Anda di halaman 1dari 17

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Biarlah ____________ yang menghapuskan lanun-lanun itu,” kata Laksamana Bijaya


kepada Sultan Mahmud.

A beta
B saya
C patik
D hamba

2 Cikgu Abu Bakar telah ______________ pendapat yang bernas tentang cara mendisiplinkan
murid-murid kepada Cikgu Haslinda.

A meluahkan
B memberikan
C memberitahu
D mengemukakan

3 Air mata Nurainul kelihatan ____________ memenuhi kelopak matanya yang kuyu itu.
A bertitisan
B bercucuran
C berlinangan
D bergenangan
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Kambing itu ___________ pada pangkal pokok oleh ayah.


A ditambat
B tambatan
C menambat
D penambat

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Puan Shimatul sedang ___________ permaidani yang baru dibelinya itu di ruang tamu
rumahnya.
A membuka
B mengulung
C menghampar
D mendedahkan
6 Pihak pencadang telah menyampaikan hujah-hujahnya tentang kebaikan memelihara alam
sekitar dengan _____________ sekali sewaktu perbahasan sedang berlangsung.
A keras
B kuat
C terang

D lantang

7 Sarjan Hussin dan anak buahnya bersembunyi di belakang ____________ buluh apabila
dikejar oleh _______________ askar Jepun .
A serawan ... sepasukan
B sebuah ... sekawan
C serumpun ... sekumpulan
D sebatang ... segerombolan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Adik hanya makan beberapa __________ sate dan se _____________ kek semasa majlis
hari jadi rakannya.
A bilah ... biji
B cucuk ... buah
C cucuk ... potong
D batang ... potong
9 “Dengar cakap emak, jangan ___________ supaya kawan _____________ untuk
bersahabat dengan kamu,” kata ibu kepada Salman.
A berat tulang ... buta hati
B buang diri ... geli hati
C keras kepala ... senang hati
D tajam lidah ... gelap mata

10 Sarjimi menerima tawaran kerja sementara itu sebagai ___________ untuk mendapat
pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
A buah tangan
B batu loncatan
C membuka jalan
D tulang belakang

11 Zulhelmi tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kawan karibnya. _______________ ,


dia telah mengirimkan hadiah kepada kawannya itu.
A Kalau begitu
B Namun begitu
C Di samping itu
D Oleh kerana itu

12 Ketua kampung mengarahkan kami agar bekerjasama menangkap pencuri yang


_______________ di kawasan kampung ini.
A berserakan
B berkeliaran
C berhamburan
D bertempiaran
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Baginda diberi persalinan pakaian keemasan __________ ratna mutu manikam.


A bertaburan
B bersulamkan
C bertekadkan
D bertatahkan

Soalan 14 - 15
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
14 I Murid – murid menyusun buku-buku itu dengan kemas.
II Wanita itu sedang memilih barang kemas.
III Kemas barang-barang kamu sebelum pulang.
IV Ubat batuk itu kemas rasanya.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
15 I Amira sentiasa berusaha mencungkil pelajarannya.
II Datuk Ariff cuba mencungkil rahsia kejayaan daripada Datuk Seri Mala.
III Abang sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya.
IV Aktiviti mencungkil emas di sungai itu giat dijalankan oleh penduduk setempat.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

16 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Berapa lamakah Karnival Bahasa itu berlangsung?

A Karnival Bahasa itu akan berlangsung tidak berapa lama lagi.


B Karnival Bahasa itu akan berlangsung dua minggu lagi.
C Karnival Bahasa itu berlangsung selama dua minggu.
D Karnival Bahasa itu berlangsung tidak lama.
Soalan 17 - 20
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

CUTI-CUTI 1MALAYSIA “DEKAT JE”

Pakej 1: SAFARI PAYA BAKAU LANGKAWI

(2 hari/1malam)-Bertolak dari Langkawi. Kadar terendah RM199.

 Kemudahan : Penginapan, pengangkutan pergi dan balik dari jeti/lapangan terbang ke hotel
dan makanan.
 Aktiviti : memberi helang makanan, melawat ke kilang arang, safari di sungai paya bakau,
melawat kolam air, berenang di pantai tersembunyi, dan meneroka gua – Gua Kelawar, Gua
Legenda dan Gua Buaya.

Pakej 2: TAMAN NEGARA ENDAU- ROMPIN

(3 hari/2 malam) – Bertolak dari Kahang. Kadar terendah RM440.

 Kemudahan : penginapan, makanan dan pengangkutan.


