Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI SAIN SOSIAL GUNAAN

SEPTEMBER /2016

ABPS1103

PSIKOLOGI SOSIAL

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL : achik_salee@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU


ABPS1103

Isi Kandungan Muka Surat

Senarai Rajah.........................................................................................................................................ii
1.0 Pengenalan.................................................................................................................................1
2.0 Jelaskan makna bagi kognisi sosial............................................................................................2
3.0 Proses-proses yang terlibat dalam pengaruh sosial....................................................................5
4.0 Beberapa aspek yang berkaitan dengan pengaruh sosial..........................................................10
4.1 Tarikan Interpersonal...........................................................................................................10
4.2 Hubungan dengan orang lain dan persekitaran....................................................................11
4.3 Dinamik kumpulan Dan Kuasa............................................................................................11
5.0 Kesimpulan..............................................................................................................................14
Bibliografi...........................................................................................................................................15

i
ABPS1103

Senarai Rajah

Rajah 2: Asch Line Judgment Task...........................................................................................6


Rajah 3: The Milgram Experiment............................................................................................7
Rajah 4: Kajian tarikan interpersonal antara individu dan kumpulan dan antara kumpulan
dengan kumpulan yang lain.....................................................................................................10
Rajah 5: Jenis-jenis Kuasa.......................................................................................................13

ii
ABPS1103

1.0 Pengenalan

Psikologi sosial berasal dari perkataan  psikologi dan sosial. Psikologi adalah sebuah


bidang ilmu pengetahuan yang mempelajari mengenai perilaku dan fungsi mental manusia
secara ilmiah. Manakala pengertian sosial adalah segala perilaku manusia yang
menggambarkan hubungan bermasyarakat. Hubert Bonner dalam bukunya “Social
Psychology” menyatakan "Psikologi sosial adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari
tentang tingkah laku manusia". Manakala Gordon W. Allport (1968) menyatakan bahawa:
“Psikologi sosial adalah ilmu pengetahuan yang berusaha memahami dan menerangkan
bagaimana fikiran, perasaan, dan tingkah laku individu dipengaruhi oleh kenyataan,
imaginasi, atau kehadiran orang lain.” Justeru itu, secara amnya pengertian psikologi sosial
adalah sebuah kajian atau ilmu pengetahuan tentang tingkah laku individu dalam situasi
kumpulan dan perhubungan individu antara kumpulan yang mementingkan aspek nilai, sikap
dan prasangka individu. [ CITATION All85 \l 17417 ]
Psikologi Sosial yang telah berkembang sejak seratus tahun yang lalu adalah
merupakan ilmu yang mempelajari tentang tingkah laku manusia dalam ruang lingkup
sosialnya. Psikologi sosial mempunyai skop yang luas antaranya ialah kognisi sosial, persepsi
sosial, sikap, diri, stereotaip, prejudis dan diskriminasi, tarikan interpersonal, hubungan rapat,
pengaruh sosial, tingkah laku pro-sosial, pencerobohan, kumpulan dan individu, aplikasi
sosial psikologi, dan banyak lagi topik psikologi sosial lain-nya.
Dalam kehidupan sehari-hari hubungan antara individu dengan individu lainnya tidak
selalu berjalan lancar, terkadang berlaku pertengkaran atau perselisihan antara ahli keluarga,
adik-beradik, kawan mahupun masyarakat. Situasi ini mendorong para ahli psikologi untuk
mengembangkan disiplin ilmu psikologi sosial. Melalui tugasan yang diberikan ini, saya akan
membincangkan tentang sub topik psikologi sosial iaitu kognisi sosial, proses-proses yang
terlibat dalam pengaruh sosial dan aspek yang berkaitan dengan pengaruh sosial.

