Anda di halaman 1dari 3

Resepi Nasi Ayam

Bahan-Bahan:

 Bahan untuk ayam (direbus) :


o 1 ekor ayam dipotong 8

o 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

o 2 cm halia, ditumbuk halus


o 1 kiub ayam

 Bahan untuk ayam (diperap) :


o 1 sudu besar kicap pekat

o 1 sudu besar sos tiram


o 1 cm halia, ditumbuk halus

o 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus


o 1 sudu besar kicap cair

o Sedikit madu untuk sapuan


 Bahan untuk nasi:

o 3 cawan beras
o 4 cawan air rebusan ayam

o 2 sudu besar butter


o 1 cm halia ditumbuk halus

o 3 ulas bawang putih ditumbuk halus


o Sedikit garam

o 2 bunga lawang*
o 4 buah pelaga*

o 1 kayu manis*
o 1 batang serai ketuk
o 2 helai daun pandan
o Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

 Bahan untuk sos:


o 5 biji cili merah

o 3 ulas bawang putih


o 2 cm halia

o 1 sudu besar cuka


o 1 sudu teh garam

o 1 sudu teh gula


o 1/2 cawan air rebusan ayam

 Bahan untuk sup:


o Air rebusan ayam

o 1 biji bawang besar, dikisar


o Rempah sup bunjut

o Garam
o Daun sup dan daun bawang yg dihiris

 Bahan untuk kuah kicap:


o Kuah kicap perapan ayam di atas

o Kicap manis cap kipas udang


o Sedikit garam

o Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

1. Cara untuk ayam:


1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan
halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan
perap untuk ayam)

4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan


sapukan dengan madu.

2. Cara untuk memasak nasi:


1. Basuh beras dan tos air.

2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia
serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika
sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan
kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

3. Cara untuk memasak sup:


1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan
masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan
hirisan daun sup.

4. Cara untuk memasak sos:


1. Kisarkan semua bahan di atas.

2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.


5. Cara untuk memasak kuah kicap:

1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan


sebelum dihidang.

Tips:

 Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu
lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Anda mungkin juga menyukai