Anda di halaman 1dari 9

FALSAFAH & LOGIKA

MELAYU

(JXEA 1104)

DR. AMRAN MUHAMMAD

TOKOH FALSAFAH : PLATO

NAMA : SITI AYU AJWA BT MD ARIFIN

JEA 080129
PENGENALAN
Falsafah dapat didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang

dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu lain.

Daripada sudut etimologi, kata falsafah berasal daripada bahasa Yunani

iaitu philos yang bermaksud “CINTA”dan Sophia yang bermaksud “HIKMAH”.

Menurut Hasbullah Bakry (1964 : 5 6) ,beliau menghuraikan erti kata falsafah

daripada tiga sudut pandangan iaitu daripada sudut bahasa, praktis dan

daripada sudut perbedaan daripada ilmu-ilmu yang lain.Daripada sudut

bahasa, falsafah bermaksud “ cinta akan hikmah atau kebijaksanaan”.Dari

sudut praktis pula bermaksud “ Alam berfikir atau fikiran secara mendalam

tentang hakikat segala sesuatu”. Pengertian daripada sudut perbedaan daripada

ilmu-ilmu lain pula, falsafah ditandai oleh dua ciri khusus iaitu:

a) sementara ilmu-ilmu lain terbatas skopnya, falsafah memandang alam

sebagai satu kesatuan yang belum dipecah-pecahkan.

b) sementara ilmu-ilmu lain membahas sebab akibat tentang sesuatu,

falsafah menyelidik hakikatnya sekali untuk menjawab 3 soalan iaitu apa,

dari mana dan ke mana.

Selain itu juga,falsafah bermaksud pengetahuan insan terhadap dirinya

sebagai mikrokosmos iaitu merujuk kepada tubuh badan manusia sebagai

alam yang besar.

Secara keseluruhannya,falsafah dapat didefinisikan sebagai suatu ilmu.Oleh itu,

Falsafah merupakan kegiatan pencarian ilmu yang meliputi semua bidang kajian

(teoritis) iaitu yang meliputi segala kegiatan saintifik.


LATAR BELAKANG PLATO

Nama sebenar Plato ialah Aristokles. Oleh sebab beliau memiliki dahi dan

bahu yang amat lebar,beliau memperoleh gelaran “Plato” .Tempat dan tahun

kelahiran beliau yang sebenarnya tidak diketahui dengan pasti.Sesetengah

pendapat mengatakan beliau dilahirkan di Athens dan ada pula yang

mengatakan beliau dilahirkan di Pulau Aegina.Demikian juga dengan tahun

kelahirannya yang tidak dapat dipastikan dengan jelas dan betul. Plato

dilahirkan dalam suatu keluarga aristokrat Athens yang turun-temurun

memiliki peranan yang amat penting dalam kehidupan politik di Athens.

Ayahnya bernama Ariston iaitu seorang bangsawan keturunan Raja Kodrus

yang hidup sekitar tahun 1068 SM. Ayah beliau sangat disegani dan dikagumi

oleh rakyatnya kerana sikap kecekapan dan kebijaksanaannya memerintah

Athens.Ibunya pula berketurunan Solon bernama Periktione iaitu tokoh

legenda dan negarawan agung Athens .

Ketika beliau masih kecil lagi, ayahnya telah meninggal dunia.Beliau dididik

dan dibesarkan oleh bapa saudaranya iaitu Pyrilampes.Beliau meninggal

dunia di Athens ketika berusia 80 tahun dan semasa hayatnya beliau tidak

pernah berumahtangga.
IDEALISME PLATO
Menurut Plato, idealisme/ pemikiran atau representasi/ gambaran akal

merupakan hakikat wujud yang sebenar. Wujud empiri atau zahiriah berpunca

dan bergantung kepada wujud dalam bentuk fikiran dan tidak boleh wujud

bersendirian.Seluruh falsafah plato bertumpu kepada ajarannya tentang idea.

Beliau percaya bahawa idea adalah realiti yang sebenarnya dari segala sesuatu

yang ada iaitu yang dapat dikenali melalui pancaindera.

Beliau menjelaskan bahawa tumbuhan,manusia dan haiwan akan mati dan

Berubah akan tetapi idea tentang tumbuhan, manusia dan haiwan tidak akan

pernah berubah. Oleh sebab idea adalah realiti yang sebenarnya, maka

menurut plato idea bukanlah sekadar gagasan atau gambaran yang hanya

berada dalam pemikiran manusia.Menurut Plato juga, idea bukanlah sesuatu

yang subjektif yang tercipta oleh daya fikir manusia.Oleh itu, keberadaan

idea ini bergantung pada daya fikir manusia.Bagi Plato, sebagai realiti yang

sebenarnya,idea bersifat objektif. Keberadaan idea tidak bergantung kepada

daya fikir manusia.Idea adalah bersifat mandiri, sempurna, abadi dan tidak

berubah-ubah.

Apabila idea merupakan reality yang sebenarnya,bagaimanakah dengan alam

Fizikal yang dikenal manusia melalui pancaindera???..Kenyataan menunjukkan

Bahawa alam indera sentiasa berada dalam keadaan berubah, tidak tetap, tidak

abadi dan beraneka ragam.Pendapat Plato ,kenyataan sedemikian membuktikan


bahawa alam indera bukanlah reality yang sebenarnya.Alam indera hanyalah

bayangan atau gambaran yang tidak lengkap dan tidak sempurna dari dunia

idea. Contohnya beraneka jenis kerusi dalam alam indera ini hanyalah bayangan

yang tidak lengkap dari kerusi yang sempurna yang terdapat dalam alam idea.

Kerusi yang sempurna yang ada dalam alam idea hanya satu sahaja sedangkan

kerusi yang ada dalam alam indera bermacam-macam kerana sebagai bayangan

atau gambaran yang tidak sempurna .Kerusi alam indera ini menggambarkan

kerusi yang sempurna itu dalam beraneka bentuk dan pelbagai rupa.

Plato mengakui bahawa alam indera yang serba majmuk dan beraneka ragam

adalah juga suatu reality namun bukanlah reality yang sebenarnya.Alam indera

hanyalah tiruan dari alan idea.Oleh itu yang paling utama bagi Plato ialah alam

idea.Hal ini tidak beerti alam indera harus disangkal keberadaannya.Kedua-dua

alam ini tetap merupakan realiti yang tersendiri.Walau bagaimanapun , alam

indera hanyalah tiruan dari alam idea. Menurut Plato ,ada dua cara untuk

mengenal kedua-dua alam ini.Alam indera dapat dikenal melalui pancaindera

manakala alam idea dikenal melalui akal budi.Sebagai contoh, melalui pancaindera

manusia mengenal kerusi yang pelbagai,ada yang bulat, segiempat dan sebagainya,

dengan akal budi ,manusia memasuki alam idea dan disana ia dapat mengenal

idea tentang kerusi yang sempurna ,tunggal dan abadi.

Apabila dikatakan bahawa pada alam idea tidak ada yang serba majmuk dan

Beraneka ragam,hal ini tidak bermakna bahawa pada alam idea hanya ada satu

idea sahaja.Pada alam idea ,terdapat banyak idea namun masing-masing idea itu
hanya satu sahaja.Hanya ada satu sahaja idea tentang segitiga, tentang kuda,

tentang manusia dan lain-lain.Pendapat Plato tentang ideanya lagi ialah idea saling

berkaitan antara satu sama lain dan menyatu dalam satu realiti misalnya idea

tentang kerusi menyatu dengan idea tentang bagus,tentang segiempat dengan idea

tentang tinggi.Idea manusia pula menyatu dengan idea tentang wanita,idea tentang

cantik dan idea tentang lembut.Selain idea yang menyatu dalam satu persekutuan

idea, idea juga memiliki susunan tingkatan dan hierarki iaitu yang berada di

puncak susunan tingkatanidea ialah idea yang baik yang menerangi seluruh idea

yang ada di alam idea.