1
ABPS1103

2.0 Jelaskan makna bagi kognisi sosial

Kognisi sosial adalah satu pendekatan konseptual dan empirikal untuk memahami
topik psikologi sosial dengan mengkaji asas kognitif terhadap fenomena sosial. Fokus kajian
adalah menganalisis bagaimana maklumat diproses, disimpan dalam ingatan, dan seterusnya
digunakan semula dalam menilai dan berinteraksi dengan dunia sosial. Antara lain ia juga
adalah satu pendekatan untuk mengkaji mana-mana kawasan topik dalam bidang psikologi
sosial yang luas seperti persepsi, sikap dan perubahan sikap, stereotaip dan prejudis,
membuat keputusan, konsep diri, komunikasi sosial dan pengaruh dan diskriminasi antara
kumpulan. Secara amnya apa yang dapat saya faham kognisi sosial adalah sub-topik
psikologi sosial yang memberi tumpuan kepada bagaimana proses individu menyimpan, dan
menggunakan maklumat mengenai orang lain. Ia memberi tumpuan kepada peranan proses
kognitif yang berlaku dalam interaksi sosial kita. Cara kita berfikir tentang orang lain
memainkan peranan utama dalam cara kita berfikir, merasa, dan berinteraksi dengan dunia di
sekeliling kita.

Sebagai contoh, saya bersiap sedia untuk menghadiri janji temu (blind date)
Kebimbangan berlaku dalam diri tentang gaya penampilan saya, pandangan atau persepsi
orang yang akan saya temui untuk kali pertamanya terhadap saya, gambaran diri orang yang
akan saya temui terus bermain di dalam fikiran saya dan saya pasti sebaliknya juga berlaku.

Situasi ini hanya merupakan satu contoh bagaimana kognisi sosial berlaku dalam
interaksi harian saya, mungkin ada bermacam-macam lagi interaksi yang berlaku dalam masa
yang lain kerana kita menghabiskan sebahagian besar dari masa kita setiap hari untuk
berinteraksi dengan orang lain. Itulah sebabnya seluruh cabang psikologi ditubuhkan untuk
membantu memahami bagaimana kita merasa, berfikir dan bertindak dalam situasi sosial.
Psikologi perkembangan juga mengkaji bagaimana kognisi sosial berkembang sepanjang
zaman kanak-kanak dan remaja. Ketika kanak-kanak membesar mereka menjadi lebih peka
dan sedar bukan sahaja tentang fizikal, emosi dan pemikiran mereka tetapi juga orang lain
yang berada di persekitaran mereka seperti ibu bapa dan adik-beradik. Kesedaran kanak-
kanaka akan bertambah dan menjadi lebih mahir memahami bagaimana emosi orang lain,
tahu bagaimana untuk bertindak balas dalam situasi sosial, melibatkan tingkah laku dalam
pro-sosial dan mengambil perspektif orang lain dalam sesuatu tindakan.

2
ABPS1103

Menurut Baron dan Byrne (2000) kognisi sosial merupakan cara individu untuk
menganalisis, mengingat, dan menggunakan informasi mengenai kejadian atau peristiwa-
peristiwa sosial. Bagaimana cara kita berfikir tentang dunia sosial, bagaimana cara kita untuk
cuba memahaminya dan bagaimana cara kita memahami diri kita dan tempat kita di dalam
dunia itu ( Bargh, 1999; Higgins & Kruglanski, 1996 ). Oleh itu, kognisi sosial adalah
tatacara kita menginterpretasikan, menganalisis, mengingat, dan menggunakan informasi
tentang dunia sosial yang berlaku secara automatik.
Skema dalam kognisi sosial adalah merupakan kerangka atau gambaran yang
membantu individu untuk mengorganisasikan segala bentuk informasi dalam fenomena yang
diperhatikan oleh individu. Terdapat 3 jenis skema iaitu:-
1. Individu: Gambaran mengenai ciri-ciri individu lain atau individu itu sendiri
2. Peranan: Gambaran mengenai tugas dan peranan individu di sekeliling kita
3. Peristiwa: Gambaran mengenai peristiwa sosial yang dialami atau di lihat oleh
individu itu sendiri
Cara kita melihat dan menggunakan maklumat sosial adalah merupakan satu elemen
penting dalam pemahaman kita tentang interaksi antara kumpulan dan proses interpersonal,
identiti sosial dan prejudis, sikap dan pematuhan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini,
definisi kognisi sosial telah lebih meluas digunakan, bukan sahaja dalam bidang psikologi
sosial dan neurosains sosial tetapi juga dalam bidang psikologi kognitif dan neurosains
kognitif, psikologi perkembangan dan primatologi. [ CITATION Kas08 \p 53-55 \l 17417 ]
Kognisi sosial mempunyai akar dalam psikologi sosial yang cuba "untuk memahami
dan menerangkan bagaimana fikiran, perasaan, dan tingkah laku individu dipengaruhi oleh
kejadian sebenar, imaginasi atau tersirat di hadapan orang lain" [ CITATION All85 \p 3 \l 17417 ]
Ia mengkaji individu dalam konteks sosial atau budaya dan memberi tumpuan kepada
bagaimana orang melihat dan mentafsir maklumat yang dijana dari diri mereka sendiri
(intrapersonal) dan daripada orang lain (interpersonal) [ CITATION GLi85 \l 17417 ]

Beberapa perkara yang menarik tentang minda kita dari contoh berikut:-

1. Kita mempunyai rangka kerja yang dibangunkan daripada pengalaman yang lalu
(sering dipanggil sebagai 'skema') mengenai jual beli dan kita mencadangkan harga
yang lebih rendah untuk membeli dan harga yang lebih tinggi untuk menjual daripada
jangkaan kita.
2. Proses mental kita berlaku lebih cepat dan automatik.

3
ABPS1103

3. Pada masa yang sama mental rangka kerja ini adalah terdedah kepada kesilapan
sistematik dan berat sebelah dalam membuat keputusan.

Penyelidikan "attribution" juga antara topik pertama dipelajari di bawah kognisi


sosial. Kerja oleh Solomon Asch (1946) menunjukkan bahawa tanggapan terbentuk mengenai
orang lain secara spontan. Kajian awal lain menunjukkan bagaimana simbol dibuat (Kelley,
1967) yang kemudian diikuti dengan kerja-kerja yang mengenal pasti kuasa-kuasa yang
mempengaruhi proses "attribution". Neurosains sosial telah mengikuti jejak langkah kognisi
sosial iaitu mengkaji proses "attribution" asas.

4
ABPS1103

3.0 Proses-proses yang terlibat dalam pengaruh sosial

Mengapa orang berubah kerana pengaruh sosial? psikologi sosial menyediakan dua
sebab utama bagi kesan pengaruh sosial: normatif pengaruh dan pengaruh maklumat
(Deutsch & Gerard, 1955). normatif pengaruh adalah perubahan berdasarkan keinginan untuk
memenuhi harapan orang lain dan diterima oleh orang lain. pengaruh maklumat adalah
perubahan berdasarkan menerima maklumat tentang keadaan daripada orang lain. Psikologi
sosial telah menjalankan beberapa kajian klasik kuasa untuk menunjukkan ciri-ciri asas
pengaruh sosial dan menunjukkan beberapa faktor yang mempengaruhi proses pengaruh.
Kajian-kajian ini menunjukkan bagaimana satu pasukan mempengaruhi tingkah laku ahli dan
dengan kuasa pemimpin pasukan mempunyai lebih ahli.

Pengaruh sosial merujuk kepada cara orang mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah
laku orang lain. Seperti kajian sikap, ia adalah, topik teras tradisional dalam bidang psikologi
sosial. Malah, penyelidikan mengenai pengaruh sosial bertindih jauh dengan penyelidikan
mengenai sikap dan pujukan. pengaruh sosial juga berkait rapat dengan kajian kumpulan
dinamik, kerana kebanyakan prinsip pengaruh paling kuat apabila mereka mengambil tempat
dalam kumpulan sosial.

Pengaruh sosial adalah perubahan tingkah laku individu disebabkan oleh orang lain,
secara sengaja atau tidak sengaja, perubahan adalah akibat daripada pengaruh dalam diri
individu dalam hubungan dengan orang atau kumpulan lain atau masyarakat. Tiga bidang
pengaruh sosial ialah kesesuaian, pematuhan dan ketaatan. [ CITATION Rob04 \l 17417 ]

Kesesuaian adalah proses mengubah cara kita bertingkah laku seperti orang lain untuk kita
diterima dalam kumpulan tersebut atau mencapai persetujuan dalam persahabatan dari atau
dengan orang lain. Perubahan akan berlaku dalam diri individu terutama terhadap keyakinan
dan nilai diri sesuai dengan kumpulan yang kita campuri.
Pematuhan adalah di mana tindakan atau perubahan tingkah laku individu yang di pinta
untuk berubah demi orang lain. Individu boleh membuat pilihan sama ada untuk mematui
atau tidak namun individu akan menerima hukuman atau "reward sosial". Pematuhan adalah
bentuk yang paling biasa dan meluas dalam pengaruh sosial. Ia secara umumnya ditakrifkan
sebagai kecenderungan untuk bertindak atau berfikir seperti ahli-ahli kumpulan. saiz
kumpulan, kesepakatan, perpaduan, status, dan komitmen sebelum semua bantuan untuk

