Anda di halaman 1dari 6

Fakulti Sains Sosial Dan Gunaan

KURSUS: APRESIASI SENI DAN WARISAN


(IAE 3063)

TAJUK: APRESIASI SENI MUZIK

OLEH:

SAHAR SA’DI HASHIM


PENGENALAN

Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan harian kita yang tidak
boleh dipisahkan. Tanpa muzik, dunia kita boleh menjadi kosong. Selain
daripada itu, muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat melalui
irama & lagunya yang mencerminkan identiti masyarakat itu. Pelajar
senantiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati
apabila dapat mengekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu
irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian
mereka. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar
mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti
diri dan sahsiahnya.
Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu, pada
hakikatnya tidak ada orang yang sepatutnya berkata “Saya tidak suka
muzik...” kerana melalui muzik seseorang itu akan dapat melahirkan dan
menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian,
kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan.

Muzik boleh menggambarkan emosi seseorang dan juga boleh


menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku. Kegiatan
muzik merupakan satu saluran komunikasi yang sangat penting. Kefahaman
dan penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat akan
dapat membantu mengeratkan perhubungan dan persefahaman kemanusiaan.
Adalah curahan perasaan seseorang yang disampaikan dalam bentuk nada,
melodi dan syair yang indah yang digabungkan melalui vokal atau instrumental
bunyi dalam apa-apa cara untuk menghasilkan keindahan bentuk, harmoni,
dan dierikan lagi melalui senikata atau ungkapan emosi.

Melalui aktiviti muzik memperkayakan lagi aspek emosi, kreativiti, dan nilai
estetika. Dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik,
pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar itu
sendiri akan dibina. Selain itu pengalaman muzik yang menarik akan
membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain.
Rujukan:b

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik


Sekolah Rendah (Semakan). Kuala Lumpur: PPK.

Loh, P. K. (1991). A Handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit


Muzikal.

Taylor. E. (1989). The AB guide to music theory, Part 1. Great Britain:


Associated Board.

Hargreaves, D. J. & Zimmerman, M. P. (1992). Development theories of music


learning. In R. Colwell (Ed.), Handbook of Research on Music Teaching and
Learning. (377-391). New York: Schirmer Books.
Aktiviti:
Persembahan berkumpulan/individu dan pelajar diminta untuk membuat
penilaian dari sudut apresiasi mereka dari persembahan tersebut.
MARKAH PENJURIAN

SKOR PEMARKAHAN

NAMA KUMPULAN : _____________________________________

TAJUK PERSEMBAHAN :__________________________________

KRITERIA MARKAH
Kualiti Nyanyian/Lagu/Lakonan/Persembahan ⁄ 30
 Intonasi suara/pitch control
 Artikulasi/diksi/ pengucapan

Creative Arrangement ⁄ 20
 Artikula

Performance Skill & Expressiveness ⁄ 20


 Penghayatan

Pakaian / Kostume ⁄ 20
 Kerapian & Kesesuaian

Penguasaan Pentas ⁄ 10
 Disiplin dan ketertiban

JUMLAH ⁄ 100

ULASAN :
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________

NAMA JURI : ______________________________

TANDATANGAN : _________________________

Anda mungkin juga menyukai