____________________________________________________
Sukan Lompat Jauh dan Lompat Kijang merupakan satu acara wajib dijalankan
di setiap sekolah. Acara ini merupakan acara tahunan di setiap sekolah malahan
merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ia
juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan
semasa hayat mereka di bangku persekolahan.
2.0 MATLAMAT
Melalui kejohanan Sukan Lompat Jauh dan Lompat Kijang yang dilaksanakan di
peringkat sekolah ini akan merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia
dan Sukan Malaysia (KBS) bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai
negara yang mempunyai rakyat sentiasa bersukan menjadi satu budaya hidup.
Program ini turut memberikan kesedaran kepada semua warga sekolah yang
terlibat bahawa gaya hidup sihat dengan bersukan dapat mengatasi masalah
obesiti dalam kalangan rakyat negara ini yang menjadi penyebab kepada penyakit
jantung, kencing manis dan darah tinggi.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara Sukan Lompat Jauh dan
Lompat Kijang sebagai acara tahunan dalam kejohanan olahraga peringkat
sekolah.
3.2 Menggalakkan pegawai, guru, masyarakat setempat dan khasnya murid aktif
dalam aktiviti sukan dengan tujuan melahirkan murid yang cergas dan cerdas.
3.3 Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada pegawai, guru,
masyarakat setempat dan khasnya murid bahawa sukan sebagai unsur bagi
menjana kesihatan secara berterusan dan menjadikan sukan sebagai budaya
dalam kehidupan seharian.
3.4 Menjalankan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk
interaksi yang sihat dalam kalangan pegawai, guru, murid berbagai kaum serta
masyarakat setempat ke arah melahirkan satu bangsa dan Negara yang kuat
melalui aktiviti sukan.
3.5 Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat bahagian.
4.0 PELAKSANAAN
HARGA JUMLAH
BIL BUTIRAN KUANTITI SEUNIT (RM) (RM)
1 Besi BRC (4x8 Kaki)
2 Simen
3 Pasir
4 Batu
5 Kayu Bakau
6 Besi R6 (6mm)
7 Papan Beam
8 Paku (3 inch)
9 Paku (2.5 inch)
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN
13.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif
yang disasarkan. Pelaksanaan kejohanan ini di peringkat sekolah SMK DPHA
Gapor, Stampin mampu melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis
dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek seperti yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akhir sekali, kejohanan ini penting untuk
membina asas sebuah negara yang menjadikan sukan sebagai budaya hidup kita.
Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Sukan
Disemak oleh :
.........................................................
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
( )
Disahkan oleh :
.........................................................
Pengetua SMK ................
( )