5
ABPS1103

menentukan tahap pematuhan dalam individu. Pematuhan biasanya dilihat sebagai


kecenderungan negatif dalam budaya Amerika, tetapi pematuhan bukan sahaja perlu dan
biasa, tetapi mungkin penting bagi masyarakat untuk berfungsi.
Ketaatan adalah berbeza daripada pematuhan. contohnya mentaati perintah dari seseorang
yang kita terima contohnya pihak berkuasa, ketua dalam organisasi dan keluarga. Dalam
pematuhan, kita mempunyai beberapa pilihan namun dalam ketaatan kita percaya yang kita
tidak punya pilihan. Contohnya sebagai seorang tentera kita perlu taat hanya kepada orang
yang mempunyai hierarki jawatan yang lebih tinggi dalam pemerintahan tentera tersebut.
Kajian yang telah dijalankan oleh Solomon Asch contohnya menunjukkan
bagaimana individu boleh dipengaruhi oleh pendapat orang lain dengan bersetuju tentang
imej garisan yang lebih pendek walau pada asasnya semua garisan mempunyai panjang
yang sama.

Rajah 1: Asch Line Judgment Task


Sumber: G. Lindzey & E. Aronson (Eds.), The handbook of social psychology.

Salah satu yang paling terkenal eksperimen dalam bidang psikologi sosial adalah
percubaan Milgram, yang mengkaji sejauh mana orang akan mentaati seorang tokoh pihak
berkuasa. Berikutan peristiwa Holocaust pada Perang Dunia II, eksperimen menunjukkan
bahawa rakyat Amerika biasa mampu mentaati perintah daripada pihak berkuasa walau

6
ABPS1103

mereka percaya mereka telah menyebabkan orang yang tidak bersalah menderita. Kajian
yang dijalankan oleh Stanley Milgram dalam penelitian klasik terhadap peristiwa ketika
Perang Dunia II, kejahatan perang dan mereka yang sangat taat dan patuh untuk berbuat
kekejaman pada masa Nazi (Milgram,1974). Penelitian Milgram mengenai ketaatan disebut
sebagai sebuah sains sekaligus pertunjukkan drama yang luar biasa. Penelitian dilakukan
dengan sangat jenius dan penuh perhitungan, manipulasi eksperimen yang rapi serta
berseni ditunjukkan dengan sangat baik oleh Milgram yang hingga saat ini masih banyak
dikutip dan dijadikan sebagai rujukan oleh para pemerhati dan pengkaji baik di bidang
psikologi sosial, sosiologi, mahupun ilmu sosial secara umum.

Rajah 2: The Milgram Experiment


Sumber: G. Lindzey & E. Aronson (Eds.), The handbook of social psychology.

