Anda di halaman 1dari 20

PMR 2010

1. Rajah berikut berkaitan dengan kaedah pengkajian sejarah.

Bertulis

Kaedah Pengkajian Arkeologi


Sejarah

Apakah X?

A. Lisan
B. Tafsiran
C. Saintifik
D. Penerokaan

2. Maklumat berikut merujuk kepada lokasi petempatan masyarakat


Zaman Paleolitik.

• Kota Tampan, Perak


• Gua Niah, Sarawak

Apakah aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut?

A. Menternak binatang
B. Memungut hasil hutan
C. Mencipta peralatan tembikar
D. Menjalankan kegiatan pertanian

3. Apakah kepentingan tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?

A. Pusat keagamaan
B. Laluan pedagang
C. Sistem pengairan
D. Kota pentadbiran

1
PMR 2010

4. Tokoh berikut telah melawat Melaka antara tahun 1404 dengan tahun
1405.

• Laksamana Yin Ching


• Laksamana Cheng Ho

Mengapakah mereka melawat Melaka?

A. Menganugerahkan pengiktirafan
B. Membentuk pakatan tentera
C. Mengadakan rundingan damai
D. Memperkukuhkan sistem pertahanan

5. Gambar berikut menunjukkan pokok bakau yang banyak terdapat di


perairan Melaka.

Apakah kepentingannya kepada kerajaan Melaka?

A. Memperkukuhkan benteng pertahanan


B. Menjadi panduang pedagang
C. Menghalang angin monsun
D. Menjadi bahan eksport

6. Petikan berikut menggambarkan suasana di pelabuhan Melaka pada


kurun ke-15.

“… di pelabuhan Melaka biasanya terdapat lapan puluh empat


bahasa dituturkan, tiap-tiap satunya berlainan...”

Sumber: The Suma


Oriental of Tome Pires

Mengapakah suasana tersebut berlaku di pelabuhan Melaka?

A. Peningkatan hubungan diplomatik


B. Perkembangan kegiatan intelektual
C. Kegiatan penyebaran agama
2
PMR 2010

D. Tumpuan pedagang

7. Pernyataan berikut menerangkan hubungan serantau pada zaman


Kesultanan Melayu Melaka.

Istilah ‘sembah’ digunakan oleh Kampar dan Siak apabila berutus


surat ke Melaka.

Mengapakah istilah tersebut digunakan?

A. Menunjukkan perbezaan taraf


B. Menyekat pengaruh asing
C. Mempertahankan budaya tempatan
D. Meningkatkan kecekapan pentadbiran

8. Senarai berikut adalah slogan Portugis dalam misi penjelajahan ke


Timur.
• Gold
• Gospel
• Glory

Mengapakah slogan tersebut digunakan?

I Mengembangkan pendidikan sekular


II Menguasai perdagangan rempah
III Menyebarkan agama Kristian
IV Memasarkan barangan industri

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

9. Rajah berikut menunjukkan perpindahan pedagang dari Melaka ke


pelabuhan lain pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka.
Acheh

Patani Pedagang Brunei


Melaka

Mengapakah perpindahan tersebut berlaku?

A. Barang dagangan berkurangan


B. Kadar cukai meningkat
C. Sistem perundangan lemah
D. Kemudahan perniagaan terhad

3
PMR 2010

10. Senarai berikut merujuk kepada tugas satu golongan masyarakat di


Johor pada kurun ke-17.

• Petunjuk arah
• Pengawal pelabuhan
• Pendayung kapal kerajaan

Golongan masyarakat manakah yang menjalankan tugas tersebut?

A. Orang Asli
B. Orang Laut
C. Orang Bugis
D. Orang Jawa

11. Menurut Thomas Silcher, terlalu banyak bilangan kapal yang berlabuh
di pelabuhan Johor pada tahun 1689.

Apakah faktor yang mendorong keadaan tersebut berlaku?

I Pelaksanaan cukai berkeutamaan


II Perlindungan kuasa asing
III Kecekapan pentadbiran
IV Kemudahan perdagangan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

12. Rajah berikut berkaitan dengan dasar luar kerajaan Kedah.


Dasar Luar Kerajaan
Kedah Pada Kurun Ke-17

Mengadakan hubungan Menjalin persahabatan


dengan Siam dengan Burma.

Mengapakah kerajaan Kedah melaksanakan dasar luar tersebut?

