Anda di halaman 1dari 3

Pendahuluan :

Pada permulaan maqalah ini, penulis memulakan dengan tentang seorang


lelaki yang bekerja sebagai pegawai juru terbang. Dia memberitahu kepada
isterinya bahawa dia perlu kembali dalam pesawat. Untuk permulaan artikel ini
juga , terdapat 4 baris ayat dan 2 ayat sahaja. Bagi pendapat saya, untuk
perenggan 1 , ayatnya berbunga-bunga penuh dengan sastera.

Isi-Isi Maqalah :

1) Isi 1 , penulis mengetengahkan tentang lelaki itu menjadi separuh


lumpuh disebabkan oleh kemalangan beberapa tahun yang lepas. Akibat
dari kemalangan itu, lelaki itu tidak ada kekuatan untuk bergerak dan
dia duduk dalam stroller dengan keadaan redha dan tenang . Penulis
juga menerangkan bahawa semasa lelaki itu sakit , terdapat seorang
jururawat telah menjaganya selama 3 tahun.
2) Isi 2, penulis membahaskan tentang isteri itu ada hubungan sulit dengan
adik iparnya. Penulis menjelaskan bahawa sang isteri bangga dengan
dirinya akan tetapi sang suami takut melihat isterinya dalam keadaan
sang suami merinduinya . Penulis menyatakan bahawa si isteri ada
hubungan sulit dengan adik iparnya tetapi dia tidak memberitahu
suaminya sebabnya jika suaminya tahu akan membuat si suami sedih.
3) Isi 3 , penulis menjelaskan bahawa sang suami terlantar di katil dan
memberitahu bahawa sang suami telah mati. Jururawat meminta untuk
membuat bedah siasat tapi dibantah oleh sang isteri .Penulis
menerangkan bahawa ada seorang pegawai memberi pistol untuk
menamatkan hidup sang isteri.
4) Isi 4, penulis memberitahu bahawa ibu sang lelaki itu mengaku bahawa
dia telah membunuh anaknya. Punca berlakunya hal ini tidak
dinyatakan. Penulis berpendapat bahawa novel ini merupakan kisah
psikologi.
5) Isi 5, penulis menyatakan sebab maknya membunuh. Tetapi mak lelaki
itu telah mengampunkan dosa isterinya. Berkata maknya, kecurangan
sang isteri adalah lebih sakit dari kematian . Penulis berpendapat bahawa
mak dia telah meracuni anaknya lalu menyebabkan anaknya meninggal
dunia.
6) Isi 6, penulis menjelaskan bahawa sang isteri adalah khianat , si ibu
adalah pembunuh dan jururawat seorang berhati-hati. Penulis juga
menanyakan “ siapa yang mencintai lelaki ni lebih dari yang lain” .
Penutup

Kesimpulannya, penulis merasaka keraguan dimana “adakah si jururawat ini


benar-benar mencintai sang lelaki ini selama 3 tahun dia menjaganya”. Penulis
menjelaskan bahawa sememangnya jururawat mengasihi pesakit yang lumpuh
dalam masa yang sama dia bekorban untuk sembunyi cintanya yang penuh
dengan kasih sayang. Penulis merumuskan bahawa inilah cinta , cinta lebih
agung dari cinta manusia kepada manusia dan cinta haiwan kepada haiwan

Anda mungkin juga menyukai