7
ABPS1103

Perubahan tingkah laku individu hanya boleh dilihat setelah berlakunya proses dalam
pengaruh sosial. Proses interaksi atau komunikasi, individu akan bertindak balas terhadap
perubahan tingkah laku dan terpengaruh dengan individu atau kumpulan lain apabila
kesesuaian, pematuhan dan ketaatan berlaku menerusi proses interaksi dan komunikasi.
Dalam usaha menyesuaikan diri proses interaksi atau komunikasi berlaku sebelum individu
membuat keputusan dan terkesan dengan pengaruh. Pendapat ini di sokong dengan kajian
yang dijalankan oleh Lazarsfeld Paul. Banyak penyelidikan mereka adalah tentang
bagaimana manusia membuat keputusan dan apa yang memberi kesan kepada keputusan ini.
Pengaruh sosial merupakan sebatang pokok di mana terdapat banyak dahan atau ranting, ia
adalah satu konsep yang merangkumi pelbagai teori seperti komunikasi sosial.
Seorang pengguna atau pembeli boleh membeli produk untuk mencuci pakaian yang sama
untuk beberapa tahun, bagaimana untuk kita mengubah pengguna ini untuk membeli produk
yang lain? Pelbagai cara boleh dilakukan seperti mencipta strategi pemasaran yang baru
contohnya memberi produk contoh atau pelbagai cara pasaran yang lain. Namun apa yang
penting di sini adalah proses interaksi yang berlaku dalam usaha mempengaruhi pengguna.
Dalam kajian yang di jalankan oleh Lazarsfeld Paul, beliau mendapati kuasa komunikasi
tidak rasmi sebagai pelengkap kepada pengaruh. Mereka mendapati bahawa komunikasi
tidak rasmi adalah meluas dan bahawa orang tertentu adalah lebih penting dan berpengaruh
daripada yang lain dalam kumpulan. Katz dan Lazarsfeld berkata individu berinteraksi
dengan individu lain untuk menghantar maklumat dan dengan itu, mempengaruhi antara satu
sama lain dan pengaruh ini adalah jauh lebih kuat. Keupayaan dan akses kepada komunikasi
adalah merupakan kejayaan dalam proses mendapatkan pengaruh sosial. [ CITATION
Laz55 \p 28-39 \l 17417 ]
Tahap Emosi/ Mood dan kepercayaan terhadap reputasi, contohnya anda
memandu ke tempat kerja dalam cuaca yang cerah, tiada kesesakan jalan raya, radio juga
memainkan lagu yang menarik, Anda tiba dalam keadaan emosi yang sangat baik. Pekerjaan
pertama anda untuk hari tersebut adalah untuk mempengerusikan sebuah jawatankuasa
pemilihan. Adakah emosi anda berada dalam pengaruh cara anda berinteraksi dengan rakan-
rakan anda, cara yang anda pilih dan mentafsir maklumat kompleks mengenai calon-calon,
dan akhirnya, keputusan yang anda buat? Perasaan positif atau negatif sering kelihatan
untuk mempengaruhi sikap dan nilai-nilai kita, pertimbangan membentuk kita dalam
hubungan antara rakan-rakan dan tugas-tugas, cara kita bercakap dan bertindak balas kepada
mesej, cara kita merancang dan melaksanakan rundingan, dan juga cara kita berhubung

8
ABPS1103

dengan orang lain yang terkenal. Mood/ Emosi seterusnya akan ditakrifkan sebagai "rendah
intensiti, meresap dan tahap afektif yang agak lama bertahan tanpa sebab yang penting dan
kandungan kognitif yang rendah (contohnya, perasaan yang baik atau perasaan buruk).

Banyak penyelidikan pematuhan pada rangsangan dan tahap afektif telah memberi tumpuan
kepada kesan emosi diskret pada kognisi sasaran dan juga seperti pada hasil akhirnya
percubaan pengaruh. Selepas menerima permintaan, sasaran menggunakan perasaan mereka
sebagai isyarat untuk berkesan balas. Sebagai contoh, Whatley et al. (1999) membezakan
antara emosi dan matlamat yang berkaitan dengan orang ramai dan pematuhan interpersonal
sebagai tindak balas kepada nikmat. Mereka dikemukakan bahawa individu mengelakkan
atau mengurangkan perasaan malu dan takut melalui pematuhan intrapersonal, dan rasa
bersalah dan kasihan melalui pematuhan interpersonal. [ CITATION Jos01 \l 17417 ]

9
ABPS1103

4.0 Beberapa aspek yang berkaitan dengan pengaruh sosial.

4.1 Tarikan Interpersonal

Antara aspek penting dalam pengaruh sosial ialah tarikan interpersonal. Ia


merujuk kepada kuasa-kuasa tarikan yang menyebabkan orang suka antara satu sama
lain , mewujudkan hubungan, dan dalam kes yang lain jatuh cinta. Beberapa ciri am
tarikan telah ditemui oleh ahli psikologi sosial. Sebagai contoh, kedekatan fizikal
memudahkan untuk meningkatkan tarikan berbanding kedudukan fizikal yang jauh.
Ini kerana kedudukan jarak yang jauh membuat hubungan sukar untuk dibentuk dan
dikekalkan. Kebiasaan, atau "pendedahan semata-mata," juga meningkatkan tarikan,
mempengaruhi orang walaupun kebiasaan dalam keadaan perasaan tidak sedar. Salah
satu faktor yang paling penting dalam tarikan interpersonal persamaan: lebih sama
dua orang berada dalam sikap, latar belakang, dan sifat-sifat yang lain, lebih banyak
kemungkinan mereka akan suka antara satu sama lain [ CITATION Byr61 \p 62,713-715 \l
17417 ]. Bertentangan dengan pendapat popular, bertentangan biasanya tidak menarik.
Menurut teori pertukaran sosial, hubungan adalah berdasarkan kepada pilihan
yang rasional dan analisis kos-faedah. Jika kos satu rakan kongsi mula melebihi
manfaat mereka, orang itu boleh meninggalkan hubungan, terutamanya jika terdapat
alternatif yang baik boleh didapati.

Rajah 3: Kajian tarikan interpersonal antara individu dan kumpulan dan antara kumpulan
dengan kumpulan yang lain
Sumber: Byrne, D. (1961). Interpersonal attraction and attitude similarity. Journal of
Abnormal and Social Psychology

10
ABPS1103

4.2 Hubungan dengan orang lain dan persekitaran

Persoalan mengapa orang kadang-kadang bertindak dengan cara yang pro-


sosial (membantu, suka, atau kasih sayang orang lain), tetapi pada masa yang lain
bertindak dengan cara yang anti-sosial (permusuhan, agresif, atau prejudis terhadap
orang lain). Manusia asasnya tidak boleh hidup sendiri dan merupakan makhluk
sosial. Manusia saling berhubung walau dibezakan dengan jarak fizikal contohnya
antara Johor dan Perak, walaupun kedudukan geografi yang jauh, disebabkan
kesesuaian dalam hubungan, mereka akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Pelbagai alternatif kini telah ada khususnya dengan kemajuan teknologi seperti
internet. Melalui hubungan secara maya contohnya, panggilan video, "whatsup",
"line", "we chat" dan Instagram pengaruh sosial akan dapat dilebarkan.

Selanjutnya, dorongan untuk berinteraksi sosial itu juga tidak hanya


dipengaruhi oleh proses kejiwaan saja, melainkan dipengaruhi juga oleh faktor
persekitaran. Faktor persekitaran, termasuk manusia di sekitarnya (lingkungan sosial),
nilai, norma, peraturan yang berlaku (lingkungan budaya), dan kondisi cuaca,
pepohonan, sumber daya air, ketinggian dari permukaan laut (lingkungan alam).
Persekitaran itu sangat berpengaruh terhadap kebanggaan, harga diri, sikap mental,
dorongan berprestasi, cara kerja, semangat hidup, kesedaran seseorang ataupun
kelompok dalam kehidupan sehari-hari. Betapa bermaknanya keluarga dalam
lingkungan sosial terhadap dorongan berprestasi seorang anggotanya.  Demikian pula
peranan lingkungan sosial lainnya, seperti teman sepermainan, rakan sejawat dalam
pekerjaan atas dorongan kepada seseorang untuk tetap hidup bersemangat dan
berprestasi.

4.3 Dinamik kumpulan Dan Kuasa

Kumpulan boleh ditakrifkan sebagai dua atau lebih individu yang berkaitan
antara satu sama lain dengan hubungan sosial. Kumpulan cenderung untuk
berinteraksi, mempengaruhi antara satu sama lain, dan berkongsi satu identiti yang
sama. Mereka mempunyai beberapa kualiti yang muncul yang membezakan mereka
daripada agregat:

 Norma - peraturan tersirat dan jangkaan ahli-ahli kumpulan untuk diikuti,


contoh mengucapkan terima kasih, berjabat tangan.

11
ABPS1103

 Peranan - peraturan tersirat dan harapan untuk ahli-ahli tertentu dalam


kumpulan, contohnya adik-beradik yang paling tua, yang mungkin mempunyai
tanggungjawab tambahan dalam keluarga.
 Perhubungan - corak suka dalam kumpulan, dan juga perbezaan dalam
martabat atau status, pemimpin, orang popular.

