Anda di halaman 1dari 2

Kadar jenayah siber semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Semua pihak berasa bimbang akan situasi


yang berlaku sekarang. Pada pendapat anda, apakah faktor peningkatan jenayah siber ini ?

Dalam meniti arus globalisasi ini, jenayah siber kelihatannya semakin menjadi-jadi di negara kita.
Secara umumnya, jenayah siber merujuk kepada jenayah yang melibatkan penggunaan komputer dan
rangkaian yang boleh menyebabkan mangsa menderita dan mengalami kerugian. Hal ini berlaku kerana,
terdapat golongan masyarakat yang sengaja melakukan jenayah siber untuk kepentingan diri sendiri. Isu
jenayah siber ini kian hangat diperkatakan justeru menjadi duri dalam daging yang memudaratkan. Suatu
hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah faktor-faktor yang menyebabkan jenayah siber semakin
berleluasa di negara kita perlu diperincikan demi kebaikan bersama. (84 patah perkataan)

Antara faktor berlakunya jenayah siber termasuklah semua orang boleh mengakses Internet dan
penggunaannya meluas di seluruh dunia. Jenayah siber bukan hanya melibatkan rakyat Malaysia malah
turut melibatkan rakyat dari negara lain. Sebagai contoh, kecurian identiti boleh berlaku di mana-mana
sahaja terutamanya bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan di kafe-kafe siber. Situasi ini akan
menyebabkan individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mencuri identiti pengguna
yang lain untuk mengaut keuntungan. Maka, pengguna internet yang tidak bermoral ini akan
meningkatkan kadar jenayah siber di negara kita.
(82 patah perkataan)

Selanjutnya, keinginan sesetengah pihak untuk menjadi kaya melalui jalan pintas juga merupakan
faktor peningkatan jenayah siber. Oleh itu, ada di antara mereka sanggup melakukan penipuan atas talian
terhadap orang ramai. Sebagai contoh, mereka menyamar sebagai pegawai pemungut cukai yang
menjadikan golongan tertentu sebagai sasaran. Penipu akan merancang dan menyamar dengan begitu
teliti untuk memastikan penipuan mereka berjaya dilaksanakan serta memperolehi wang yang banyak.
Jelaslah bahawa, segelintir individu yang berkeinginan menjadi kaya dalam sekelip mata merupakan salah
satu punca peningkatan jenayah siber.
(81 patah perkataan)

Di samping itu, jenayah siber dilakukan untuk mengaburi mata pihak yang tertentu. Pada
kebiasaannya, penipuan dilakukan secara licik oleh golongan profesional. Golongan ini bijak menyusun
strategi dalam melakukan jenayah siber agar tidak dapat dikesan. Misalnya, mereka menjalankan urusan
jual beli sesuatu produk di atas talian dengan tawaran harga yang jauh lebih murah daripada harga
pasaran. Hal ini mengakibatkan banyak pelanggan yang mengalami kerugian yang besar akibat tertipu
dengan janji-janji manis penjual. Kesudahannya, jenayah siber tersebut terus menular dan berlaku di
mana-mana tanpa kawalan.
(83 patah perkataan)

Seterusnya, jenayah siber boleh berlaku disebabkan pengguna tidak memasang sekuriti atau kata
laluan dalam proses transaksi pembayaran secara atas talian. Laman web yang tidak rasmi dalam proses
perbankan atas talian secara tidak langsung boleh mendedahkan kata laluan kepada penjenayah siber.
Hal ini memudahkan penjenayah siber untuk menggodam atau mencuri maklumat perbankan pengguna.
Akibatnya, mereka akan terdedah kepada risiko kehilangan wang dalam akaun peribadi. Tegasnya,
memasang sistem keselamatan dalam proses transaksi pembayaran atas talian amat penting supaya kita
tidak menjadi mangsa kepada penjenayah siber.
(83 patah perkataan)
Di samping itu, jenayah siber ini juga boleh terjadi disebabkan oleh desakan hidup yang serba
kekurangan. Walaupun negara kita semakin maju ke hadapan, namun masih terdapat individu yang hidup
dalam kesusahan bak kata peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Situasi ini akan
memaksa mereka melakukan jenayah siber untuk mendapatkan wang tanpa menghiraukan kesannya
kepada orang lain, contohnya, menggodam akaun bank orang lain untuk mendapatkan wang mereka
secara haram. Kesannya, masyarakat hidup di dalam ketakutan dan kegelisahan sekiranya jenayah siber
seperti ini semakin berleluasa.
(79 patah perkataan)
Selain itu, seseorang yang sanggup menjadi orang suruhan juga merupakan faktor berlakunya
jenayah siber. Penjenayah siber itu sendiri sudah tentulah terdiri daripada golongan yang mempunyai
kepakaran dalam bidang komputer. Pada hakikatnya, ada di antara mereka melakukan jenayah siber ini
kerana diupah oleh pihak tertentu bagi memperoleh keuntungan. Habuan lumayan yang bakal diterima
sudah pastilah sukar untuk ditolak. Kesudahannya, mereka gagal berfikir secara rasional lalu bersedia
menjadi ‘hamba duit’ sehingga menyebabkan kadar jenayah siber semakin meningkat dari hari ke hari.
(79 patah perkataan)

Konklusinya, jenayah siber sememangnya mendatangkan kesan negatif kepada manusia. Walau
bagaimanapun, tiada penyakit yang tiada penawarannya, justeru langkah-langkah yang konkrit, sistematik
dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar jenayah siber ini boleh dibasmi. Oleh itu, semua
pihak perlu berganding bahu dalam menangani masalah ini. Sebaliknya, jika tiada muafakat, hasrat dan
aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain
tanpa dibebani dengan jenayah siber akan hanya tinggal omong kosong semata-mata.
(76 patah perkataan)

(647 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai