Anda di halaman 1dari 9

Dato' Hj Zainuddin Bin Abd Rahman

Presiden
Persatuan Pengimpot & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA)
Wisma Yayasan PEKEMA
Block 2, 02-02-02,Corporate Park, Star Central, Lingkaran Cyber Point Timur,
Cyber 12, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan 23 Oktober 2021

Ybhg Dato’

MEMOHON DANA GERAN DAN KERJASAMA INDUSTRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Saya, Dr. Muhammad Khair bin Noordin merupakan pensyarah kanan daripada
Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia
ingin memohon dana geran penyelidikan daripada pihak Dato’.

3. Buat pengetahuan Dato’, UTM merupakan satu institusi pengajian di Malaysia yang
dapat memberikan kelebihan kepada pihak industri yang menyumbang dana penyelidikan
kepada pensyarah di UTM. Antara kelebihannya adalah pihak industri akan memperoleh
penolakan cukai dua kali ganda (double tax deduction). Selain itu, nama industri yang
menyumbang juga akan diletakkan sebagai pada mana-mana ruang di dalam UTM
(bergantung kepada jumlah dana).

4. Bersama-sama surat ini, saya lampirkan juga kertas kerja cadangan penyelidikan yang
akan dibuat. Penyelidikan saya akan tertumpu kepada proses pendigitalan kerja amali di
dalam bidang TVET yang berfokuskan kepada bidang elektrik dan elektronik dengan
menggabungkan elemen Extended Reality (XR). Melalui penggunaan XR ini, pelajar boleh
melakukan amali secara maya iaitu melalui penggunaan aplikasi khas di telefon pintar
mereka. Ianya bagi memastikan bidang TVET dapat bergerak seiring dengan revolusi industri
dan perkembangan teknologi. Selain itu, ia juga dapat memastikan proses pembelajaran dan
pengajaran TVET dapat terus berlangsung menerusi platform digital. Buat pengetahuan Dato’
juga, projek ini juga akan menjadi kajian bagi pelajar seliaan saya, iaitu Mohd Fazrol Redza
Mohd Halimin bagi pengajian Doctor of Business Administration (DBA).

5. Saya juga bercadang untuk memperluas kajian saya berkaitan penggunaan teknologi
Extended Reality (XR) dan Internet of Things (IoT) di dalam keseluruhan bidang TVET terus
berkembang dan mewujudkan satu komuniti digital TVET yang lebih baik. Antara contoh
penggunaan IoT adalah menghubungkan kit pembelajaran amali kepada internet, dan ianya
akan membolehkan pengajar untuk memantau prestasi pelajar secara dalam talian. Saya
berharap agar kerjasama yang lebih banyak dapat dilakukan bersama PERKEMA di dalam
mendigitalkan bidang automotif sama ada dalam bentuk inovasi dan kajian.

6. Antara kerjasama yang boleh dibuat adalah seperti pembinaan kit servis enjin IoT,
pembelajaran membaiki kereta secara maya, smart digital classroom dan sebagainya.
terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

Dr. Muhammad Khair Noordin


Ketua Kumpulan Penyelidikan TVET
Sekolah Pendidikan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia
mdkhair@utm.my
LAMPIRAN I:
Contoh projek:

a) Smart Punching and Kicking Pad (SPANK) untuk tujuan persilatan menggunakan teknologi IoT

b) MyHAND untuk tujuan rehabilitasi tangan menggunakan teknologi IoT dan VR

c) PLEARN IoT Kit Series – MCB


LAMPIRAN II:
Contoh Penggunaan Teknologi Extended Reality di dalam TVET:

a) Augmented Reality
Hot-Rolled Steel Connection AR Model Target

AR Object Recognition (geometry and texture)


Building’s Mechanical System AR

Building Information Modeling AR


Microsoft Hololens Applications
b) Virtual Reality
Virtual Site Tour (Cloud-based)

Cloud-based VR

Real-Time VR Collaboration
a) Mixed Reality in Automotive Industry
Automotive Technician Training
Automotive Model Specifications

Anda mungkin juga menyukai