Setiap ahli kumpulan menggunakan pelbagai jenis kuasa untuk menarik


pengaruh di kalangan mereka. Terdapat dua jenis kuasa yang individu boleh
mempunyai dalam kumpulan atau organisasi: kuasa peribadi atau kuasa lembut, dan
Kuasa kedudukan atau keras. Kuasa peribadi atau kuasa lembut berasal daripada ciri-
ciri atau personaliti individu dan termasuk pakar, rujukannya, dan kuasa maklumat.
Kuasa kedudukan atau keras adalah berdasarkan kedudukan formal seseorang
individu dalam sesebuah organisasi. Ia termasuk sah, ganjaran, dan kuasa paksaan.
[ CITATION Fre59 \l 17417 ]

Kerja berpasukan perlu bergantung kepada kuasa peribadi ahli pasukan. Kumpulan
membuat keputusan adalah lebih baik apabila orang-orang yang paling pakar atau
mempunyai berkaitan maklumat untuk menambah menguasai perbincangan, dan
bukannya apabila orang-orang yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan
yang menguasai. Kerjasama adalah lebih cenderung digalakkan dengan menggunakan
sumber kuasa peribadi daripada dengan menggunakan ancaman. Ahli pasukan boleh
menggunakan pelbagai taktik pengaruh sosial untuk mempengaruhi satu sama lain.
Penerangan tentang taktik ini dibentangkan dalam Rajah 4. Penggunaan kuasa
bergantung kepada sasaran bagi pengaruh (contohnya, bawahan, rakan sebaya,
unggul) dan objektif pengaruh (contohnya, menyerahkan tugas, dapatkan sokongan,
mendapatkan manfaat peribadi

12
ABPS1103

Rajah 4: Jenis-jenis Kuasa


Sumber: French, J., & Raven, B. (1959). The bases of power. In D. Cartwright (Ed.), Studies
in social power (pp. 150–167). Ann Arbor: University of Michigan Press.

13
ABPS1103

5.0 Kesimpulan

Tugasan berkaitan kognisi sosial ini membantu saya memahami lebih jauh proses
kognitif bagaimana saya berinteraksi dengan orang lain contohnya keluarga, kawan, jiran
tetangga mahupun masyarakat. Sejauh mana saya mampu untuk mempengaruhi orang lain
dalam usaha untuk menarik kepercayaan dan berada selesa dalam ruang lingkup sosial dan
sebaliknya bagaimana orang lain dapat mempengaruhi kognitif dan tingkah laku untuk saya
melakukan perubahan.

Penting bagi individu dan manusia untuk memahami cara orang lain berfikir dan
bertindak dan bagaimana sesuatu keputusan itu boleh di capai. Ini bagi mengelak berlakunya
konflik sesama individu atau individu dengan kumpulan. individu atau Pengurus organisasi
memainkan peranan penting dalam proses membentuk pengaruh sosial. Bagaimana kita
meyakinkan pekerja untuk mematuhi dan mentaati segala peraturan yang organisasi telah
tetapkan. Emosi kita akan membentuk tingkah laku kita dalam urusan seharian. Reputasi
individu bergantung sepenuhnya kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Pekerja akan mudah
terpengaruh dengan reputasi majikan sekiranya majikan menunjukkan tingkah laku yang
baik, boleh berunding, memahami dan tegas dalam membuat keputusan.

(Jumlah Perkataan: 2882 perkataan)

14
ABPS1103

APPENDIKS
Bibliografi

Allport, G. W. (1985). The historical background of social psychology. In G. L. (Eds.), The


handbook of social psychology (p. 3). New York: McGraw Hil.
Byrne, D. (1961). Interpersonal attraction and attitude similarity. Journal of Abnormal and
Social Psychology, 62, 713-715.
Cialdini, R. B. (February, 2004). Social Influence: Compliance and Confirmity.
doi:10.1146/annurev.psych.55.090902.142015
Forgas, J. P. (September, 2001). Affective Influences on Judgement & Behavior in
Organization. doi:DOI: 10.1006/obhd.2001.2971
French, J. &. (1959). The bases of power. In D. Cartwright (Ed.), Studies in social power,
150-157.
G. Lindzey & E. Aronson. (1985). The handbook of social psychology. New York: Mc Graw
Hill.
Kassin, S., & Steven Fein, H. R. (2008). Social Psychology (7 ed.). Boston, NY: Houghton
Mifflin Company.
Lazarsfeld, P. F. (1955). The part played by people in the flow of mass communication. In
Personal influence (pp. 23-39). Glencoe, IL: Free Press.

15