan, pengabungan catan, dan pengabungan arca telah dimainkan oleh rangka cerita dalam

drama, dan tema atau pertalian geometric dalam catan dan seni. Perkara kedua ialah kita juga

dapat menentukan kecenderungan tetapatau kelakuan individu yang disampaikan dan

dipersembahkandalam sebuah karya catan, seni arca, atau karya kesusasteraan. Masalah yang

pertamaitu bukanlah sesuatu masalah serius. Aristotla tidak mengatakan secara langsung

mahupun secara tidak langsung bahawa sebuah karya seni tidak boleh menpunyai dua unsur

(ataudua elemen berlainan) yang memainkan peranan yang sama. Masalah yang kedua lebih

serius. Terdapat pengkritik seni yang berbincang tentang kelakuan dan keadaan mental yang

disampaikanmelalui karya potret seperti mona lisa. Terdapat juga penkritik seni yang member

komen tentang kebanggaan David (sebuah karya seni arca), hasil seorang seniman bernama

Michelangelo.

Elemen pemikiran watak dalam sebuah drama adalah penting kerana ia menunjukkan

bahawa drama itu mempunyai unsur-unsur yang dapat merujuk kepada sesuatu yang luar

daripadanya; ia dapat merujuk kepada idea, pemikiran seseorang, dan juga emosi dan keadaan

mentalyang lain. Drama dan kesusastaraan mengunakan perkataan yang ditulis sebagai simbol

untuk menyampaikan idea dan pemikiran, dan untuk menimbulkan perasaan dan emosi tertentu.

Bentuk-bentuk seni lain mengunakan corak simbol yang lain. Muzik mengunakan bunyi untuk

menimbulkan sesuatu keadaan mental atau emosi, catan boleh mengunakan campuran atau

kombinasi warna bagi mencapai tujuan yang sama, dan arca boleh mengunakan bentuk dan

gerakanuntuk mencapai tujuan tersebut. Dengan elemen pemikiran watak, Aristotle

menegaskan kepentingan unsur-unsur simbolik dalam sebuah karya seni.


Melodi digunakan untuk memisahkan sebuah drama tragedi daripada benda dan apa-apa

yangberlaku disekeliling lakonan itu. Hanya mengunakan lagu , penonton akan sedar bahawa

pertunjukkan itu berlainan daripada kehidupan seharian kerana kita tidak bercakap dengan lagu

dalamkehidupan seharian. Dengan melodi yang ganjil, kita tidak akan mengaggap aksi yang

berlakudalam itu sebagai sebahagian daripada apa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.

Jadi, melodi ialah cara yang digunakan dalam drama tragedi bagi membezakan seni daripada

benda-bendalain yang bukan seni. Seni catan mengunakan bingkai catan, atau tepi catan, untuk

membezakankarya itu daripada benda di sekelilingnya. Sebuah seni arca mungkin mengunakan

pentas untuk memisahkan objek seni itu daripada benda-benda lain disekelilingnya.

Bahasa ialah bahan yang digunakan dalam drama, dan karya kesusasteraan. Bentuk-bentuk

seni lain juga perlu mengunakan bahan tertantu: warna digunakan dalam catan, bentuk dan

mungkinjuga warna digunakan dalam seni tarian. Dalam perbincangan diatas, kita mendapati

temaialah prinsip penyatuan dalam sebuah karya seni. Ia merupakan formula bagi mengaitkan

bahagian sebuah karya seni supaya karya itu menjadi satu unit yang dapat difahami oleh

penontonatau pendengarnya. Schaper menegaskan bahawa kita mesti mempunyai suatu cara

bagimenyampaikan tema ini kepada penonton. Suatu cara mesti digunakan untuk

mendeskripsikan struktur sebuah karya seni supaya ia menjadi jelas kepada para penonoton.

Cara yang digunakan dalam seni catan bagi mencapai tujuan ini ialah melalui warna, dan cara

seorang ahli sastera ialah mengunakan bahasa dan perkataan, dan cara seorang ahli seni arca

ialahmengunakan bentuk (dan mungkin warna), dan lain-lain. Dengan memperkenalkan bahasa

sebagai satu elemen yang diperlukan dalam drama, Aristotle juga menegaskan bahawa sesebuah

karya seni itu memerlukan suatu bahan bagi menyanpaikan tema dan struktur karya itu kepada
pihak penonton dan pendengar.

Elemen terakhir dalam takrifan Aristotle bagi drama tragedi ialah pertunjukkan. Schaper

menegaskan bahawa elemen pertunjukkan mamberi “penyampaian serta merta” kepada para

penonton. Hal ini bermaksud struktur karya seni itu (sama ada ia sebuah drama, karya catan,

karya seni arca, lukisan, tarian, dan lain-lain) dapat disampaikan secara terus kepada panca

indera pihak penonton; ataupun sekurang-sekurangnya ia mesti dapat digambarkan melalui

imaginasi kita melaluyi tanda tertentu yang dinamakan oleh schaper sebagai perceptual clue

seperti dalam sebuah novel atau sebuah karya kesusasteraan.

Menurut schaper, kita telah mencari dan mendapati ciri-ciri yang selari dengan enam

elemenasas dalam drama tragedi. Hal ini menunjukkan bahawa doktrin Aristotle yang

disampaikan melalui karya poetics itu tidak terhad kepada drama atau drama tragedi sahaja,

tetapimempunyai aplikasi yang jauh lebih luas daripada itu. Kita telah mendapati ciri-ciri selari

melalui fungsi dan bukan melalui persamaan antara ciri-ciri itu dengan enam elemen yang

dianggapsebagai asas oleh Aristotle bagi drama tragedi. Hal ini bermaksud ciri-ciri selari ini

mempunyai fungsi yang sama dengan rangka cerita, tabiat watak, pemikiran watak, bahasa,

melodi, dan pertujukkan.

Kesimpulannya ialah kesemua enam elemen yang dikupas adalah mempunyai kepentingan

sendiri. Hal ini dapat dilihat semua hal yang berkaitan seni memerlukan keenam-enem elemen

iniuntukdilihat indah dan menarik. Contoh yang dapat dilihat dalam seni ialah seni arca, seni

catan, malahan dalam karya kesusasteraan malayu juga. Oleh itu elemen dalam drama tragedi

menjadi kayu ukur dan dapat digunakan dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan seni.
BIBLIOGRAFI

1) Jones, j. On Aristotle and Greak tragedy. London: Chatto and Windus, 1968.

2) Halliwell, S. The poetics of Aristotle. London: Gerald Duckworth & Co. Ltd.
1987

3) Grubbe, G. M. A. Plato thought. London: metheun & Co. Ltd, 1970

4) Alaan, D. J. thephilosophy of Aristotle. London: Oxford University Press,


1970.

5) Butcher, S. H. Aristotle theory of poetry and fine art. New York: Dover
Publications, 1957.

6) Crombie, I. M. An examination of plato doctrines. London: Routledge &


kegan paul, 1969.

7) Kenny, A. “Aristotle on happiness” di dalam Barnes, J. Schofiejd, M. dan


Sorabji, R, (ed). Articles on Aristotle: ethics and politic. London: Gerald
Duckworth & Co. Ltd, 1979.

Anda mungkin juga menyukai