Anda di halaman 1dari 29

c

cc
c
c
c  c    c c
cc
c

ccc  !c
 "#c 
$cc cccc

c c
c
cc%!c&'c(c)c*+c,-(c
cc
)c cc./01022c
c
TOPIK 1
1.1. PENGENALAN FOLIO

Folio yang bertemakan µRasuah: Menurut Pandanagn Islam' telah dihasilkan melalui pelbagai
bentuk atau cara yang boleh membantu pengarang untuk mendapatkan idea dan
mengolahkannya kembali dalam idea berbentuk akademik, iaitu melalui folio ini. Topik yang
diketengahkan oleh pengarang adalah sejajar seperti yang dikehendaki oleh pihak Unit Agama
Islam Kolej Mara Banting. Dalam risalah ini, topik ini akan diolah dari pelbagai sudut pemikiran
dan telah disusun rapi untuk dimuatkan ke dalam 4 bab-bab yang berbeza. Oleh yang demikian,
adalah baik bagi kita untuk diperkenalkan dengan subtopik-subtopik yang akan diulaskan di
dalam folio ini;

Bab-bab yang dimaksudkan adalah:


Bab 1:

Pengenalan Folio
Pengenalan kepada rasuah

Bab 2:

Peranan ekonomi terhadap masyarakat Islam Malaysia


Kesan rasuah terhadap masyarakat Islam
Punca-punca berlakunya rasuah dalam masyarakat Islam Malaysia

Bab 3:
Langkah-langkah proaktif yang diambil kerajaan untuk mengurangkan kadar rasuah.
Peranan masyarakat Islam hari ini dalam pengukuhan sistem ekonomi tanpa rasuah.

Bab 4:

Kepentingan ekonomi kukuh tanpa rasuah dalam peningkatan mutu dakwah.

Bab 5
Tokoh-tokoh ahli ekonomi Islam yang berjaya yang berjuang berlandaskan Islam.
Bab 6

Konklusi
Penghargaan
Bibliografi

Oleh, yang demikian, melalui penjelasan-penjelasan yang telah dipaparkan di dalam folio ini,
pengarang berharap yang segala bentuk input yang berguna mampu membantu para pembaca
untuk membuka mata dan bertindak secara drastik dalam usaha untuk meningkatkan mutu
perlaksanaan dan keberkesanan program-program ekonomi dan sekaligus, membentuk
masyarakat Islam yang berjaya dan seimbang.
TOPIK 1
1.2. PENGENALAN KEPADA RASUAH

Dalam topik ini, kita terlebih dahulu akan melihat


tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan
dengan terma 'Rasuah' sendiri sebelum kita pergi
dengan lebih mendalam dan terperinci. Terma
rasuah membawa kepada pelbagai jenis maksud
yang berlainan, yang turut bergantung kepada
pihak-pihak yang mentafsirkannya. Namun
begitu, kebanyakan bersetuju bahawa rasuah
merupakan suatu jenayah atau kesalahan
undang-undang dimana seseorang emndapat
kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak
berkuasa ayau sesebuah syarikat selepas member wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak
tersebut.
Rasulullah Sallallahu µalaihi wa Sallam bersabda :

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang
diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menggariskan empat kesalahan utama iaitu;
1) Meminta/Menerima Rasuah,2) Menawar/Memberi Rasuah, 3) Membuat Tutntutan Palsu, 4)
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman,

ϥ
˴ Ϯ˵ϤϠ˴˸όΗ˴ ˸ϢΘ˵ϧ˴΃ϭ˴ Ϣ˶ ˸ΛϹ
˶ Ύ˶Α α
˶ Ύ͉Ϩϟ΍ ϝ
˶ ΍Ϯ˴ ˸ϣ΃˴ ˸Ϧϣ͋ Ύ˱Ϙϳ˶ήϓ˴ ˸΍Ϯ˵Ϡϛ˵ ˸΄Θ˴ ϟ˶ ϡ˶ Ύ͉ϜΤ
˵ ˸ϟ΍ ϰ˴ϟ·˶ Ύ˴ϬΑ˶ ˸΍Ϯ˵ϟ˸ΪΗ˵ϭ˴ Ϟ
˶σ
˶ Ύ˴Β˸ϟΎ˶Α Ϣ˵ϜϨ˴ ˸ϴΑ˴ Ϣ˵Ϝϟ˴΍˴Ϯ˸ϣ΃˴ ˸΍Ϯ˵Ϡϛ˵ ˸΄Η˴ ϻ
˴ ϭ˴

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara
kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim,
supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan
berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

Gejala rasuah yang tidak dibendung akan membawa kepada pelbagai bentuk masalah lain.
Oleh yang demikian, melalui perlaksanaan folio ini, penulis telah dapat melihat punca dan
kesan utama yang akan timbul melalui rasuah. Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan
pelbagai bentuk sumber-sumber yang sah sebagai penyokong kepada teori yang dikemukakan
penuis.
TOPIK 2
2.1. PERANAN EKONOMI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA
Islam bukan merupakan agama yang mementingkan kepada pengkhususan kepada urusan
alam akhirat sahaja. Agama Islam telah menggariskan panduan kepada semua penganutnya
untuk berlaku adil dalam menyelesaikan urusan-urusan di dunia dan tidak melupakan akhirat.
Oleh yang demikian, telah menjadi satu kewajipan bagi setiap umat Islam untuk melipat
gandakan usaha dalam memastikan bahawa msyarakat Islam terus berkembang pesat dan
makmur. Persoalannya di sini, bagaimanakah caranya?

Jawapan yang sering diuar-uarkan adalah melalui pembangunan ekonomi yang mantap dalam
kalangan masyarakat. Ini adalah kerana sistem ekonomi yang kukuh akan memastikan bahawa
masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan dakwah dapat dijalankan dengan
lebih berkesan.

