Anda di halaman 1dari 2

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En.

Muhammad Hissam bin Sani diiringi


Tuan Pengetua masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera

Yang Berusaha, Pn Chia Siew Lee, Guru Besar SK Convent 1


Yang dihormati, Pn. Norlin bt Abd Aziz , Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Rahimah bt Ramlan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Mazhaniza bt Md Zain, Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang diraikan, Pn Rosni bt Husin, Barisan guru dan murid-murid yang dikasihi
sekalian,
                                                                                      
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Pn Zamzarina

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Puan Guru Besar SK
Convent 1, Pn Chia Siew Lee. Majlis dengan segala hirmatnya mempersilakan.

Terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Pn Rosni bt Husin. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Pn Guru Besar untuk mengiringi Yang Diraikan  Pn Rosni untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan, Pn Guru Besar untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


sekolah
……………Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Norlin untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puspa untuk menyampaikan cenderamata dari pihak Badan


Kebajikan Guru
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan wakil kelas _______ untuk menyampaikan cenderamata


Seterusnya wakil kelas __________

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk


Yang Diraikan Pn Rosni bt Husin.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada Yang diraikan Pn Rosni kerana sudi bersama kita pada pagi ini dan kami
semua mendoakan agar Pn Rosni ceria di tempat baru.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Bagi mengakhiri majlis ini, dijemput guru-guru naik ke pentas untuk acara
bersalaman dengan Pn Rosni..

Seterusnya diikuti murid-murid dari tahun ______

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai