Anda di halaman 1dari 12

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A4

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA)


AKTA 514

OBJEKTIF

Memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai akta keselamatan akta keselamatan dan
kesihatan pekerjaan (OSHA) serta amalan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan daripada
berlaku kemalangan

PENERANGAN :

Pengenalan Istilah :-

1. Boleh di praktikkan
Sesuatu yang di praktikkan dengan mengambil kira :-

a. Tahap bahaya atau risiko yang terlibat.


b. Pengetahuan mengenai bahaya serta langkah menghapuskan atau mengurangkan
bahayanya.
c. Kewujudan dan kesesuaian cara menghapuskan atau mengurangkan bahaya.
d. Kos yang terlibat menghapus atau mengurangkan risiko.

2. Industri
Perkhidmatan awam , pihak berkuasa berkanun atau mana-mana aktiviti ekonomi dalam
jadual pertama ( rujuk lampiran ).

3. Loji
Apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat atau peralatan, komponen dan apa-apa yang
di pasang, di sambung dan diperlengkapkan padanya.

4.Majikan langsung
Berhubung pekerja yang di ambil khidmat oleh atau melaluinya

5.Majikan Utama
Pemilik suatu industri termasuk pengurus, penghuni, wakil undang-undang, mana-mana
kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun

6.Pekerja
Seseorang yang di ambil kerja dengan di beri gaji dibawah kontark perkhidmatannya

7.Penghuni
Seorang yang menguruskan atau mengawal tempat kerja

8.Tempat kerja
Premis tempat orang bekerja atau yang di gunakan untuk penyimpanan loji atau bahan

9.Premis
Temasuk mana-mana :-

a. Tanah, bagunan, atau bahagian mana-mana bagunan.


b. Kenderaan , pengadung, atau pesawat udara
c. Apa-apa pemasangan yang di lakukan di atas tanah di luar persisir, terapung di atas
air atau di dasarnya
d. Khemah atau struktur boleh alih

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10.Risiko Berbangkit
Aktiviti orang bekerja termasuk risiko berkaitan dengan :-

a. Cara pengusahaan di jalankan


b. Loji atau bahan yang di gunakan
c. Persekitaran premis yang di gunakan

11.Kerja
Adalah sebagai seorang pekerja atau sebagai orang yang bekerja sendiri :-

a. Seorang sedang bekerja sepanjang masa dia berada di tempat kerjanya


b. Orang yang bekerja sendiri sedang bekerja sepanjang masa dia menumpukan
masa sebagai orang yang bekerja sendiri.

Penerangan Peruntukan Bahagian.

Bahagian II Perlantikan Pegawai.


Peruntukan bahagian ini bagi pelantikan pegawai awam oleh menteri untuk
penguatkuasaan peruntukan akta serta perakuan pemberi kuasa.Di samping itu juga
memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
untuk melantik seseorang atau suatu badan pemeriksaan bebas jika perlu, dengan tujuan
menasihati atau menjalankan tujuan-tujuan dan maksud akta ini

Bahagian III Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan


Bahagian ini mengariskan penubuhan, keanggotaan, kuasa, dan fungsi serta pelantikan
kepada setiausaha kepada Majlis seperti berikut :-

a. Keangotaan.
- Tiga orang daripada organisasi wakil majikan.
- Tiga orang daripada organisasi wakil pekerja.
- Tiga atau lebih daripada Kementerian atau Jabatan yang ada kaitan.
- Tiga atau lebih daripada organisasi atau badan profesional ( sekurang-kurangnya
seorang adalah wanita ).

b. Dilantik oleh menteri :-


- Berkuasa melakukan emua perkara yang selari atau semunasabah dengan
perjalanan tujuan Akta .
- Menjalankan Menjalankan penyiasatan ke atas :-

i. Perundangan
ii. Pemajuan Pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan
iii. Pengalakkan kerjasamaPerundingan Pengurusan/ Buruh
iv. Penubuhan kaedah kawalan kimia
v. Penganalisa statistik kematian dan kecederaan
vi. Kemuhadahan penjagaan kesihatan
vii. Kemudahan pemulihan, tataamalan industri
viii. Masalah khusus

# Salah seorang ahli juga boleh dilantik oleh Menteri sebagai pengerusi jawatankuasa
rayuan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahagian IV Kewajipan Am Majikan Dan Orang Yang Bekerja Sendiri
Bahagian ini mengariskan peruntukan ke atas kewajipan Am Majikan Dan Orang
Yang Bekerja Sendiri dalam memastikan Setakat Yang Praktik keselamatan, kesihatan dan
kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Merujuk kepada Seksyen 15 Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994
( OSHA 1994 ) yang membawa maksud:-

a. Mengadakan dan menyengarakan loji dan sistem kerja yang selamat dengan risiko
yang minima . Menyengarakan di tafsirkan kepada konsep pengaturan kendiri
dengan mengambil kira :-

- Sistem bagi Pemeriksaan Berkala dengan melaporkan kecacatan kepada orang


yang bertanggungjawab.

- Pembaikkan secara baikpulih atau pengantian.


- Sistem kerja yang selamat bermaksud dengan mamastikan Premis dan Loji yang
selamat.

b. Membuat perkiraan bagi pengunaan, pengendalian, penyimpanan, dan


pengangkutan loji dan bahan

c. Pengaturan keselamatan bermaksud :-

- Mengadakan pakaian perlindungan.


- Pengendalian diatur dengan selamat.
- Kemudahan penstoran.
- Mengadakan dan meyengarakan persekitaran kerja dengan menyediakan
kemudahan kebajikan yang mencukupi.

Pekerja di sini juga ditafsirkan ( tambahan seksyen 3 ) sebagai kontraktor bebas yang
digunakan – khidmat oleh seorang majikan atau orang yang bekerja sendiri.

Di antara kewajipan lain bagi Majikan dan Orang Yang Bekerja Sendiri yang di peruntukkan
di bahagian ini adalah membentuk kenyataan bertulis tentang dasar dan keselamatan dan
Kesihatan ( seksyen 16 ) . Dasar Keselamatan Pekerjaan meliputi :-

a. Kenyataan berkenaan Hasrat.


b. Organisasi yang di perlukan dalam perlaksanaan dasar tersebut.
c. Pengaturan keselamatan dan kesihatan.

Perkara yang diambil kira dalam penyediaan Kenyataan berkenaan Hasrat seperti berikut :-

a. Keselamataan mestilah diberi keutamaan dalam aktiviti harian.


b. Keselamatan diintegrasikan.
c. Keselamatan pekerja dan orang luar adalah yang paling penting.
d. Syarikat akan melakukan apa saja dalam kuasanya untuk mengelakkan kemalangan.
e. Menjalankan pengusahaan tanpa menjejaskan orang lain ( seksyen 17 ( 1 ) )
f. Mengadakan maklumat kepada orang lain berkenaan pengusahaan (Seksyen 17(2))

Bahagian ini juga menggariskan peruntukan tentang Kewajipan seorang penghuni bukan
domestik dalam memastikan tempat kerja selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan orang
lain selain pekerjanya. Contohnya tempat kerja adalah premis di mana ianya digunakan
oleh orang awam seperti lapangan terbang, stesen keretapi dan sebagainya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahagian V Kewajipan Am Pereka Bentuk, Pengilang Dan Pembekal

Bahagian ini menggariskan peruntukan ke atas Kewajipan Am pereka bentuk , pengilang


dan pembekal untuk memastikan Setakat Yang Praktik ( seksyen 20 )

a. Loji / bahan direka bentuk dengan selamat dalam pengunaan terhadap risiko
kesihatan dengan cara yang betul
b. Ujian dan pemeriksaan dalam perlaksanaan yang wajib dikenakan.
c. Langkah-langkah yang perlu diambil seperti mengadakan maklumat pengunaan yang
selamat.
d. Kajian dalam menghapuskan dan mengurangkan hazard telah diaturkan.
e. Pemasangan dan pembinaan loji yang selamat

Bahagian VI Kewajipan Am Pekerja


Penglibatan pekerja secara am melibatkan :-

a. Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan
orang lain
b. Bekerjasama dengan majikan atau mana-mana orang lain dalam menunaikan
kewajiban
c. Memakai dan mengunakan segala alat keselamatan yang diperuntukkan
d. Mematuhi langkah-langkah operasi selamat dan arahan yang diberi.

Bahagian ini juga menerangkan peruntukan berkenaan dengan gangguan, caj dan
diskriminasi seperti berikut :-

a. Seseorang tidak boleh menggangu atau menyalah gunakan apa-apa yang diadakan
atau dilakukan untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan dengan
segaja
b. Majikan tidak boleh mengenakan caj ke atas pekerja ( seksyen 26 )
c. Majikan/Kesatuan Sekerja tidak boleh mendikriminasikan pekerja (Seksyen 27 )

Bahagian VII Organisasi Keselamatan Dan Kesihatan


Peruntukan ini berkaitan dengan pengawasan perubatan, pengambilan kerja seorang
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) oleh seseorang penghuni suatu tempat kerja :-

a. Pengawasan Perubatan
- Kes-kes penyakit
- Proses dan bahan yang digunakan
- Pekerja di bawah umur 16 tahun

b. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)


- Adalah di kehendaki mengambil pekerja seorang SHO dalam peruntukan untuk :-
i. Perwartaan industri terlibat kewajiban khusus untuk memastikan pematuhan
ii. Perwartaan kelayakan dan keperluan latihan
iii. Penalti bagi perlanggaran

c. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan


- Peruntukan ini mengkehendakkan penubuhan jawatankuasa jika :-
i. Terdapat 40 pekerja atau lebih
ii. Atas arahan Ketua Pengarah

- Ianya juga menggariskan peruntukan untuk :-

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
i. Keangotaan, pemilihan atau pelantikan sebagaimana yang di tetapkan
ii. Keperluan majikan berunding untuk mematuhi peraturan
iii. Penalti bagi perlangaran

- Fungsi jawatankuasa:-

i. Mengkaji langkah keselamatan dan kesihatan yang diambil


ii. Menyiasat perihal keselamatan dan kesihatan yang dianggap tidak selamat
iii. Lain-lain fungsi yang di tetapkan

Bahagian VIII Pemberitahuan Kemalangan


Peruntukan ini untuk melaporkan perihal kejadian, kemalangan yang berlaku,
keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan dan siasatan yang mana hendaklah
melaporkan kepada orang yang dipertanggungjawapkan oleh majikan dan terus dilaporkan
kepada pejabat Keselamatan dan Kesihatan yang terdekat. Pengamal perubatan
( khususnya doktor pekerjaan dan kesihatan ( SHD ) hendaklah melaporkan kepada Ketua
Pengarah jika berlaku sebarang kesan penyakit dari pekerjaan yang ditemui.

Bahagian IX Larangan Pengunaan Loji Atau Bahan


Peruntukan ini dalam menggariskan penggunaan bahan atau loji yang akan
mejejaskan Keselamaatan dan Kesihatan pekerja yang mengendalikan bahan atau loji
tersebut ( rujuk kepada perintah Larangan Penggunaan Bahan 1999 ).

Bahagian X Tataamalan Industri


Tataamalan ini sebagai garis panduan berkaitan dengan kerja dan perlakuan yang
bakal mengundang kemalangan sepertimana Tataamalan Kerja Ruang Terkurung yang di
luluskan di bawah Akta ini pada tahun 2002

Bahagian XI Penguatkuasaan Dan Penyiasatan


Peruntukan di bawah penguatkuasaan dan penyiasatan oleh SHO adalah seperti berikut
:-
- Kuasa untuk memasuki, memeriksa, menyiasat, mengambil contoh dan lain-lain.
- Kemasukan ke dalam premis dengan waran geledah dan kuasa untuk menyita.
- Kemasukan ke dalam premis tanpa waran geledah dan kuasa untuk menyita.
- Kuasa untuk menyiasat.
- Kesalahan untuk menyiasat.
- Notis larangan dan pembaikan ( merujuk kepada seksyen 48 ).

Pegawai yang dimaksudkan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang dilantik di


bawah subseksyen 5 ( 2 ) dan termasuklah Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah,
Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Bahagian XII Liabiliti Keatas Kesalahan


Peruntukan yang berkaitan liabiliti bagi kesalahan yang dilakukan. Ada di antaranya
penalti am, kesalahan yang dilakukan samaada oleh pertubuhan perbadanan, kesatuan
sekerja atau ejen, beban membuktikan had apa yang praktik, pendakwaan dan
pengkompaunkan kesalahan :-

- Penalti Am
a. Maksima RM 10,000.00 atau satu tahun penjara
b. Perlangaraan berterusan – maksima RM 1000 sehari

- Siapa yang boleh di dakwa ?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
a. Badan Korporat bersama Pengarah Syarikat, Pengurus, Setiausaha atau yang lain-
lain ( merujuk kepada seksyen 52 )
b. Kesatuan sekerja ( merujuk kepada seksyen 53 )
c. Seorang ejen ( merujuk kepada seksyen 54 )

- Pembelaan dalam prosiding


a. Merujuk kepada seksyen 55 pembelaan boleh dilakukan jika :-
i. Tiada pengetahuan tentang kesalahan
ii. Kesalahan di lakukan tanpa kebenaran atau pengawasan
iii. Usaha wajar telah dilakukan

Jenis Kesalahan dan Penalti

Bil Jenis Dan Seksyen Bagi Kesalahan Penalti

1 Kewajipan Am majikan dan orang Maksima RM50,000.00 atau Dua tahun


yang bekerja sendiri ( Seksyen 15 ) penjara atau Kedua-duanya sekali

2 Kewajipan Am pengilang yang Maksima RM 20,000.00 atau Dua tahun


berkaitan loji dan bahan(Seksyen 23 ) penjara atau Kedua-duanya sekali

3 Kewajipan Am Pekerja ( seksyen 24 ) Maksima RM 1000.00 atau Tiga bulan penjara


atau Kedua-duanya sekali

4 Kewajipan tidak menggangu dan Maksima RM 20,000.00 atau Dua tahun


menyalahgunakan apa-apa yang di penjara atau Kedua-duanya sekali
sediakan ( Seksyen 25 )
5 Diskriminasi terhadap pekerja dan Maksima RM 10,000.00 atau Satu tahun
lain-lain ( Seksyen 27(3) ) penjara atau kedua-duanya sekali

6 Organisasi Keselamatan dan Maksima RM 5000.00 atau Enam bulan


Kesihatan penjara atau kedua-duanya sekali
(Bahagian VII Seksyen 28,29 dan 30 )

8 Berkaitan dengan pemeriksaan Maksima RM 10,000.00 atau Satu tahun


( Seksyen 47 ) penjara atau kedua-duanya sekali.

Maksima RM 50,000.00 atau lima tahun


9 Gagal mematuhi notis penjara atau kedua-duanya sekali

Bahagian XIII Rayuan


Peruntukan ini berkaitan dengan perihal pentadbiran dalam pengendalian sebarang kes
rayuan seperti berikut :-

- Pelantikan Jawatankuasa Rayuan oleh Menteri


- Pengerusi adalah dari anggota Majlis
- Dua orang lain yang berpengalaman

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Kuasa Jawatankuasa Rayuan untuk mengesahkan, membatalkan atau mengubah
sesuatu perintah yang dibuat oleh ketua pengarah di bawah subseksyen 50(1) atau
sesuatu notis pembaikkan atau larangan yang dikeluarkan oleh ketua Pengarah di
bawah seksyen 48
- Keputusan Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh
dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah

Bahagian XIV Peraturan


Bahagian ini mengariskan peruntukan yang berkaitan dengan peraturan yang dibuat
oleh Menteri dalam mencapai tujuan-tujuan Akta . Skop yang merangkumi peraturan ini di
antaranya ialah :-

- Mengawalselia atau melarang


a. Pengilangan, pembekal atau pengunaan apa-apa loji/bahan
b. Perjalanan apa-apa proses atau perjalanan apa-apa pengendalian

- Menetapkan kehendak berkenaan dengan penelitian, pengujian, penganalisa,


pelabelan atau penandaan bahan
- Untuk memastikan diadakan kemudahan kebajikan yang memadai

Bahagian XV Pelbagai
Untuk memelihara segala maklumat serta rahsia pengeluar atau pereka bentuk atau
pihak tertentu peruntukan ini berkaitan sebarang perlanggaran seksyen ini akan :-

- Penalti Maksima RM 20,000.00 atau Dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Secara keseluruhannya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994 )
untuk mengatasi kelemahan beberapa bahagian Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA 1967 )
dari segi :-
- Skop pemakaian
- Peruntukan yang preskriptif
- Pendekatan

Selain itu kejadian kemalangan di tempat kerja selain sektor pengilangan sebagai
jalan alternatif pengubalan dasar serta Akta yang memerlukan perlindungan menyeluruh.

Lampiran 1

Jadual Pertama
a. Pengilangan
b. Perlombongan dan Penguarian
c. Pembinaan
d. Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
e. Kemudahan
f. Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
g. Pengangkutan, Pemnyimpanan dan Komunikasi
h. Hotel dan Restoran
i. Kewangan, Insuran, Harta tanah dan Perkhidmatan Perniagaan
j. Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AKTA KERJA 1955 DAN AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969

Di antara peruntukan utama yang digariskan adalah:


1. Kontrak Perkhidmatan;
2. Pembayaran Upah;
3. Potongan-potongan daripada Upah;
4. Sistem Pembayaran Upah dengan Barang;
5. Keutamaan Upah;
6. Kontraktor dan Prinsipal
7. Mengambil Pekerja Wanita;
8. Perlindungan Bersalin
9. Kakitangan Domestik;
10. Hari Rehat, Tempoh Masa Kerja, Hari Kelepasan dan Lain-lain Syarat Perkhidmatan;
11. Faedah-faedah Penamatan, Hentikerja Sementara dan Persaraan;
12. Pengambilan Kerja Pekerja Asing;
13. Data, Penyata dan Papan Notis;
14. Pemeriksaan;
15. Pengaduan dan Siasatan;
16. Prosedur;
17. Kesalahan dan Penalti;
18. Peraturan-Peraturan;
19. Pemansuhan dan Kecualian.

Akta ini bertujuan:


1. Mengadakan peruntukan perundangan berkaitan dengan pekerjaan;
2. Melindungi hak pekerja yang diambil kerja oleh majikan;
 Akta ini terpakai di Malaysia Barat sahaja.

Penerangan Akta.

ISTILAH HURAIAN MAKSUD

1. Majikan a. Orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk diambil


bekerja mana-mana orang lain termasuk agen atau penguurus

2. Pekerja - Seorang pekerja yang telah memasuki kontrak perkhidmatan


dengan majikan dan gaji tidak melebihi RM 1,500.00 sebulan
- Seorang pekerja yang telah memasuki kontrak perkhidmatan
dengan majikan, tanpa mengira had gaji dan terlibat dengan :-

a. Pekerjaan kasar
b. Mengendali atau menjaga kenderaan pengangkutan
penumpang / barangan untuk tujuan perdagangan
c. Menyelia pekerja-pekerja pekerjaan kasar
d. Menyelia dan mengawas pekerja manual yang diambil kerja di
bawah majikan yang sama
e. Apa juga bidang dalam sebuah kapal berdaftar di Malaysia
( kecuali pegawai yang ditauliahkan di bawah Akta Perkapalan
Dagangan United Kingdom atau Ordinan Perkapalan
Dagangan 1952 )

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3.Tempat Kerja
Mana-mana kerja di mana kerja dijalankan untuk majikan oleh
pekerja
4. Kontraktor
Orang yang membuat kontrak dengan prinsipal untuk menjalankan
kesemua atau mana-mana kerja yang diusahakan oleh prinsipal

5.Kontrak Mana-mana perjanjian lisan atau bertulis , nyata atau tersirat di


Perkhidmatan mana seorang bersetuju untuk mengambil bekerja seorang lain
(pekerja) dan pekerja itu setuju untuk memberi khidmat

Peruntukan Peruntukan yang berkaitan :-


Keselamatan
Kesihatan dan - Mengambil Pekerja Wanita
Kebajikan.
a. Larangan berkaitan dengan kerja malam
i. Di antara jam 10 malam hingga 5 pagi tertakhluk
kelulusan daripada Ketua Pengarah Buruh dengan
syarat.
ii. Dalam mana-mana pengusahan atau pertanian
iii. Memulakan kerja pada hari berikutnya tanpa tempoh 11
jam rehat dari kerja tersebut

b. Larangan kerja bawah tanah

c. Larangan pekerjaan oleh Menteri

- Perlindungan bersalin

a. Hak pekerja wanita

i. Melahirkan anak setelah 28 minggu hamil samaada


lahir hidup atau lahir mati
ii. Lima atau kurang , anak yang hidup
iii. Diambil dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin
iv. Cuti tidak kurang daripada 60 hari berturut-turut bagi
setiap kali bersalin
v. Elaun bersalin minima RM 8 sehari

- Cuti Sakit

a. Hak setiap pekerja cuti sakit berbayar selepas pemeriksaan


atau pembelanjaan majikan oleh pengamal perubatan
berdaftar yang dilantik seperti berikut :-

i. 14 Hari setahun jika bekerja kurang dari 2 tahun


ii. 18 Hari setahun jika bekerja lebih 2 tahun hingga 5
tahun
iii. 20 Hari setahun jika bekerja lebih 5 tahun
iv. 60 Hari jika hopitalisasi perlu

- Hari Rehat , Tempoh Masa Kerja.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
a. Kebenaran pekerja berehat selama 1 hari pada setiap
minggu
b. Jadual kerja hendaklah disediakan pihak majikan
c. 1 hari rehat selepas berterusan selama 30 jam

- Waktu Kerja

a. Seorang pekerja tidak boleh di kehendaki bekerja jika telah


bekerja :-

i. Lebih 5 jam tanpa diberi rehat sekurang-kurangnya 30


minit
ii. Lebih 8 jam sehari
iii. Lebih 48 jam seminggu

- Cuti tahunan

a. Berhak menerima cuti tahunan berbayar sebanyak :-

i. 8 hari setiap 12 bulan perkhidmatan berterusan jika


tempoh perkhidmatan kurang dari 2 tahun
ii. 12 hari setiap 12 bulan berkhidmat lebih dari 2 tahun
tetapi kurang dari 5 tahun
iii. 16 hari setiap 12 bulan berkhidmat lebih dari 5 tahun

Selain itu di bawah Akta Kerja 1957 juga terdapat Peraturan-


Peraturan :-

- Peraturan Pekerjaan ( Prosedur – Peruntukan – peruntukan


Bersalin) 1957
- Peraturan Pekerjaan ( Mengambil Bekerja Wanita )
( Pekerja-pekerja syif ) 1970
- Peraturan Pekerjaan (Kadar Minimum Bersalin ) 1976
- Peraturan Pekerjaan (Faedah Penamatan dan Hentikerja
Sementara ) 1980
- Peraturan Pekerjaan ( Had Kerja Lebih Masa ) 1980
- Pekerjaan Pekerjaan ( Pembatasan Kuasa Pegawai ) 1993

Akta PERKESO - bermaksud Pertubuhan Keselamatan Sosial . Akta ini


Keselamatan bertujuan untuk :-
Sosial Pekerja - Memberi perlindungan keselamatan sosial dalam sesuatu
1969 kontigensi tertentu
( pindaan ) - Membuat peruntukan bagi perkara tertentu yang lain
1992 berkaitan dengannya.

Pemakaian akta ini digunapakai ke atas :-

- Industri yang mempunyai lebih satu orang pekerja


- Semua pekerja di mana akta ini terpakai mesti diinsurankan

Manakala pengecualian kepada industri kerajaan dan penjaja


bergerak. Walaubagaimanapun pemakaian ini juga tidak
melibatkan pekerja yang berikut :-

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- Gaji permulaan melebihi RM 2000.00 ( di beri pilihan )
- Isteri atau majikan utama / semasa
- Pekerja sementara
- Tahanan
- Pegawai polis / tentera
- Pembantu rumah

Manakala terdapat dua jenis perlindungan yang boleh didapati dari


PERKESO :-
- Skim Insuran Bencana Pekerjaan
- Skim Pencen Ilat

Peruntukan Akta terkandung dalam perkara berikut :-


- Jaminan
- Faedah
- Pentadbiran, Kewangan dan Audit
- Pengadilan bagi pertikaian dan tuntutan
- Penalti
- Pelbagai

- Pembayaran Faedah atau Pencen


Peruntukan a. Kemalangan semasa perjalanan
Berkaitan i. Dalam perjalanan mengikut laluan di antara tempat
Keselamatan, kerja dengan kediamannya
Kesihatan dan ii. Dalam perjalanan yang dibuat bagi apa-apa sebab
Kebajikan secara langsung berkaitan dengan pengajiannya
iii. Dalam perjalanan di antara tempat kerjanya dengan
tempat dia pergi makan dalam masa rehat yang di
benarkan

b. Kemalangan yang berlaku semasa melakukan kerja


c. Sebarang penyakit pekerjaan yang di senaraikan (rujuk
jadual kelima ) menurut seksyen 28

- Pencen Ilat
a. Keilatan atau kematian
b. Di bawah umur 55 tahun
c. Kelayakan caruman

- Organisasi PERKESO menitik beratkan dari segi :-


a. Membantu mengalakkan atau bekerjasama dengan
institusi yang ada bagi memperbaiki tahap kesihatan,
keselamatan dan kebajikan pencarum
b. Membantu pencarum keilatan dalam pemulihan dan
pekerjaan semula
c. Termasuk pemberian peralatan palsu dan peluang
pekerjaan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan :-

1. AKTA KERJA 1955 & AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969


2. FALSAFAH DAN PRINSIP AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
( OSHA 1994)
3. FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967

Rujukan :-

1. AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 ( OSHA 1994 )


2.FALSAFAH DAN PRINSIP AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
( OSHA 1994)
3. FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967
4. TATAAMALAN KERJA DI RUANG TERKURUNG

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------