Antara peranan utama ekonomi terhadap masyarakat Islam adalah seperti yang tertera di
bawah:

'KEKUKUHAN PENTADBIRAN ISLAM


Sistem ekonomi yang kuat akan memantulkan keberkesanan golongan pemimpin Islam dalam
menangani sebarang bentuk kemudaratan yang boleh memberi risiko yang besar kepada
pembangunan agama dan ummah. Analogi yang dapat diberikan di sini adalh begitu mudah
sekali. Kegawatan ekonomi pada tahun 1998-2000 telah menyebabkan banyak pihak
mengalami kerugian yang besar, terutamanya syarikat-syarikat milik orang Islam yang baru
membangun. Kegawatan ini juga telah menyebabkan peningkatan inflasi yang begitu tinggi
dalam kalangan negara-negara Islam yang baru membangun seperti di Namibia, Turki dan
Pakistan. Perkara yang sama juga turut berlaku di Malaysia di mana kebanyakan syarikat
perusahaan kecil terpaksa mengambil langkah untuk menggulung tikar. Namun begitu, ekonomi
negara berjaya diselamatkan dengan tindakan pantas Tun Dr. Mahathir bersama penasihat
ekonomi utamanya pada ketika itu. Dengan itu, masyarakat Islam dalam negara sepatutnya
bersyukur kerana dikurniakan dengan pucuk pimpinan yang hebat mengatur strategi untuk
menyelamatkan ekonomi masyarakat Islam.
'MEMASTIKAN KEMAKMURAN MASYARAKAT ISLAM

Memang tidak dinafikan bahawa


kemakmuran sesuatu kaum itu terletak
kepada perkembangan sosio-ekonominya.
Sosio-ekonomi ini pula, adalah secara
langsung bergantung sepenuhnya kepada
pembangunan struktur ekonomi kaum itu
pula. Pokoknya, sesebuah masyarakat
Islam akan lebih makmur dan sejahtera jika penduduknya kaya dengan ilmu dan sumber.
Sebagai contoh, ketika di zaman Abbassiyyah, khalifah Harun Ar-Rasyid telah berjaya
mentadbir dan mengembangkan sektor perusahaan dan perniagaan kerajaannya dengan begitu
semerlang sekali sehingga beliau mendapat jolokan ‘   
 ‘     ada
ketika itu, dikhabarkan bahawa tiada seorang pun penduduk kerajaannya yang layak menerima
zakat daripada kerajaan.

'MEMASTIKAN PENERUSAN DAKWAH

Dakwah merupakan elemen yang begitu penting dalam Islam. Melalui dakwah, ajaran agama
Islam telah berjaya berkembang bermula dari Madinan ke Eropah dan ke Asia Tenggara. Walau
bagaimanapun, setiap daripada kegiatan dakwah yang hendak dianjurkan memerlukan sumber
kewangan yang mencukupi. Hipotesis awal yang boleh dibuat berdasarkan daripada ayat di
atas adalah perkembangan ekonomi akan membawa kepada perlaksanaan kegiatan dakwah
dalam skala yang lebih besar dan teratur. Bagaimana? Ini adalah kerana apabila keadaan
ekonomi Islam mulai kukuh, lebih banyak sumber kewangan atau dana dan geran yang
berunsurkan dakwah dapat diberi kepada pihak-pihak yang berkaitan.
'PELUANG PEKERJAAN YANG MENCUKUPI UNTUK MASYARAKAT ISLAM

Perlaksanaan dan pengaturan strategi ekonomi yang berkesan turut mampu untuk menjana
peluang pekerjaan, khususnya untuk masyarakat Islam dalam Malaysia. Dalam konteks ini,
peluang pekerjaan merupakan suatu perkara yang begitu fundamental dalam memastikan
kesejahteraan masyarakat Islam dan survivalnya. Peluang pekerjaan akan wujud V
  
   hanya apabila keadaan ekonomi negara berada dalam
keadaan yang baik. Sebagai contoh, melalui observasi penulis, penulis mendapati peluang
pekerjaan dalam negara berada dalam keadaan yang kurang baik apabila lebih ramai pekerja
yang majoritinya beragama Islam hilang peluang pekerjaan apabila keadaan ekonomi
bertambah buruk.

'MEMBERIKAN GAMBARAN POSITIF TENTANG ISLAM

Agama Islam bagi masyarakat Barat sering dikaitkan dengan perasaan ekstremis, mampu
bertindak di luar jangkaan, kejam dan kurang membangun. Perasaan itu wujud apabila
wujudnya lebih banyak negara-negara Islam yang mundur dan mempunyai populasi yang
miskin dan tidak terjaga. Sebagai contoh, populasi penduduk Islam di Indonesia adalah yang
terbesar di dunia, namun purata pendapatan sebulan masyarakatnya adalah jauh lebih berbeza
berbanding dengan masyarakatnya yang menganut agama lain. Dengan itu, wujud perpektif
yang menyatakan bahawa masyarakat Islam di Indonesia adalah miskin dan tidak
berpendidikan, secara tidak langsung mewujudkan perpektif negatif tentang agama Islam yang
menyeru penganutnya untuk menjadi lebih kaya dan bersikap rendah diri. Beberapa contoh
negara Islam yang boleh dijadikan sebagai ?   dalam hal ini adalah Dubai, Emiriyah
Arab Bersatu (UAE) dan Kuala Lumpur, Malaysia. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Presiden
Amerika Syarikat, Barrack Hussein Obama ketika lawatannya ke Universiti Cairo, Mesir.

͞The same is true for the astonishing progress within Muslim-majority countries from Kuala Lumpur to
Dubai. In ancient times and in our times, Muslim communities have been at the forefront of innovation

and education.͟ (Barack Obama, The White House Remarks, 09-04)


'PENGUKUHAN INSTITUSI KEWANGAN ›  

Tun Dr. Mahathir, pernah menyarankan kepada International Monetary Fund (IMF) dan Wold
Bank untuk menjalankan kajian tentang perlaksanaan nilai mata wang Dinar untuk
menggantikan     untuk diimplementasikan ke dalam penggunaan mata wang
antarabangsa, namun ditolak masyarakat antarabangsa. Walaupun begitu, penulis melihat akan
kemungkinan akan penerimaan idea tersebut hanya jika ekonomi masyarakat Islam berada
dalam keadaan yang lebih kukuh. Ini yang saya sebut sebagai  . Sebagai
contoh yang paling mudah, sektor tunggak ekonomi Islam kini (yang dapat saya lihat) adalah
dalam penguasaan sumber petroleum yang rata-rata dimiliki oleh masyarakat Arab Asia
Tengah. Ia turut dikukuhkan lagi dengan penganggotaan negara Islam secara majoriti di dalam
Persidangan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC). Pengaruh kuat negara Islam yang
wujud ini telah berjaya membangunkan negeri-negeri yang kurang maju seperti Dubai.
TOPIK 2
2.2. KESAN RASUAH TERHADAP MASYARAKAT ISLAM
Adalah tidak dapa dinafikan bahawa gejala rasuah dan korupsi akan membawa kepada
pelbagai bentuk masalah dalam kalangan masyarakat. Dan bentuk-bentuk masalah ini boleh
dikategorikan dalam pelbagai cabang lagi. Oleh yang demikian, saya akan menjelaskan dengan
lebih lanjut mengenai kesan terhadap gejala rasuah mengikut sub-sub yang tersenarai di
bawah:-

1. KESAN TERHADAP DIRI


2. KESAN TERHADAP MASYARAKAT
3. KESAN TERHADAP EKONOMI
4. KESAN TERHADAP NEGARA

KESAN TERHADAP DIRI


Gejala rasuah bermula mengikut kehendak diri yang sentiasa menginginkan sesuatu melalui
cara yang singkat dan mudah. Dengan itu, apabila berlakunya kegiatan rasuah dalam diri
seseorang, maka secara semulajadinya sikap tamaknya akan mula bergelora di dalam dirinya.
Ini akan membentuk sikap tamak yang melampau dalam diri seseorang. Analogi lain yang lebih
mudah sememangnya dapat dijelaskan. Sebagai contoh, seseorang yang lapar akan
mempunyai hawa nafsu makan yang tinggi. Apabila dia mula menjamu selera, nafsu makan
akan meningkat dengan lebih mendadak dan menyebabkan seseorang itu mula makan tanpa
henti sehingga dia kenyang. Dalam kes ini, fasa menahan nafsu pada permulaan lebih tepat
dapat dibandingkan dengan fasa menahan nafsu melihat ganjaran apabila melakukan. Apabila
seseorang mula makan, ia dapat membawa kepada suatu simbolik yang nefsu terhadap harta
sudah memakan dirinya dan kegiatan tersebut akan terus dilakukan, sama seperti makan
sehingga kenyang. Namun begitu, di sini tidak membawa maksud puas memperoleh
harta, namun secara langsung membawa maksud kepada berakhirnya kegiatan korupsi itu
dalam diri seseorang sama ada melalui dirinya ditangkap, mati, atau menyesal.

Disebutkan dalam hadith :-

Ϣ˶ ˸ϜΤ
˵ ˸ϟ΍ ϲϓ ϲ
˴θ
˶ Η˴ ˸ήϤ˵ ˸ϟ΍˴ϭ ϲ
˴η
˶ ΍͉ήϟ΍ Ϫ˶ Ϡ͉ϟ΍ ϝϮγέ Ϧ
˴ ό˴ ϟ˴

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam
penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622
: Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Seterusnya, gejala rasuah ini juga akan membentuk individu yang taksub terhadap harta dunia
tanpa memikirkan akan kepentingan modal harta akhirat. Kebanyakan daripada gejala rasuah
yang berlaku pada masa dahulu bukan lagi merupakan tandingan terhadap apa yang berlaku
pada hari ini. Pada hari ini, jumlah yang dilaburkan adalah dalam bentuk jutaan ringgit, bukan
lagi dalam bentuk sen atau kata-kata manis. Persoalannya di sini, sejauh manakah hamba-
hamba Allah pada hari ini yang mampu menahan tawaran tunai dan harta yang begitu
lumayan? Apabila sifat tamak terhadap harta dunia sudah menguasai diri, maka sememangya,
harta yang menjurus kepada penggunaan pada hari akhirat kelak sudah tidap dipandang lagi.

KESAN RASUAH TERHADAP MASYARAKAT


Apabila seseorang individu sudah terjerumus dalam dunia rasuah dan korupsi, maka dia akan
melihat dirinya sebagai suatu bentuk aset yang begitu berharga. Ini adalah kerana, rata-rata
daripada golongan yang menerima rasuah adalah daripada golongan yang bertanggungjawab
terhadap sesuatu yang penting kepada sesebuah organisasi; Jabatan Imigresen, Pasukan
Polis, Juruaudit dan Akauntan dan Pagawai-pegawai Kerajaan. Oleh yang demikian, tanpa
disedari, dalam usaha untuk melipat-gandakan keuntungan yang diperoleh, golongan ini akan
mencuba dengan sedaya upaya mereka untuk mendapat lebih banyak pengaruh (influence)
dan kuasa (jurisdiction) yang lebih besar. Bagaimana? Ini dapat dilakukan melalui kenaikan
pangkat dan peningkatan kenalan yang penting (prominent figures). Ini secara tidak langsung
akan menjejaskan peluang kepada golongan lain yang lebih bertanggungjawab dan lebih
berintegriti dalam tugas mereka untuk memikul tanggungjawab yang lebih penting.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud , ³ Pemberi dan penerima rasuah kedua-
duanya akan masuk neraka´.

Keruntuhan institusi kekeluargaan turut merupakan antara kesan jangka pangjang yang
biasanya berlaku dalam kalangan perlaksana gejala rasuah ini. Ia akan bermula apabila pihak
keluarga mula berasa sangsi dengan limpahan harta yang melimpah-ruah, serta di luar logik
pendapatan bulanan pihak yang melakukan rasuah. Impaknya, apabila pihak keluarga mula
khuatir akan keadaannya ini, maka asas institusi kekeluargaan iaitu kepercayaan (Trust) akan
mula goyah. Ini akan membawa kepada lebih banyak pendedahan tentang apa sebenarnya
yang berlaku. Apabila wujudnya keadaan sebegini, maka bagaimanakah nilai kasih-sayang dan
hormat-menghormati dapat diterapkan dalam kalangan ahli keluarga?
Seterusnya, apabila masyarakat mulai sedar akan kegiatan sebenar perlaksana gejala rasuah
ini, maka lebih ramai akan mempersoal akan nilai integriti yang wujud dalam dirinya dan sejauh
manakah dia ikhlas dalam bersosial dalam masyarakat. Ini akan mewujudkan pelbagai lagi
pandangan serong dalam kalangan masyarakat. Bukan hanya dirinya, malah keluarganya juga
kan dipandang hina oleh masyarakat dan dengan itu, terputuslah tali persaudaraan yang wujud
di antara dirinya dan masyarakat sekitarnya sebelum ini.

