Anda di halaman 1dari 1

Penjelasan Quru’ dalam Munakahat

Sila buat penjelasan perbandingan seperti yang dibincangkan oleh fuqaha. 

Assalamulaikum wbt…

Quru ini diambil daripada Al-Quran dalam surah Albaqarah ayat ke 228 yang bermaksud : "Wanita-
wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'.

Disini Quru bererti Suci setelah diceraikan oleh suami dalam keadaan suci yakni bebas daripada
haid. Sebahagian fuqaha berpendapat quru itu haid iaitu masa diantara dua haid, dan fuqaha
lain itu haid sendiri.

Dalam mazhab Maliki, mazhab Syafie, dan Mazhab Hanbali. Memberikan makna SUCI (Thuhr) dan 3
kali quru’ ini bermakna 3 kali suci dari haid. (Selesai tempoh haid)

Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad mengatakan bahawa quru’ ini semasa dalam keadaan haid.

Perbincangan yang dilakukan oleh fuqaha juga seperti perempuan yang tidak pernah haid @ putus
haid maka iddahnya adalah 3 bulan.

Iddah ini akan menjamin kebersihan Rahim dari sisa perkahwinan dengan si suami yang
menceraikannya yang akan memberi manfaat yang begitu besar kepada perempuan tersebut dan
memberikan masa kepada suami untuk berfikir untuk Kembali atau sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai