Anda di halaman 1dari 3

Amalan jahiliah masa kini

Jahiliah merupakan perkataan yang berasal dari perkataan arab iaitu jahala
iaini bodoh atau tidak mengetahui apa-apa. Dari segi bahasa, jahiliah bermaksud
sebuah masyarakat yang jahil, pagan, tidak berakhlak, tidak mempunyai ilmu
pengetahuan, rosak sistem sosial, runtuh institusi ekonomi dan politik Negara nya.
Manakala dari segi istilah, jahiliah bermaksud menolak petunjuk Allah SWT, tidak
mahu menerima, tidak mahu patuh dan tidak mahu tunduk kepada hukum-hukum
Allah.

Amat mengecewakan bagi umat islam pada zaman kini, walaupun


Negara-negara islam sudah merdeka namun mereka masih lagi tidak dapat
memerdekan diri mereka dari segi gaya pemikiran, undang-undang dan cara
kehidupan. Mereka masih dibelenggu oleh bayangan penjajah barat. Setiap system
pentadbiran Negara di pengaruhi dengan sisitem pentadbiran yang di tinggalkan
oleh penjajah. Akibatnya pemerintah tidak menegakkan undang – undang syariah
malah mereka mengamalkan undang-undang kafir yang teleh di tinggalkan oleh para
penjajah. Kesannya terdapat banyak amalan jahiliah yang dilakukan oleh umat islam.

Antara amalan jahiliah yang di lakukan umat islam zaman kini, ialah
keruntuhan akhlak dan sosial, melakukan pelbagai jenis jeayah, berlaku pergolakan
dan peperangan, muncul golongan-golongan yang memesongkan agama, amalan syirik
dan lain-lain.

Keruntuhan akhlak dan sosial. Antara perbuatan keruntuhan akhlak yang


umat manusia lakukan masa kini adalah seks bebas, pembuangan anak luar nikah,
amalan couple, anak buang ibubapa dan lain-lain. Perbuatan- perbuatan ini terjadi
kerana tiadanya undang-undang syariah, kurangnya didikan agama dan terpengaruh
dengan cara dan budaya hidup Negara barat.

Pelbagai jenis jenayah. Pada zaman kini, terdapat banyak jenis jenayah
yang dilakukan oleh manusia. Hal ini seperti mengundang kembali jenayah-jenayah
yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah dahulu kala. Antara jenayah jahiliah dahulu
yang dilakukan zaman kini adalah amalan riba’, rasuah, rogol, bunuh, perjudian, minum
arak dan sebagainya.

Berlaku peperangan dan pergolakan. Lihatlah pada zaman kini, masih


terdapat lagi Negara yang bertelagah dan berperang. Peperangan yang tercetus
disebabkan perasaan ingin meluaskan kuasa dan keinginan hawa nafsu.
Peperangan yang mereka lakukan itu tidak ubah seperti peperangan jahiliah
dahulu. contoh peperangan yang berlaku sekarang adalah peperangan amerika dan
Iraq. Amerika melakukan peperangan dengan Iraq kerana keinginan hawa nafsu
untuk menghancurkan dan memundurkan Negara islam.

Golongan memesongkan agama. Terdapat banyak golongan memesongkan


agama yang wujud pada zaman moden ini. Ini dapat dilihat melalui wujud nye banyak
nabi dan para rasul yang palsu. Contoh yang paling dekat boleh di ambil adalah ajaran
Kahar. Ajaran ini menyatakan bahawa pengasas nya adalah para rasul. Kahar
dianggap sebagai rasul melayu. Setiap umat melayu di dunia ini adalah umat nya. Dia
bertanggungjawab untuk memimpin setiap masyarakat melayu yang ada di dunia.
Namun pada hakikat nya tiada nabi selepas kewafatan Rasullulah SAW. Allah SWT
telah menjelaskan bahawa nabi Muhammad SAW sahaja nabi terakhir yang akan
memimpin umat di akhir zaman. Tiada nabi selain Muhammad. Kemunculan ajaran
kahar hanyalah semata-mata ingin memesongkan akidah masyarakat melayu.

Golongan munafik, pada zaman ini terdapat ramai golongan munafik. Hal ini
kerana ramai yang mengaku diri mereka itu Islam namun cara dan budaya kehidupanya
jauh dari Islam. contoh,ramai umat islam terutama remaja mengambil mudah mengenai
solat lima waktu. Kebanyakan mereka meninggalkan solat atas alasan-alasan yang
tidak munasabah. Ada diantara mereka yang langsung tidak melakukan solat sehingga
tempoh yang lama. Mereka menganggap sekadar mengerjakan solat sunat jumaat dan
berpuasa di bulan ramadhan membuktikan mereka itu islam. Tanggapan sebegitu
adalah salah sama sekali. Kerana ianya seakan-akan mempermainkan rukun islam.

Amalan syirik. Walaupun zaman kini dikenali sebagai zaman millennium dan
teknologi namun ada juga manusia yang masih mengamalkan amalan syirik ini.
Sebagai contoh, amalan memuja tempat keramat, percaya bomoh atau dukun,
penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, dan
bermacam lagi. Hal ini terjadi disebabkan oleh kurang nya keyakinan umat islam
terhadap Allah.

Jadi bagi mencegah amalan jahiliah, kita perlulah menyediakan langkah-


langkah yang mampan bagi mengatasinya. Antara nya adalah kembali beriman kepada
Allah, mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan, mengamalkan sifat ehsan
dalam diri dan mengharamkan pusat hiburan. Sekiranya langkah-langkah ini di
amalkan nescaya amalan jahiliah ini dapat dikurangkan.

Kesimpulannya amalan jahiliah bukan la sekadar amalan namun ianya


adalah satu ancaman yang telah dirancang oleh syaitan sejak sekian lama. Mereka
akan memesongkan akidah kita dan mempengaruhi kita untuk mendengar perintah
mereka selain Allah. Bagi menghalang kita daripada terpedaya atau tersebar nya
pengaruh syaitan ini, pemerintah Negara perlulah kembali memerintah Negara
mengikut acuan islam. sebagai contoh kerajaan Madhinah ketika pemerintahan
Rasulullah SAW. Negara madhinah telah mengecapi kemajuan dari kedua-dua sudut
iaitu dari segi lahiriah dan rohaniah. Kemajuan ini hanya dapat dapat di kecapi dengan
adanya undang syariah di tegakkan dan Al-Quran dan Al-Hadis menjadi pegangan.