KESAN RASUAH TERHADAP EKONOMI


Rasuah, tanpa ragu-ragu akan membawa kepada berbagai-bagai bentuk kesan buruk terhadap
pembangunan ekonomi. Dengan peratusan penjawat awam sebagai pemegang tertinggi dalam
gejala rasuah sebanyak 83.0%, (http://www.sprm.gov.my/), maka tidak dapat dinafikan bahawa
sektor awam dalam negara sudah terdedah kepada gejala rasuah sejak dahulu lagi. Manakala
sektor swasta negara, pada hari ini mendominasi peratusan gejala rasuah sebanyak 13.0%. Ini
menunjukkan bahawa gejala rasuah ini berlaku di dalam pelbagai sektor sama ada di dalam
kerajaan atau di luar bidang kuasa kerajaan. Kesan langsung yang akan dihadapi oleh
pembangunan ekonomi Malaysia adalah:

Islam melarang perbuatan rasuah kerana akan wujudnya kesan-kesan yang berikut:
1. Wujudnya peningkatan kos dalam operasi.
Apabila wujudnya rasuah sama ada di dalam sektor swasta atau dalam sektor kerajaan,
kesan langsung yang akan dihadapi oelh sesebuah organisasi adalah wujudnya
peningkatan kos dalaman operasi. Ia akan membentuk pelbagai bentuk kesan negatif
terhadap pembangunan ekonomi Islam negara. Sebagain contoh, apabila wujudnya
peningkatan kos, pelbagai lagi projek-projek mega yang berada di bawah rancangan
kerajaan atau syarikat-syarikat terpaksa dibekukan. Ini akan mendorong kepada
peningkatan kadar pengangguran (unemployment), kurang peluang pekerjaan dan
pengurangan pengurusan (efisien). Oleh yang demikian, lebih banyak masyarakat Islam
atau bukan Islam gagal untuk mendapat rezeki yang layak bagi mereka.

2. Merosakkan keadilan sosial dalam masyarakat.


Apabila gejala rasuah semakin berleluasa, golongan masyarakat akan menerima
kesannya. Sebagai contoh, apabila wujudnya rasuah dalam sektor kerajaan, maka
pelbagai projek-projek yang berteraskan kepada pembangunan ekonomi masyarakat
sekitar tidak dapat diteruskan kerana kadar perbelanjaan yang terlalu tinggi. Ini akan
melemahkan pembangunan sesio-ekonomi di dalam masyarakat. Pokoknya, akan wujud
ketidakadilan dalam pembangunan ekonomi masyarakat apabila hanya segolongan
masyarakat sahaja yang mempu untuk menerima nikamat pembanguna. Manakala bagi
pihak yang lain, dengan sumber kewangan yang tidak memadai akibat daripada gejala
rasuah, projek-projek yang akan membantu mereka untuk mendapatkan peluang
pekerjaan dan memperolehi rezeki.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Vc 3(4c 53c  c !(c !6( c c
! c c 7c +c  c +(4c 63(5c c -(c 83(c c
497c !c 4c 53c +(!6( 5c  4c (c + c 3  c 843(9c Vc (
Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8
cet Dar Kutub Ilmiah)

3. Kekurangan kualiti pembangunan


Apabila wujunya rasuah, kontraktor-kontraktor akan menghasilkan produk yang kurang
berkauliti. Ini adalah kerana bahan-bahan mentah yang digunakan adalah yang berkualiti
rendah untuk melindungi beban kos yang tinggi akibat daripada µperbelanjaan luar¶ yang
melampau. Ini akan menyebabkan hasil-hasil produk yang dikeluarkan seperti bangunan binaan
dan sebagainya tidak berkualiti seperti yang sepatutnya. Sebagai contoh, bangunan stadium
Tuanku Mizan di Terengganu yang runtuh tidak sampai 4 bulan pembinaannya telah
menjelaskan akan kesan yang akan dihadapi apabila kontraktor yang berkenaan terlibat di
dalam gejala rasuah. Kesannya, fasiliti berkenaan tidak dapat digunakan oleh orang ramai, dan
akan wujudnya kos bebanan kepada kerajaan yang perlu memperbaiki fasiliti berkenaan. Ia
juga akan mencalarkan imej kerajaan yang sentiasa menginginkan perkhidmatan bebas rasuah.
Disebutkan dalam hadith :-

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah
dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"
( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

4. Melemahkan system pentadbiran Negara.


Jika pada zaman Bani Abbasiyyah atau pada zaman Bani Umaiyah, gejala rasuah
tidaklah begitu berkembang kerana rata-rata daripda pemimpin mereka sedar akan
kepentingan untuk tidak terlibat dalan gejala rasuah sesuai dengan ajaran Islam. Oleh
yang demikian, mereka akan lebih focus terhadap apa yang perlu dilakukan iaitu untuk
merancang akan pembangunan sebuah institusi pentadbiran Islam yang kukuh. Tidak
pada hari ini. Ini adalah kerana, apabila gejala rasuah telah mula menular dengan
rancak, dapat disimpulakn bahawa pemimpin-pemimpin sesebuah Negara itu juga tidak
memandang serius tentang hal ini. Ini akan menyebabkan gejala ini berkembang
dengan lebih pantas dan mampu menular sehingga ke peringkat akar umbi, iaitu
masyarakat. Oleh yang demikian, pemimpin haruslah sedar akan kepentingan untuk
mengekang gejala ini daripada terus menular dan mengukuhkan akan penerapan nilai
murni Islam di dalam pentadbiran mereka. Maka mereka yang sememangnya jahat akan
menjadi lebih jahat, sesuai dengan sabda Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :-

Ύ˱ ο˴ήϣ˴ Ϫ˵ Ϡ˷ϟ΍ Ϣ˵ ϫ˵ Ω˴ ΍˴ΰϓ˴ ˲νή˴ ϣ͉ Ϣ˶ϬΑ˶ Ϯ˵Ϡϗ˵ ϲ˶ϓ

Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya " ( Al-Baqarah : 10 )
TOPIK 2
2.3. PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA RASUAH DALAM MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA

Penulis berasa yang isu ini merupakan isu yang sering hangat diperkatakan dalam kalangan
masyarakat hari ini. Ini adalah kerana, kadar perusahaan dan pemilikan sektor ekonomi di
Malaysia adalah lebih terdorong untuk dimiliki oleh masyarakat yang bukan beragama Islam.
Ini jelas menunjukkan kelemahan akan kelemahan masyarakat Islam di Malaysia dalam
mempratikkan dalil atau iktibar yang boleh diambil daripada perjalanan hidup Rasulullah S.A.W.
Pernah disebut bahawa majoriti rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t adalah melalui
perniagaan namun umat Islam dalam negara kini masih lagi lupa untuk memperaktikkan
idealogi tersebut malah mengambil jalan mudah dengan menyalahgunakan kuasa dengan
terlibat dalam gejala rasuah.

Dengan itu, penulis telah menggariskan bebrapa faktor yang boleh dikaitkan apabila isu
peningkatan rasuah dalam masyarakat Islam dibincangkan. Ianya adalah seperti yang tertera di
bawah:

1. UMAT ISLAM MALAYSIA TAKUT MENGAMBIL RISIKO UNTUK MEMULAKAN


PERNIAGAAN.

Ini adalah benar! Melalui observasi penulis, lebih ramai umat Islam dalam
negara hari ini yang lebih menjurus kepada bidang-bidang yang tidak
kritikal terutamanya dalam kalangan remaja. Ini adalah kerana, seperti
yang tertera di atas, ketakutan untuk bermula dan ketakutan terhadap
kegagalan dalam perniagaan sering menjadi dinding penghalang („ 
kepada kerjaya ini. Namun begitu, sebaliknya pula berlaku kepada masyarakat lain yang
bukan beragama Islam yang berlumba-lumba untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang
berjaya. Permulaan kepada perniagaan di sini bukanlah dimaksudkan dengan mewujudkan
sebuah kedai atau yang seerti dengannya, tetapi lebih terjurus kepada mempratikkan peluang
perniagaan dalam ruang lingkup kerjaya masing-masing. Oleh itu, untuk mencari rezeki yang
melimpah ruah, mereka terlibat dalam gejala rasuah dan korupsi.

Ramai yang berpendapat bahawa apabila anda terlibat dalam sesuatu bidang
professional,maka hasrat untuk memulakan perniagaan adalah jauh daripada capaian. Jadi
ramai yang sering kali mengambil jalan mudah dengan hidup dengan korupsi. Fakta di bawah
mampu membuktikan kesan daripada gejala rasuah.

Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barometer 2006, mendapati kesan
rasauh menurut sector di Malaysia seperti berikut :-

Sektor Tahap ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor)


Parti Politik 3.5
Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan 3.0
Bisnes & Syarikat Swasta 3.3
Polis 3.8
Kehakiman 2.8
Media 2.4
Badan Cukai 2.5

2. UMAT ISLAM MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI ILMU YANG MENCUKUPI DALAM


PERNIAGAAN MEREKA.

Jangan jadi seperti tikus membaiki labu! Perkara yang sama turut
boleh diterapkan apabila kita bercakap mengenai pembangunan
ekonomi. Benar, ilmu pengetahuan adalah amat penting apabila
kita hendak melaksanakan sesuatu tugas penting. Sebagai
contoh, bagaimanakah seorang peniaga kedai runcit Islam ingin
menukarkan perniagaan beliau kepada sebuah syarikat
konglomerat yang berteraskan kepada pembangun kimia? Sudah
tentu sedikit sukar baginya. Perkara yang sama turut boleh diaplikasikan di sini. Oleh yang
demikian, ramai daripada umat Islam hari ini yang lebih menjurus kepada korupsi apabila
berhadapan dengan sesuatu situasi sukar. Sebagai contoh, penggunaa µsub-sub kontraktor¶
yang tidak didaftarkan. Ini akan melipat gandakan kos dan hasilnya adalah produk pembinaan
yang lemah dan kurang berkualiti. Ini semua berlaku kerana umat Islam hari ini tidak
mempunyai ilmu yang cukup untuk berhadapan dengan satu-satu tugas sukar. Dengan itu,
umat Islam hari ini perlulah melengkapkan diri mereka dengan ilmu yang cukup untuk
menceburi sesuatu bidang perniagaan supaya progres yang telah dicapai akan sentiasa
berkembang dengan pesat.
3. PERSAINGAN YANG KUAT DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT EKONOMI LAIN

Persaingan merupakan sesuatu perkara yang cukup sinonim


apabila wujudnya beberapa buah syarikat yang bersaing untuk
mendapatkan sesuatu yang sama. Namun begitu, antara sebab
mengapa kebanyakan masyarakat Islam yang baru membina
asas dalam bidang perniagaan adalah kerana mereka tidak
kreatif dalam pemasaran dan sentiasa mengikut rentak syarikat-
syarikat lain. Oleh yang demikian, ia seakan-seakan menjadi
satu keperluan untuk mewujudkan korupsi dan budaya member
dan menerima rasuah di dalam dunia perniagaan masyarakat Islam dalam usaha untuk
survivalnya. Ini akan mewujudkan rentak-rentak kekal perniagaan yang negatif. Namun
begitu,Perbuatan rasuah juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana
dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

³Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang
yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya´.

4. TERLALU FOKUS KEPADA ILMU DUNIA SEHINGGA MENGABAIKAN AKHIRAT

Islam merupakan sebuah agama yang seimbang dalam konteks pembangunan sahsiah dan
rohani. Iaang juga turut menggariskan keseimbang di dalam pembahagian aktiviti berteraskan
dunia dan akhirat. Namun begitu, terdapat juga segolongan daripada masyarakat Islam hari ini
yang leka dan mengabaikan kepentingan untuk berkembang dalam ilmu pengajian Islam
sehingga lupa untuk mengalikasikan apa yang telah dipelajarinya ke dalam dunia perniagaan.
Kesannya, masyarakat yang mempunyai pemikiran secular akan melihat bahawa gejala rasuah
dan korupsi merupakan satu asas penting untuk kekal di dalam bidang perniagaan.

5. AMALAN RIBA, PEMILIHAN KRONI DAN RASUAH DI DALAM KALANGAN


SESETENGAH MASYARAKAT ISLAM.

Amalan riba merupakan satu kegiatan haram yang turut berkembang dalam kalangan umat
Islam. Amalan riba ini berlaku apabila sati pihak yang menjalankan perniagaan mengenakan
bayaran lebih (›  kepada orang lain yang terlibat dalam kegiatan ekonomi tersebut.
Amalan riba ini semestinya akan merugikan pihak yang kedua kerana mereka perlu membayar
lebih ke atas satu barangan atau servis yang digunakan. Selain itu, amalan pemilihan kroni juga
turut berkembang dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Amalan ini sudah menjadi
suatu kebiasaan terutamanya apabila sesebuah kontrak baru kerajaan diumumkan. Oleh yang
demikian, pihak yang mempunyai hubungan dengan orang-orang tertentu akan mempunyai
peluang yang lebih cerah untuk memenangi kontrak tersebut berbanding dengan pihak yang
tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menawarkan kontrak. Mereka yang mempunyai
hubungan ini biasanya adalah dari kalangan ahli keluarga sendiri, rakan taulan mahupun pihak
ketiga yang mempunyai autoriti ke atas sesuatu perkara. Amalan ini akan bukan sahaja
menjejaskan ekonomi masyarakat Islam malahan akan menjejasan kualiti perlaksanaan projek.
Ini adalah kerana tidak semua pihak yang memenangi kontrak tersebut adalah merupakan yang
terbaik dari kalangan yang terbaik.