 Aktiviti : merentas hutan, berenang, memancing, berkayak, berjalan pada waktu malam, dan
melawat ke Taman Herba

Pakej 3: AIR TERJUN SEKAYU

Bermula di Kuala Terengganu. Lawatan harian dengan kadar terendah RM55


(Minimum 3 orang )

 Kemudahan : makan tengah hari, pengangkutan dan pemandu pelancong.


 Aktiviti : bersiar-siar dan melawat ke pusat penerangan, menikmati pemandangan tasik dan
Sungai Terengganu, menikmati buah-buahan di dusun buah-buahan tropika Sekayu, dan
merentas Air Terjun Sekayu hingga sampai ke puncaknya.

Pakej 4: SUNGAI REJANG

(Lawatan separuh hari) - Bertolak dari Sibu. Kadar terendah RM150.

 Kemudahan : pengangkutan bot laju menyusuri Sungai Rejang.


 Aktiviti : menikmati pemandangan Bandar Sibu, melawat ke kilang membina kapal, kilang
kayu balak, kilang papan lapis, perkampungan nelayan dan rumah panjang.

Ayuh,bercuti dan berehatlah bersama-sama keluarga tersayang! Pilihlah mana-mana


destinasi hebat kami yang andai sukai. Bersedialah untuk perjalanan yang hebat cabarannya.
Hubungi kami, Agensi Pelancongan Rafflesia di talian 03- 7299114 untuk keriangan anda.
17 Apakah perkara utama berkaitan iklan di atas?

A Destinasi pelancongan di Malaysia


B Agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian
C Program khusus untuk menjayakan kempen Cuti-cuti 1Malaysia
D Pakej pelancongan bersempena dengan kempen Cuti-cuti 1Malaysia

18 Pakej pelancongan manakah yang sesuai untuk keluarga yang tidak menggemari aktiviti
lasak?
A Pakej 1
B Pakej 2
C Pakej 3
D Pakej 4

19 Mengapakah kemudahan penginapan tidak disediakan dalam Pakej 3 dan Pakej 4?

A Kerana kadar bayaran yang dikenakan agak rendah


B Kerana tempoh lawatan kurang daripada semalam
C Kerana pengunjungnya dalam kalangan penduduk tempatan
D Kerana menjalankan aktiviti bersiar-siar dan melawat kilang

20 Secara keseluruhannya, semua pakej pelancongan tersebut menggalakkan para pengunjung

A melawat sambil berhibur


B menghilangkan tekanan perasaan
C menjamu selera di samping berpesta
D beriadah dan menikmati keindahan alam
BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan

yang diberi.

dari untuk dengan kepada

daripada bagi terhadap ke

1. Kasih saying Mariana ______________ ibu bapanya elok dicontohi.

2. Dia menghulurkan daun pisang _________________ ibunya.

3. Penceramah terdiri ________________ kalangan ibu bapa sendiri.

4. Ayah membeli kereta baharu untuk ibu.

[ 4 markah ]

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

________________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Jawapan : Senaman akan menjadikan kita lebih berkeyakinan dan menjadikan minda

lebih cerdas.

[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Boleh kamu beritahu kepada


kawan-kawan sekelas kamu
supaya beratur untuk pergi ke
padang selepas rehat.

Cikgu Malar Sara

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[ 2 markah ]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Labah-labah merupakan haiwan yang paling awal wujudnya di dunia. Raja Sulaiman amat
menyayangi labah-labah sehinggakan baginda tidak teragak-agak untuk menghukum sesiapa
sahaja yang memindah atau merosakkan sarang serangga itu yang terdapat di sekitar istananya.

Labah-labah tergolong dalam kumpulan arkanida atau dalam nama sainsnya


arachnophobia. Labah-labah wujud di mana-mana sahaja di muka bumi ini.

Ia berbeza daripada serangga lain. Labah-labah mempunyai lebih sepasang mata dan
lapan kaki yang terdapat dalam berwarna-warni. Bentuk dan wajahnya mempunyai ciri-ciri yang
menakutkan. Ia bertujuan untuk menghindari musuhnya seperti burung dan sebagainya.

Apa yang menarik tentang labah-labah ini ialah bentuk dan sarangnya dibina. Anyaman
sarang pula berbeza antara satu jenis labah-labah dengan jenis yang lain.

Contohnya labah-labah rumah. Labah-labah ini menganyam sarangnya sebegitu halus


hinggakan nyamuk tidak dapat membolosi jaring-jaring sarangnya itu. Sementara labah-labah
yang lebih besar saiznya menganyam jaring sarangnya jarang-jarang bertujuan hanya untuk
memerangkap serangga yang lebih besar dan sekaligus dapat mengelak daripada bebenangnya
putus ditiup angin.

Bagaimanapun matlamat pembinaan sarang itu adalah sama iaitu untuk memerangkap
mangsa dan dijadikan sebagai makanan.

a. Tujuan utama labah-labah membina sarang adalah untuk_______________________


[1 markah]

b. Apakah yang membezakan labah-labah dengan serangga lain?


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[2 markah]
c. Tuliskan Betul atau Salah bagi pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Labah-labah mempunyai lapan kaki dan banyak mata.

Labah-labah ialah haiwan yang paling awal wujud di muka bumi.

Sarang labah-labah sama antara setiap jenis.


Salah

Labah-labah rumah menganyam sarangnya dengan kasar.

[2 markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada suatu hari, sedang Mak Kintan dan Melur berjaja kuih, mereka terdengar suara
tangisan. Puas dicari suara tangisan itu. Akhirnya mereka tiba di belakang sebuah rumah.
Kelihatan nasi bertaburan di atas tanah. Rupa-rupanya nasi itulah yang menangis.
“Mengapakah kau menangis, nasi?” tanya mak Kintan.
“Aku berasa sedih akan sikap manusia yang tidak menghargaiku,” ujar nasi.
Maka, Mak Kintan dan Melur pun memungut nasi itu lalu dikarang menjadi bunga. Nasi
yang telah dikarang itu mengeluarkan bauan yang harum semerbak. Apabila dibawa ke pekan,
ramai yang membelinya. Sejak itu, Mak Kintan dan Melur akan mengutip nasi yang dibuang dan
mengarangnya menjadi bunga.
Mak Kintan teringin untuk mempersembahkan bunga yang dikarangnya itu kepada Tuan
Puteri Ratna Sari. Malangnya, apabila tiba di pintu istana, dia dihalang oleh pengawal istana.
Pada waktu yang sama, Tuan Puteri Ratna Sari sedang berada di taman. Tuan puteri terhidu
bauan yang semerbak harumnya itu. Puas dicari puncanya, namun tidak jua ditemukan. Hatta,
oleh sebab terlalu rindu akan haruman itu, tuan puteri pun jatuh gering.
Raja Aminulrashid amat masyghul. Baginda berjanji akan mencarikan tuan puteri bauan
yang wangi itu. Sepurnama baginda berkelana, akhirnya baginda tiba di rumah Mak Kintan.
Alangkah terkejutnya baginda apabila melihat Mak Kintan sedang mengarang butir-butir nasi
menjadi bunga. Tahulah baginda punca bau harum yang dicari-carinya itu datang daripada
karangan bunga itu.
Mak Kintan dan Melur dibawa ke istana. Dia membawa bersama-sama bunga yang telah
dikarangnya itu. Bunga itu dipersembahkan kepada Tuan Puteri Ratna Sari yang sedang gering.
Setelah menghidu bau bunga tersebut, maka sembuhlah tuan puteri daripada penyakit ganjilnya
itu. Sebagai tanda menghargai jasa Mak Kintan dan cucunya, maka raja memerintahkan kedua-
duanya tinggal di istana.

(a) Perkataan masyghul dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
________________________________
[1 markah]

(b) Bagaimanakah tuan puteri sembuh daripada penyakit ganjilnya itu?


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Mengapakah kita perlu sentiasa berbuat baik?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Huraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[3 markah]
Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hendak membeli buah delima,


Dijual orang di tepi jalan;
Berbilang kaum hidup bersama,
Bersatu padu jadikan amalan.

Kalau mengambil buah berangan,


Elok disimpan di dalam guni;
Amalan berbudi jadikan pegangan,
Tentu kita hidup harmoni.

Manis sungguh buah kuini,


Apa kurangnya buah belimbing;
Bantu-membantu amalan murni,
Bagai aur dengan tebing.

Kalau memetik buah keranji,


Berilah sedikit kepada teman;
Sikap toleransi amat terpuji,
Masyarakat berani negara aman.

a. Apakah maksud yang hendak disampaikan bagi rangkap pertama pantun di atas?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Nyatakan satu nilai murni yang terdapat dalam pantun.

__________________________________________________________________________
[1 markah]
c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
pantun tersebut.

Sikap bertoleransi menjamin keamanan negara.

Kita hendaklah mementingkan diri sendiri.

[1 markah]

Bantu-membantu amalan murni,


Bagai aur dengan tebing.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[3 markah]

Anda mungkin juga menyukai