A. Mendapatkan bantuan tentera


B. Memperluas tanah jajahan
C. Menamatkan perang saudara
D. Mengekalkan kedaulatan negeri
13. Senarai berikut berkaitan dengan sisitem perundangan tradisional di
Tanah Melayu.
4
PMR 2010

• Syarat memegang jawatan


• Terdapat 99 kesalahan

Di negeri manakah undang-undang tersebut dilaksanakan?

A. Pahang
B. Perak
C. Kedah
D. Melaka

14. Rakyat Sarawak hidup dalam suasana aman dan harmoni walaupun
terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza budaya.

Apakah nilai yang diamalkan oleh etnik tersebut?

A. Berdisiplin
B. Bersyukur
C. Bertoleransi
D. Bertanggungjawab

15. Kumpulan etnik manakah yang berkaitan dengan maklumat di bawah?

• Mengamalkan cara hidup berpindah-randah


• Dilarang menebang pokok.

A. Murut
B. Penan
C. Bisaya
D. Kenyah

16. Senarai berikut adalah ancaman yang dihadapi oleh kerajaan Kedah
pada kurun ke-18.

• Ancaman Siam
• Ancaman Burma
• Ancaman Bugis dari Selangor

Apakah tindakan Sultan Kedah untuk mengatasi ancaman tersebut?

A. Mengadakan rundingan damai


B. Mendirikan kubu pertahanan
C. Memohon bantuan asing
D. Membentuk unit askar upahan
17. Berikut adalah gambaran pelukis yang menunjukkan Stamford Raffles
dan Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian pada 30
Januari 1819.

5
PMR 2010

Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Singapura?

A. Penyelesaian masalah kewangan


B. Pemansuhan kuasa pembesar
C. Perlaksanaan Sistem Residen
D. Pertapakan pengaruh British

18. Dialog berikut mungkin berlaku di Larut pada pertengahan kurun ke-19.

Ngah Ibrahim : Saya memerlukan bantuan tuan untuk


menyelesaikan masalah di Larut

Kapten Speedy : Baiklah. Saya akan membantu Dato’.

Apakah masalah di Larut pada ketika itu?

A. Perebutan kawasan pertanian


B. Perebutan takhta
C. Pertelingkahan pembesar
D. Pergaduhan kongsi gelap

19. Peristiwa berikut berlaku di Selangor.

Tahun Peristiwa
1873 Kapal dagang British dirompak di Langat
1874 Rumah api British di Tanjung Rachado diserang

Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap Selangor?

A. Perdagangan bijih timah merosot


B. Campur tangan asing dalam pentadbiran
C. Perubahan sempadan wilayah kekuasaan
D. Kos pentadbiran kerajaan meningkat

6
PMR 2010

20. Rajah berikut menunjukkan sumbangan seorng tokoh di Johor.

Menjaga keamanan

Dato’ Muhammad
Salleh bin Perang Merancang pembangunan

Apakah X?

A. Mewajibkan pendidikan
B. Melukis peta negeri
C. Mendaulatkan bahasa
D. Menggubal perlembagaan

21. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa Barat di Asia Tenggara.

Apakah tindakan British untuk menghalang kemaraan tersebut?

A. Mengawal lalauan perdagangan


B. Mengukuhkan pangkalan tentera
C. Menandatangani perjanjian dengan Siam
D. Mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu

7
PMR 2010

22. Garis masa berikut menunjukkan Johor adalah negeri yang paling
lewat dikuasai oleh British berbanding negeri lain di Tanah Melayu.

1914 Johor

1874
Perak

1786
Pulau Pinang

Bagaimanakah pemerintahan Johor berjaya melambatkan kemaraan


British?

A. Menggalakan kemasukan golongan imigran


B. Menetapkan sempadan antara wilayah
C. Mengawal kedatangan pelabur asing
D. Melaksanakan sistem birokrasi barat

23. Rajah berikut menunjukkan struktur pentabbiran Brooke di Sarawak

James Brooke

X Majlis Negeri Majlis Bahagian

Apakah X?

A. Majlis Daerah
B. Majlis Tertinggi
C. Majlis Penasihat
D. Majlis Kehakiman

24. Mengapakah Brooke melaksanakan dasar pecah dan perintah di


Sarawak?

A. Mengukuhkan kuasa
B. Menyusun semula masyarakat
C. Melindungi kepentingan peribumi
D. Menyeragamkan sistem pentadbiran

25. Dialog di bawah mingkin berlaku di Brunei pada kurun ke-19.


Pembesar : Tuanku, pembesar kita di Sarawak gagal
melaksanakan
8 tanggungjawab mereka.
Sultan Brunei : Beta akan mengutuskan Pangeran Muda Hashim
untuk membantu mereka.
PMR 2010

Mengapakah Sultan Brunei mengambil tindakan demikian?