Seterusnya adalah amalan yang cukup sinonim dengan masyarakat Islam di Malaysia. Rasuah.
Pihak yang menawarkan mahupun pihak yang menerima rasuah adalah salah di sisi agama
Islam. Apabila kita bercakap dalam konteks ekonomi, perlaksanaan budaya rasuah ini akan
menyebabkan banyak pihak lain yang akan terjejas secara langsung mahupun secara tidak
langsung. Sebagai contoh, perlaksanaan projek stadium di Kuala Terengganu yang runtuh
bumbungnya baru-baru ini mengejutkan semua pihak. Ini adalah kerana stadium tersebut belum
lagi mencapai umur 2 tahun selepas perasmiannya oleh Yang Dipertuan Agong. Selepas dikaji
semula, hanya 4 daripada 6 tiang utama yang menyokong bumbung tersebut yang dipasang
atas alasan untuk menjimatkan kos. Walaupun begitu, masih terdapat kemungkinan yang
budaya rasuah mungkin juga terlibat dalam hal ini.

6. PEMIKIRAN UMAT YANG MASIH BELUM KREATIF DALAM MECARI SOLUSI DEMI
DALAM PERMASALAHAN PERNIAGAAN.

Kreativiti merupakan satu asas penting dalam melaksanakan sistem perniagaan yang berkesan.
Ini adalah kerana suasana yang kreatif dapat membentuk pelbagai bentuk produk yang baru
dapat juga membentuk contoh-contoh pemasaran yang berkesan. Perkembangan kreativiti
dalam kalangan ahli perniagaan Islam pada hari ini memang tidak dapat dinafikan, sedikit
sebanyak meningkat berbanding dengan yang terdahulu. Perkara ini dapat dilihat melalui
perlaksanaan pemasaran melalui internet dan sebagainya.

Selain daripada pemasaran yang efektif melalui internet, perkembangan kreativiti juga mampu
membentuk sebuah resolusi kepada permasalahan rasuah dan sebagainya yang sedang
melanda masyarakat Islam. Sebagai contoh, peningkatan dalam penggunaan teknologi
maklumat seperti E-Filling, Pembayaran melalui internet dan sebagainya akan mengurangkan
kebergantungan kepada pekerja-pekerja yang lebih terdedah kepada gejala rasuah. Ini
sekaligus akan menjimatkan perbelanjaan dan mampu meningkatkan tahap pentadbiran
(Efficiency).
TOPIK 3
3.1 LANGKAH-LANGKAH PROAKTIF YANG DIAMBIL KERAJAAN DALAM
MENGURANGKAN GEJALA RASUAH DALAM MASYARAKAT ISLAM

Dalam usaha untuk meningkatkan hasil pendapatan sesebuah negara, perkembangan dalam
bidang ekonomi hendakah diletakkan sebagai satu daripada keutamaan-keutamaan utama
yang perlu diambil pehatian. Oleh yang demikian, penulis telah mengkaji dan menelaah tentang
langkah-langkah konkrit yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kadar
rasuah dalam Negara.

Berikut adalah antara langkah-langkah yang telah diteliti dan dilaksana oleh kerajaan:

1. PERLAKSANAAN DASAR-DASAR BARU

Perubahan dalam struktur undang-undang Negara terhadap


mereka yang terlibat di dalam dunia rasuah dan korupsi di lihat
mampu untuk menangani masalah ini yang kian meningkat dari hari
ke hari. Sebagai contoh, Badan Pencegah Rasuah yang sebelum
ini hanya merupakan sebuah organisasi kecil yang beroperasi di
bawah Jabatan Perdana Menteri telah ditugaskan dan ditukarkan
kepada Biro Siasatan Negara dan ditukarkan lagi kepada
Sururhanjaya Pencegahan Rasuah Melaysia. Selain itu juga,
terdapat juga akta-akta berkaitan dengan rasuah yang telah dipinda
dalam usaha untuk mengukuhkan dan memperkasakan undang-undang berkaitan rasuah di
Malaysia. Pertukaran Badan Pencegahan Rasuah kepada sebuah Suruhanjaya mampu untuk
memberi kesan yang lebih efektif dalam perlaksanaan undang-undang di Malaysia. Selain itu
juga, pindaan AktaBadan Pencegah Rasuah 1973 kepada Akta Badan Pencegah Rasuah 1982
juga dilihat sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan kuasa Suruhanjaya yang
berkenaan.
2. PEMBERIAN INSENTIF UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT ISLAM YANG CEMERLANG

Pemberian insentif, sama ada dalam bentuk bantuan kewanagan atau bantuan perkhidmatan
kepada syarikat-syarikat Islam yang tidak terlibat di dalam gejala rasuah dan korupsi sudah
tentu mampu mengangkat nama baik dan secara tidak langsung menjadi satu promosi kepada
rakyat Malaysia. Ini sememangnya akan menjadi sebuah platform yang cukuo kukuh untuk
membantu pengusaha syarikat untuk mengembangkan potensi dan turut mampu menarik
pelabur luar untuk melabur ke dalam syarikat tersebut melalui rekod jenayah yang minimum.

3. PENGHAPUSAN BUDAYA KRONI DAN AMALAN PEMBERIAN RASUAH

Ekonomi sesebuah syarikat -syarikat yang baru bertapak dalam bidang industri atau mana-
mana bentuk bidang mampu berkembang hanya jika kerajaan mengambil langkah-langkah
yang konkrit dalam menangani masalah pemberian rasuah dan salah laku yang semakin timbul
dalam kalanagan ahli perniagaan hari ini. Sebagai contoh, sejarah PerwajaSteel telah cukup
untuk memberikan iktibar kepada kita untuk sentiasa berwaspada yang berlaku bijak. Selain itu,
amalan kroni juga seharusnya dihapuskan. Melalui kaedah ini sahajalah, syarikat-syarikat kecil
Islam turut mampu merasai nikmat pemberian kontrak oleh kerajaan.

4. PENERBITAN LEBIH BANYAK KARYA-KARYA YANG BERTERASKAN KEBURUKAN


RASAUH.

Dalam usaha untuk mengembangkan ilmu mengenai keburukan amalan rasuah, kerajaan telah
mengambil langkah-langkah yang drastik melalui pemberian bantuan kewangan dan geran
kepada para cendekiawan-cendekiawan untuk mengolah dan mengajar para penduduk
Malaysia mengenai keburukan akan penerimaan budaya rasuah. Oleh yang demikian, buku-
buku, risalah dan majalah yang berkaitan dengan perkembangan ekonomi dan isu-isu
berkenaan rasuah semakin meningkat dari segi bilangan.
TOPIK 3
3.2 PERANAN MASYARAKAT ISLAM HARI INI DALAM MENGUKUHKAN SISTEM
EKONOMI UMMAH

Adalah merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi ummat Islam dan pemimpinnya untuk
terus menerajui kegemilangan Islam dalam segala bentuk bidang dan cabang ilmu. Oleh kerana
ilmu ekonomi Islam merupakan antara ilmu yang terpenting dalam pembangunan modal insan
dan aset negara Malaysia, masyarakat Islam hari ini perlu lebih peka dan berusaha dalam apa
jua cara sekalipun untuk membantu kerajaan dalam mengembangkan ekonomi negara demi
kebaikan ummah.

Berikut adalah antara cara-cara yang telah digariskan oleh penulis kepada masyarakat Islam
untuk mengembangkan ekonomi masyarakat Islam:

1. MASYARAKAT ISLAM HARI INI PERLU MENDALAMI ILMU-ILMU ISLAM DENGAN


LEBIH MENDALAM.

Pernahkah anda terfikir bagaimana ciptaan manusia kini boleh menjadi begitu hebat dan
kompleks? Ini adalah kerana manusia merupakan suatu hidupan yang sentiasa berkembang
dalam pencarian dan pengolahan ilmu. Perkara yang sama boleh diaplikasikan ke dalam sektor
ekonomi masyarakat Islam. Masyarakat Islam Malaysia hari ini hendaklah sentiasa berkembang
dan berusaha untuk mencari ilmu yang berkaitan dengan ekonomi dan memperkasakan
ekonomi yang bebas daripada budaya rasuah. Ini adalah kerana melalui ilmu yang cukup di
dada, umat Islam Malaysia akan lebih maju dari sudut 
dan mempu membentuk
idea-idea baru. Bagaimana? Ini boleh dicapai malalui info-info terkini daripada majalah, internet
dan sebagainya yang mempunyai info mengenai rasuah.
4 MASYARAKAT ISLAM HARI INI HENDAKLAH MENJAUHI SEBARANG BENTUK AMALAN
YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARIAH APABILA BERNIAGA.

Amalan pemberian rasuah sememangnya akan menjejaskan sumber pendapatan orang lain.
Perkara ini hendaklah dijauhi oleh masyarakat Islam. Ini adalah kerana amalan-amalan yang
negatif ini akan berterusan jika diamalkan dan apabila hanya satu pihak sahaja yang
mendapatkan keuntungan, syarikat-syarikat lain mungkin mempunyai risiko untuk menggulung
tikar. Secara literal, apabila syarikat-syarikat lain mula kecundang, kestabilan ekonomi tidak lagi
dapat dikawal dan ini akan menjejaskan pelbagai pihak terutamanya negara yang akan
mengalami kekurangan dalam bentuk ‘  ‘  !  "   #
!"  Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga hendaklah diperkasakan melalui
hukuman yang berat dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang terhormat dari

mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang

bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di

tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku

potong tangannya!"

5 IBU BAPA MEMPUNYAI TANGGUNGJWAB UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK TENTANG


KEBURUKAN RASUAH DAN KORUPSI

Ibu bapa turut mempunyai tanggungjawab untuk menerapkan ilmu ekonomi asas di dalam diri
anak-anak mereka. Ini adalah penting sebagai satu asas utama yang mampu untuk membuka
mata anak-anak mereka akan keadaan sebenar yang akan dihadapi oleh mereka apabila
mereka dewasa kelak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menerangkan sedikit sebanyak akan
kepentingan untuk mengenali Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan fungsinya.
TOPIK 4
4.1 KEPENTINGAN EKONOMI YANG BEBAS DARIPADA RASUAH DAN KORUPSI
TEARHADAP DAKWAH ISLAM

Ekonomi yang kukuh akan menjamin penguasaan ilmu ekonomi yang lebih kukuh dalam
kalangan masyarakat Islam. Namun begitu, ekonomi yang kukuh turut akan membawa kesan-
kesan secara tidak langsung kepada peningkatan mutu dakwah dalam kalangan pendakwah.
Bagaimana?

1. EKONOMI ISLAM YANG KUKUH AKAN MENJAMIN


KEMASUKAN ALIRAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK
KEGIATAN DAKWAH.

Sering kali kita melihat yang kebanyakan daripada kegiatan


dakwah hanya tertumpu di dalam kalangan kawasan kampung
namun tidak di bandar dan di kawasan pedalaman. Ini boleh
dijelaskan apabila kebanyakan daripada pendakwah hari ini
tidak mempunyai sumber atau bantuan kewangan yang mencukupi untuk meneruskan tugas-
tugas mereka. Kekangan-kekangan seperti inilah yang telah menyebab kebanyakan daripada
dakwah-dakwah tidak mampu untuk sampai secara terus kepada kawasan-kawasan pedalaman
terutamanya di Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, kos pengakutan untuk mengangkut ahli-
ahli dakwah ini sering kali menjadi antara masalah utama yang dihadapi mereka. Melalui
ekonomi yang semakin kukuh, lebih banyak bantuan kewangan mampu diberikan oleh kerajaan
Malaysia kepada pendakwah-pendakwah ini.

2. MEMBERI IMPAK TERHADAP KEYAKINAN ORANG RAMAI MENGENAI ISLAM

Islam sering kali menyebut tentang kepentingan kemantapan ekonomi penganutnya, namun
sering kali kit diaitkan dengan kegagalan untuk berlaku demikian. Oleh yang demikian,
kekukuhan ekonomi masyarakat Islam sememangnya akan memberi impak yang besar
terhadap keyakianan orang ramai terhadap dakwah Islam yang sentiasa mementingkan
pengaplikasian. Islam merupakan agama yang tidak sekali-kali mengabaikan akan kepentingan
untuk berjaya di dunia dalam apa jua bidang yang diceburi. Oleh yang demikian, melalui
penurunan angka di dalam Indeks Pencegahan Rasuah, masyarakat bukan Islam mampu untuk
melihat Islam sebagai sebuah agama yang adil dan saksama serta dilengkapi dengan nilai-nilai
murni dalam apa jua pekerjaan yang penganutnya lakukan. Ini mampu menarik mereka untuk
mendalami Islam dengan lebih lanjut.
TOPIK 5
5.1.TOKOH-TOKOH UTAMA DALAM PERKEMBANGAN EKONOMI ISLAM

1. IBNU KHALDUN

Ibn Khaldun dilahirkan di Tunis pada 1 Ramadhan 732H. Keluarganya pada masa tersebut
berasal daripada keturunan Arab yang pernah menetap di Serville, Italy dan Sepanyol.
Seterusnya, beliau beliau berpindah dan menetap di Afrika. Berikut antara sumbangan-
sumbangan utama Ibn Khaldun:

2. Beliau merupakan cendekiawan ulung yang disanjung oleh barat kerana hasil karya
agungnya, Al-Muqaddimah.
3. Teori ekonomi yang dikemukakan olehnya masih lagi relevan dengan keadaaan
ekonomi semasa.
4. Menimbukan perbincangan mengenai falsafah dan prinsip ekonomi seperti keadilan,
kerjasama,kesederhanaan dan keadilan.
5. Beliau menekankan akan keperluan manusia untuk menjauhi perbuatan jahat dan
yang boleh melalaikan daripada melakukan misi utamanya.
6. Mengemukakan bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menekankan kepada
penawaran perseimbangan 

   di antara penawaran dan


permintaan yang kini menjadi di antara prinsip ekonomi yang paling penting di dalam
dunia.
7. Mengemukakan teori di antara nilai mata wang.

8. SYED MOKHTAR AL-BUKHARI

Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari sentiasa menjadi kebanggaan saya sehinggan kini. Beliau
merupakan seorang yang merendah diri dan sentiasa suka membantu orang lain untuk
berkembang. Sehingga kini, kekayaan yang dimiliki oleh beliau telah mencecah 4.16 Bilion dan
sudah tergolong di dalam kalangan ahli billionaire di dalam majalah Forbes. Sehingga ini, beliau
merupakan orang yang ke-7 terkaya di Malaysia.
Antara sumbangan-sumbanagan utama Tan Sri adalah seperti berikut:

9. Mewujudkan Yayasan Al-Bukhari untuk memajukan rakyat Islam yang tidak


berkemampuan.
10. Memberikan kelas tuisyen kepada pelajar Islam cemerlang yang miskin.
11. Melaksanakan program Biasiswa Khas di bawah naungan Yayasan Al-Bukhari.
12. Mendermakan sebahagian besar daripada hasil kutipan perniagaannya kepada
masyarakat.
13. Menubuhkan Universiti Antarabangsa Al-Bukhari.
14. Memberi bantuan dari sudut pembangunan fizikal kepada masyarakat Islam,
antarabangsa seperti sekolah-sekolah di Indonesia, Iraq dan Uganda.
15. Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah.
TOPIK 6
6.1 KONKLUSI

Sebagai konklusi, dapat disimpulkan bahawa gejala rasuah bukan lagi merupakan
sesuatu yang baru di dalam Negara kita ini. Oleh yang demikian, masyarakat hari ini hendaklah
sentiasa peka tentang gejala ini yang semakin menular di dalam benak pemikiran masyarakat
Islam yang semakin alpa dengan godaan syaitan.

Gejala ini telah membawa kepada pelbagai bentuk kesan negative sama ada secara
langsung atau secara tidak langsung kepada Negara kita. Ekonomi masyarakat Islam di
Malaysia semakin mundur dan gagal untuk berkembang selaras dengan kehendak syariah.
Kesannya adalah kepada masyrakat jua yang turut memangdang remeh terhadap gejala ini.
Oleh yang demikian, penulis berharap bahawa masyarakat Islam hari ini hendaklah menjadi
semakin peka dan sensitive terhadap perkara-perkara yang melibatkan rasuah dan korupsi
sama ada di dalam apa jua arena, di dalam kerajaan ataupun swasta.

Penulis juga telah menggariskan beberapa punca utama mengapa kegiatan ini semakin
menjadi-jadi. Pembaca hendaklah peka terhadap punca-punca ini supaya dapat menjadi lebih-
lebih berhati-hati terhadap kemungkinan untuk terjerumus sama ke dalam kegiatan yang
menjijikkan ini.

Islam telah menggariskan akan kepentingan untuk berniaga ataupun menjalankan tugas
sebagai pemimpin dengan amanah supaya rezeki yang diterima menjadi halal dan berkat. Oleh
itu, penulis juga telah menggariskan beberapa solusi yang mampu dilaksana dalam usaha
untuk mengurangkan beban ini.

Sekian,terima kasih.
6.2. PENGHARGAAN

Pertama-tamanya, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat juga penulis
menyiapkan folio Pendidikan Agama Islam yang bertajukkan 'Rasuah menurut perspektif Islam¶.
Penulis ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana telah mengurniakan penulis sebuah
tajuk yang dirasakan saya amat sesuai untuk dibincangkan bersama.

Penulis juga ingin mengucapakan penghargaan kepada ayah penulis kerana telah banyak
berkongsi maklumat-maklumat penting dalam penulisan karya ini. Selain itu, para guru di
Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah juga sememangnya layak mendapat pujian kerana
telah banyak berkongsi cerita dan maklumat tambahan untuk diletakkan bersama-sama dengan
folio ini.

Penulis juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada unit Agama Islam Kolej Mara
Banting kerana telah memberi peluang kepada penulis untuk meluahkan segala-bentuk ilmu
pengetahuan yang berada di dalam minda penulis. Untuk makluman, penulis tidak pernah dapat
meluahkan perasan dan idea-idea penulis mengenai rasuah dalam Islam pada masa-masa
terdahulu, sehinggan diberi peluang untuk berbuat demikian pada hari ini.

Penulis telah menghabiskan masa selama satu minggu untuk menyiapkan folio ini penulis
berasa amat berbesar hati kerana rakan-rakan penulis turut memberi bantuan dan input
tambahan dalam penghasilan folio ini.

Oleh itu, penulis mengaharapkan yang folio ini akan menjadi suatu bentuk manfaat yang boleh
dikongsi bersama.

Sekian, terima kasih.


6.3. BIBLIOGRAFI

1. http://www.whitehouse.gov/the_press_office/Remarks-by-the-President-at-Cairo-
University-6-04-09/.
2. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2088
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rasuah
4. Akhbar Berita Harian, (Jumaat, 17/09/2010)
5. En. Che Mohd Fauzi, Pengetua Maktab Rendah Sains Mara Muadzam Shah, Majlis
Amanah Rakyat.
6. Pengarah, Bahagian Sumber Manusia, Majlis Amanah Rakyat.
7. http://en.wikipedia.org/wiki/Economy
8. Dewan Ekonomi, Edisi Oktober 2008.
9. Dewan Siswa, Edisi September 2009
10. Dewan Masyarakat, Edisi September 2009.
11. News Straits Times, Friday, 17/09/2010
12. http://ms.wikipedia.org/wiki/Transparency_International
13. http://ms.wikipedia.org/wiki/Indeks_Persepsi_Rasuah
14. http://www.ikim.gov.my/
15. http://hazimazim5020ad.multiply.com/journal/item/21