Bagaimanakah manusia dapat mengetahui bahawa apa-apa yang ada dalam alam

Indera adalah gambaran dan bayangan daripada apa-apa yang ada dalam alam

Idea???.Dalam hal ini ,Plato menjelaskan jiwa tampil sebagai penghubung yang

menghubungkan alam idea dengan alam indera. Sebelum jiwa manusia dipenjara

oleh tubuh,jiwa berada dalam alam idea dan oleh itu, jiwa mengenal segala sesuatu

yang ada dalam alam idea.Sesudah jiwa masuk ke alam indera, dan terpenjara oleh

tubuh, maka setiap kali jiwa mengamati benda-benda fizikal yang berada dalam

alam indera,maka jiwa itu teringat akan idea tentang benda itu yang asli dan

sempurna seperti yang ada dalam alam idea.

Bagi Plato, pengetahuan adalah ingatan.Mengetahui bermaksud mengingati.

Keupayaan untuk memperoleh pengetahuan beerti keupayaan untuk kembali

memasuki alam idea melalui daya ingatan.Adanya falsafah ,manusia berupaya


untuk mengenal kembali dengan sebaik mungkin apa yang dahulu pernah

diketahuinya dengan sempurna dalam alam idea.

Kesimpulannya,dari huraian yang dipaparkan ,jelas dapat dilihat bahawa

Idealisme Plato berbeza dengan idealisme moden.Bagi Plato,alam idea merupakan

suatu realiti yang objektif.Oleh itu, idealisme Plato sering disebut sebagai

idealisme realistic sedangkan idealisme moden bersifat subjektif dan sering

disebut idealisme subjektif.


ETIKA
Bagi plato,tujuan hidup manusia ialah untuk menggarap kehidupan yang senang

dan bahagia. Manusia seharusnya berusaha untuk mendapatkan kesenangan hidup

Menurut plato,kesenangan dan kebahagiaan hidup bukanlah pemuasan hawa nafsu

Selama hidup dalam alam indera ini. Plato tekal dengan ajarannya tentang dua

alam. Oleh itu, kesenangan dan kebahagiaan hidup seharusnya dilihat dalam

hubungan kedua-dua ala mini.

Sebagaimana yang telah dikemukakan oleh plato sebelumnya,alam sesungguhnya

bagi Plato ialah alam idea.Semua idea adalah realiti yang sebenarnya sedangkan

segala sesuatu yang ada dalam alam indera hanyalah merupakan realiti bayangan.

Jiwa manusia sebelum terpenjara oleh tubuh berasal dari dunia idea.Oleh itu,

jiwa harus kembali ke alam idea untuk menetap di sana.Manusia berada hanya

sementara dalam alam indera.Selama manusia berada dalam alam indera,ia

sentiasa rindu untuk naik ke atas iaitu alam idea agar bersedia kembali kea lam

idea,maka selama ia hidup dalam alam indera ia harus memiliki pengetahuan

yang disempurnakan oleh pengertian yang seluas-luasnya dan yang sedalam

-dalamnya.Selama ia hidup dalam alam indera, ia harus sentiasa berusaha dengan

sedaya upaya untuk meraih pengetahuan yang benar kerana hanya orang yang

memiliki pengetahuan yang benar disebut bijaksana dan berbudi pekerti.

Kesimpulannya,dengan demikian ,jelas dapat dilihat bahawa etika Plato adalah

etika yang didasarkan pada pengetahuan sedangkan pengetahuan hanya mungkin

dimiliki melalui akal budi. Oleh itu ianya disebut juga etika RASIONAL.
BIBLIOGRAFI
(1) J.H RAPER : FALSAFAH POLITIK PLATO,1993 DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR.

(2) PROF DR AWANG SARIYAN : FALSAFAH & LOGIKA MELAYU,


JABATAN BAHASA MELAYU,AKADEMI PENGAJIAN
MELAYU,UNIVERSITI MALAYA.

(3) HASHIM BIN HAJI MUSA : FALSAFAH,LOGIK,TEORI NILAI DAN


ETIKA MELAYU 2001,AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,UNIVERSITI
MALAYA.

Anda mungkin juga menyukai