Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

Lawatan Akademik 2010 SKPB

KERTAS KERJA
LAWATAN AKADEMIK
SK PAYA BUNGOR 2010

1.0 PENDAHULUAN

SK Paya Bungor, Kuantan merupakan sekolah luar bandar yang mana terdiri daripada
pelajar berbangsa Melayu dan Asli. Dianggarkan 40 peratus pelajarnya berbangsa Asli
dan selebihnya berbangsa Melayu. Pihak sekolah melalui kerjasama erat PIBG dan
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Kuantan merancang untuk memberi
pendedahan kepada pelajar Tahap 2 untuk meningkatkan kualiti diri melalui lawatan
sambil belajar.

Melaluinya, pelajar akan didedahkan kepada bahan sejarah, konsep-konsep sains,


pendidikan kajian tempatan serta ilmu bahasa. Secara tidak langsung, ianya dapat
meningkatkan pemahaman pelajar, keyakinan kendiri, pendedahan sains & teknologi
serta memberi pengalaman yang sangat berharga kepada mereka.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mendedahkan kepada para pelajar kepada dunia luar yang lebih mencabar
2.2 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar
2.3 Meluaskan minda dan pemikiran terhadap perkembangan suasana kemajuan
Negara Malaysia.
2.4 Menimba pengalaman pertama kepada pelajar yang masih belum menjejakkan
Kaki ke Kota Melaka dan Kuala Lumpur.
2.5 Menambahkan pengetahuan tentang sejarah sesuatu tempat.
2.6 Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai dunia sains dan teknologi yang
semakin berkembang pesat.

3.0 SASARAN

3.1 16 orang pelajar Asli


3.2 8 orang guru pengiring

1
KERTAS KERJA
Lawatan Akademik 2010 SKPB

4.0 TARIKH LAWATAN

30 Sep – 2 Okt 2010

(Khamis - Sabtu)

5.0 PENGANGKUTAN

5.1 Bas

6.0 TEMPAT LAWATAN

6.1 Kota Melaka dan Kuala Lumpur


6.1.1 Zoo Melaka
6.1.2 Taman Buaya Melaka
6.1.3 Muzium Belia
6.1.4 Muzium Samudera
6.1.5 Menara Tamin Sari
6.1.6 Petrosains
6.1.7 Pusat Sains Negara
6.1.8 KL Tower

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran A

8.0 JADUAL PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran B

9.0 BELANJAWAN PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran C

2
KERTAS KERJA
Lawatan Akademik 2010 SKPB

10.0 PENUTUP

Semoga program lawatan ini akan memberi manfaat kepada para peserta seterusnya
meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka. Pihak Jawatankuasa penganjur
berharap agar pihak yang berkenaan, syarikat-syarikat swasta serta orang perseorangan
dapat menghulurkan sumbangan kewangan bagi menjayakan program ini. Segala kerjasama
dan sokongan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

"Dan apa sahaja harta yang baik  yang kamu nafkahkan, maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah
kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu
nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu  sedikit pun tidak akan dianiaya."
(Surah Al Baqarah : 272)

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

……………………………………….. ……………………………………………
(KHAIRUL NIZAM BIN ASEH) ( ISMIL HJ MUHAMMAD)
Setiausaha Lawatan GURU BESAR
SK PAYA BUNGOR SK PAYA BUNGOR
26020 Kuantan. 26020 Kuantan.

3
KERTAS KERJA
Lawatan Akademik 2010 SKPB

LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PROGRAM

PENGERUSI
En. Ismil Hj Muhammad PJK,PKT,.
Guru Besar SK Paya Bungor

SETIAUSAHA (KETUA ROMBONGAN)


Khairul Nizam Bin Aseh

BENDAHARI
En. Fakhrul Anwar Inyaudden

AHLI JAWATANKUASA

En. Mohd Fazlin Bin Idris

En. Mohd Fazley Bin Abd Latif

En. Maizul Azlan Umar

En. Kamarulzaman Bin Ismail

Pn. Taqwafiza Binti Tajuddin

Cik Nor Ilyani Binti Ibrahim

4
KERTAS KERJA
Lawatan Akademik 2010 SKPB

LAMPIRAN B
JADUAL PROGRAM

TARIKH/ MASA TEMPAT DILAWATI TERMASUK CATATAN


HARI TEMPAT BERMALAM

30.9.10 5.00 pagi Berkumpul di SK Paya Bungor


(Khamis)
5.30 pagi Bertolak dari SK Paya Bungor ke Melalui LPT dan
Melaka. PLUS dan Jalan
Persekutuan

9.00-9.30 pagi Sarapan pagi di Kawasan Rehat Kawasan Rehat


Lebuhraya

10.00-12.30ptg Tiba di Zoo Melaka Bandar melaka

12.30-1.30ptg Solat dan Makan Tengahari

2.00-3.00 ptg Melawat Taman Buaya

3.00-3.30 ptg Bertolak Ke Kota Melaka

3.30-4.00 ptg Menuju ke Menara Tamin Sari

4.00-4.30 ptg Bergerak ke Muzium Belia

4.30-5.00 ptg Menuju Ke Kota A Farmosa

5.00-5.30 ptg Bergerak ke Gereja St Paul

5.30-6.00 ptg Bergerak ke Muzium Samudera

5
KERTAS KERJA
Lawatan Akademik 2010 SKPB

6.30 petang Bergerak ke Kuala Lumpur Melalui lebuhraya


PLUS

8.30-9.30 malam Makan Satay Kajang

9.30 malam Check In di Pusat Belia Antarabangsa

Alamat Tempat Bermalam


Pusat Belia Antarabangsa (IYC),
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun
Razak,56000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-91719204

10.00 malam Berehat dan Tidur

1.10.10 6.00 pagi Bangun pagi, Solat suboh dan Hostel


(Jumaat) persiapan diri

7.30 pagi Sarapan pagi Hostel

8.00 pagi Bertolak ke Putrajaya

9.00 pagi Bersiar-siar di sekitar Putrajaya

11.00 pagi Menuju ke Kl tower

12.00-2.00ptg Solat Jumaat dan Makan Tengahari

2.00petang Membeli belah di Pasar Seni

3.00petang Bergerak ke KLCC LRT

3.30-5.00petang Ke Petrosains

6
KERTAS KERJA
Lawatan Akademik 2010 SKPB

5.00 -6.00 petang Menuju ke Jejantas Berkembar


Petronas

7.00 malam Makan malam dan Bersiar-siar


sekitar KL

8.00 malam Menuju ke tempat penginapan Pusat Belia


Antarabangsa

9.00 malam Sesi Ceramah dan LDK

10.00 malam Rehat dan tidur

2.10.10 6.00 pagi Bangun pagi, Solat suboh dan


(Sabtu) persiapan diri

7.00 pagi Sarapan pagi

8.00 pagi Bertolak ke Pusat Sains Negara

9.00-12.00tghari Menuju ke Pusat Sains Negara

12.00-2.00ptg Solat dan Makan Tengahari

3.00 ptg Bertolak pulang ke Sk Paya Bungor

6.00 ptg Dijangkakan Tiba di Sk Paya Bungor

7
KERTAS KERJA
Lawatan Akademik 2010 SKPB

LAMPIRAN C

Tambang lawatan akademik pelajar orang asli ke Melaka dan


Kuala Lumpur RM 4000.00

JUMLAH RM 4000.00

Anda mungkin juga menyukai