A. Menamatkan pemberontakan
B. Memajukan kawasan perlombongan
C. Menjalin hubungan diplomatik
D. Membasmi kegiatan lanun

26. Perkara berikut terletak dalam bidang kuasa sebuah mahkamah di


Sabah semasa pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

• Agama istiadat
• Agama Islam

Apakah mahkamah tersebut?

A. Mahkamah Syariah
B. Mahkamah Majistret
C. Mahkamah Penghulu
D. Mahkamah Anak Negeri

27. Senarai berikut adalah jawatan yang wujud di Sabah semasa


pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

• Ketua Kampung
• Ketua Anak Negeri
• Timbalan Penolong Pegawai Daerah

Mengapakah SBUB melantik penduduk tempatan untuk memegang


jawatan tersebut?

A. Mengawal pendidikan peringkat rendah


B. Mengawal sumber hasil negeri
C. Mengatasi masalah kewangan
D. Memupuk perpaduan kaum

28. Graf berikut menunjukkan peningkatan hasil eksport tembakau di


Sabah pada akhir kurun ke-19.

9
PMR 2010

Mengapakah peningkatan tersebut berlaku?

A. Penggunaan jentera moden


B. Pertambahan pekerja mahir
C. Pengecualian cukai eksport
D. Pembukaan bank asing

29. Carta berikut menunjukkan penguasaan orang Eropah dalam


pengusahaan bijih timah di Tanah Melayu pada tahun 1937.

Mengapakah orang Eropah berjaya menguasai perusahaan tersebut?

A. Buruh ramai
B. Cukai rendah
C. Dividen tinggi
D. Teknologi moden

30. Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan British di Tanah Meayu


pada kurun ke-20

. • Menyediakan kemudahan asas

• Membawa masuk buruh luar

10
PMR 2010

Mengapakah British bertindak demikian?

A. Memantapkan pentadbiran tradisional


B. Mengeksploitasi kekayaan negara
C. Memperkukuhkan sisitem pentadbiran
D. Meningkatkan taraf hidup

31. Situasi berikut berlakupada zaman pemerintahan British di Tanah


Melayu.
Raja Ahmad bercita-cita untuk berkhidmat di jabatan kerajaan dalam
bidang pentadbiran setelah tamat persekolahan.

Institusi pendidikan manakah yang dapat merealisasikan cita-cita Raja


Ahmad?

A. Maktab Perguruan Melaka


B. Sekolah Melayu Gelugor
C. Kolej Melayu Kuala Kangsar
D. Maktab Perguruan Sultan Idris

32. Rajah berikut menerangkan faktor penentangan Rentap terhadap


pentadbiran Brooke di Sarawak
.
Pemusnahan petempatan

Faktor Penentangan Pembinaan kubu pertahanan


Rentap

Apakah X?

A. Amalan buruh paksa


B. Larangan menebang hutan
C. Pengambilalihan wilayah Kuching
D. Menganggap orang Iban sebagai lanun

33. Peta berikut menunjukkan gerakan di luar Negara yang berlaku pada
awal kurun ke-20.

11
PMR 2010

Apakah kesan gerakan tersebut ke atas Tanah Melayu?

A. Kemunculan semangat nasionalisme


B. Perpaduan penduduk berbilang kaum
C. Penubuhan pelbagai parti politik
D. Kehadiran kaum imigran

34. Pada tahun 1823, Tunku Abdullah dari Kedah merancang untuk
menyerang Siam mealui Seberang Perai.

Mengapakah rancangan tersebut gagal?

A. Strategi yang lemah


B. Pengkianatan British
C. Pembelotan tentera Bugis
D. Semangat juang yang lemah

35. Apakah matlamat penubuhan Kesatuam Melayu Muda pada tahun


1938?

A. Menamatkan pemerintahan penjajah


B. Memupuk kesetiaan kepada raja
C. Mewujudkan perpaduan kaum
D. Memperjuangkan kepentingan agama

36. Tokoh berikut merupakan nasionalis Melayu sebelum Perang Dunia


Kedua.

• Harun Amirurrashid

• Muhammad Yassin Maamor

• Abdul Samad Ahmad


Apakah persamaan mereka dalam gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu?

12
PMR 2010

A. Pengasas parti politik


B. Pengasas gerakan Islah
C. Berjuang melalui penulisan
D. Bersatu menentang Jepun

37. Bagaimanakah akhbar berikut berperanan dalam menyemarakkan


semangat kebangsaan di Tanah Melayu pada tahun 1930-an?

• Warta Malaya

• Majlis

A. Mengkritik dasar penjajah


B. Menentukan persamaan hak
C. Mendapatkan bantuan luar negara
D. Mamperjuangkan pemulihan agama

38. Rajah berikut menunjukkan struktur pentadbiran tentera Jepun di


Sarawak dan Sabah.

Residen

Ketua Tempatan

Apakah X?

A. Datuk Bandar
B. Pegawai Daerah
C. Gabenor Wilayah
D. Pesuruhjaya Negeri

39. Rajah berikut menerangkan pekerjaan yang dilakukan oleh orang


Jepun di Tanah Melayu pad tahun 1930-an.

13
PMR 2010

Tukang gunting rambut

Pekerjaan Orang Jepun Pekedai runcit


di Tanah Melayu

Tukang gambar

Mengapakah mereka melakukan pekerjaan tersebut?

A. Mendapatkan maklumat pertahanan


B. Meningkatkan taraf hidup
C. Melatih penduduk tempatan
D. Mendapatkan sokongan kaum peribumi

40. Jadual berikut menunjukkan tokoh tempatan yang terlibat dalam


pentadbiran Jepun.

Tokoh Jawatan
Abang Haji Openg Pegawai Daerah Kuching
Ibrahim Haji Yaacob Leftenan Kolonel Pembela Tanah
Air (PETA)

Mengapakah Jepun bertindak sedemikian?

A. Menghargai jasa pembesar


B. Menghormati tradisi penduduk
C. Menyakini kebolehan pemimpin
D. Mengatasi kekurangan pegawai

41. Pentadbiran Malayan Union 1946 mengacam status quo orang


Melayu.

Apakah status quo orang Melayu yang dimaksudkan dalam petikan


di atas?

A. Hak mengawal parti politik


B. Pemilikan harta pusaka
C. Taraf sebagai peribumi
D. Kuasa penggubal undang-undang

42. Tokoh wanita dalam senarai berikut telah berjaya kepada bangsa dan
negara kita Malaysia.

• Zahara Abdullah
• Halimahton Majid
• Datin Puteh Mariah

14
PMR 2010

Apakah jasa mereka?

A. Menggubal perlembagaan UMNO


B. Membantah perlaksanaan Malayan Union
C. Menyertai Rombongan Merdeka
D. Menentang pendudukan Jepun

43. Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk untuk
menggantikan Malayan Union.

Apakah kesan pembetukan persekutuan tersebut?

A. Sultan kehilangan kuasa


B. Syarat kerakyatan lebih liberal
C. Gabenor mengetuai pentadbiran
D. Sistem Raja Berpelembagaan

44. Mengapakah darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada Jun 1948?

A. Propaganda parti berhatuan kiri


B. Pemogokan pekerja kilang
C. Pembunuhan pengurus ladang
D. Pemusnahan landasan kereta api

45. Keganasan berikut dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

• Membakar bas
• Memusnahkan kilang
• Merosakkan landasan kereta api

Mengapakah PKM bertindak demikian?

I Ingin menubuhkan kerajaan sendiri


II Berhasrat melumpuhkan ekonomi negara
III Menuntut pilihan raya yang adil diadakan
IV Mendapatkan sokongan rakyat secara paksaan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

46. Rajah berikut menerangkan perubahan dasar British terhadap Parti


Komunis Malaya (PKM)

15
PMR 2010

Sebelum Perang Dunia Kedua


Menentang PKM Semasa Perang Dunia Kedua
Bekerjasama dengan PKM

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

A. Kemelesetan ekonomi dunia


B. Persaingan dalam kalangan kuasa Barat
C. Kebangkitan semangat kebangsaan
D. Menentang pendudukan Jepun

47. Persidangan berikut dianjurkan okeh parti-parti politik di Tanah Melayu


sebelum mencapai kemerdekaan.

• Konferensi Nasional
• Konvensi Nasional

Mengapakah persidangan tersebut dianjurkan?

A. Menentang gerakan radikal


B. Mewujudkan kerjasama antara kaum
C. Memntapkan sisitem pendidikan
D. Merangka perlembagaan negara

48. Mengapakah Dato’ Onn bin Jaafar menubuhkan parti berikut?

• Parti Negara
• Independence of Malaya Party (IMP)

A. Memperkukuhkan perpaduan rakyat


B. Memupuk kesedaran kebangsaan
C. Menjayakan Konvensi Nasional
D. Mengukuhkan Parti Perikatan

49. Senarai berikut berkaitan dengan sistem pendidikan di negara kita


sebelum merdeka.

• Sekolah vernakular Melayu


• Sekolah vernakular Cina
• Sekolah vernakular Tamil

Apakah kesan perlaksanaan sisitem pendidikan tersebut?

A. Pertempatan baru bertambah


B. Perpaduan rakyat sukar dicapai
C. Penghijrahan penduduk ke bandar
D. Perbelanjaan pangurusan meningkat

16
PMR 2010

50. Perpaduan kaum merupakan syarat utama bagi menjamin kestabilan


politik di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka.

Bagaimanakah perpaduan kaum dapat dipupuk bagi mencapai tujuan


di atas?

A. Memantapkan perkhidmatan kerajaan


B. Memajukan bidang ekonomi
C. Menggabungkan parti-parti
D. Mewujudkan sistem perhubungan
51. Mengapakah tokoh berikut mesti dikenang oleh semua warghanegara
Malaysia?

A. Membebaskan negara daripada penjajah


B. Menamatkan pentakbiran Malayan Union
C. Mencadangkan pembetukan Sistem Ahli
D. Menyerangamkan sistem pendidikan

52. Gambar berikut menunjukkan Perjanjian London yang ditandatangani


pada tahun 1956.

Apakah kesan perjanjian tersebut?

I Pilihan raya diadakan


II Sistem Ahli diperkenalkan
III Suruhanjaya Reid dibentuk
IV Tarikh kemerdekaan ditetapkan

17
PMR 2010

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

53. Apakah kepentingan Perlembagaan Sarawak yang diisytiharkan pada


tahun 1941?

A. Pelaksanaan pilihan raya


B. Penyingkiran campur tangan kuasa luar
C. Pemberian kuasa pemerintahan sendiri
D. Penamatan pemerintahan beraja

54. Senarai berikut adalah tokoh wanita yang telah berjasa kepada negeri
Sarawak.

• Lily Eberwein
• Dayang Fauziah
• Ajibah Abol

Apakah jasa mereka?

A. Membantu Gerakan Anti Penyerahan


B. Berjuang menuntut pendidikan percuma
C. Membantu membendung pengaruh komunis
D. Berkhidmat sebagai anggota Majlis Tertinggi

55. Senarai berikut adalah parti politik di Sabah dan Sarawak.

• Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)


• Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)

Apakah matlamat perjuangan parti tersebut?

A. Mewajibkan pendidikan peringkat rendah


B. Menyeragamkan sistem pentadbiran
C. Menuntut kerakyatan secara jus soli
D. Mempertahankan hak istimewa peribumi

18
PMR 2010

56. Rajah berikut menunjukkan faktor penyerahan Sarawak oleh


pentadbiran Brooke

Desakan kerajaan British

Faktor Penyerahan
Sarawak Kepada Pertikaian keluarga
British

Apakah X?

A. Menjamin keselamatan negeri


B. Menangani kebagkitan rakyat
C. Menghadapi masalah kewangan
D. Mengeksploitasi bahan mentah

57. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan


pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia di Parlimen.

Mengapakah pemisahan tersebut wajar dilakukan?

A. Melemahkan perpaduan komunis


B. Mengekalkan perpaduan rakyat
C. Menyekat pengaruh asing
D. Memantapkan amalan demokrasi

58. Senarai berikut adalah sebab Lee Kuan Yew menyokong gagasan
Malaysia.

• Mempercepatkan kemerdekaan
• Menyekat pengaruh komunis
• X

Apakah X?

A. Meningkatkan taraf hidup rakyat


B. Menguasai sumber ekonomi
C. Memerlukan bantuan kewangan
D. Melemahkan parti berhalaun kiri

19
PMR 2010

59. Jadual berikut menerangkan usaha yang dilakukan kerajaan Malaysia


untuk mewujudkan kedamaian.

Tarikh Persidangan
Februari 1964 Persidangan di Bangkok, Thailand
Jun 1964 Persidangan di Tokyo, Jepun

Apakah peristiwa yang membawa kepada persidangan tersebut


diadakan?

A. Pencerobohan oleh pihak Indonesia


B. Keganasan Parti Komunis Malaya
C. Penentangan Parti Rakyat Brunei
D. Tuntutan Filipina ke atas Sabah

60. Poster berikut dikeluarkan pada awal tahun 1960-an mengandungi


tulisan jawi yang berbunyi ”Mari kita bantu perajurit lawan musuh.
Masuklah pasukan kawalan”

Mengapakah poster tersebut dikeluarkan?

A. Ancaman komunis
B. Konfrontasi Indonesia
C. Tentangan dari Filipina’
D. Serangan tentera Jepun

20